Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

Resepi makanan bayi 11 bulan yang sedap mampu memikat selera si manja. Ibu dah tak perlu pening kepala, anak yang susah makan pun mesti suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, ramai ibu buntu dan risau melihat si manja menolak makanan yang disediakan. Walau bagaimanapun, jangan berputus asa dan apa kata cuba beberapa resepi makanan bayi 11 bulan ini!

Tidak dinafikan bahawa sesetengah anak cenderung memilih makanan. Apa yang perlu anda lakukan adalah pelbagaikan lagi menu dan jadikan waktu makan lebih menyeronokkan.

Resepi makanan bayi 11 bulan

Seorang ibu, Ainn Jamaluddin telah memuat naik beberapa idea dan resepi makanan bayi 11 bulan. Posting berkenaan telah mendapat lebih 2,000 perkongsian di laman Facebook.

Assalamualaikum semua.

Ini antara menu makan Alisha 11 bulan. Boleh lah mencuba andai bersesuaian dengan anak. Di setiap gambar saya sertakan resepi makanan bayi 11 bulan dan seawal usia berapa boleh berikan kepada si manja ya.

Anda sahaja yang tahu yang mana terbaik untuk anak.

#1. Eggless Korean Cheese Garlic Bread

  • Menu sesuai 7 bulan keatas (Breakfast /Hi-tea)

Mami buat tak letak berapa banyak sangat keju dan telur. Maka nampaklah begitu kemas. Tapi kalau letak banyak-banyak mungkin lebih sedap. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi disebabkan Alisha kurang suka makanan lembik, nanti dia akan keluarkan semula. Jadi Mami letak isinya sedikit sahaja.

Rasanya memang sedap. Kalau letak banyak krim keju mungkin ibu-ibu pun boleh tumpang sekaki. Ini kesukaan Mami juga, dulu sanggup beli banyak-banyak.

Tapi bila dah ada anak, jadi rajin pula nak buat sendiri!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi makanan bayi 11 bulan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

?Roti Burger
?30g unsalted butter
?1 ulas bawang putih (disagat halus)
?Parsley
?30g krim keju
?6-7sb susu full cream

?Cairkn unsalted butter kemudian sejukkan sekejap masukkn bawang putih dan parsley
?Kacau krim keju bersama susu hingga sebati
?Potong roti, letak inti krim keju terlebih dahulu
?Kemudian letak bahan unsalted butter tadi ke atas bahagian roti 
?Bakar 160°c selama 10minit (Mami pakai Air Fryer sahaja)

#2. Sup tofu telur brokoli dengan ikan mentega

  • Resepi makanan bayi ini sesuai untuk umur 7bulan keatas (Lunch /Dinner)

Bahan-bahan untuk resepi makanan bayi 11 bulan:

?1 tiub tofu telur
?Sedikit brokoli (dicuci dan dipotong)
?1sb unsalted butter
?1ulas bawang putih (disagat)
?1sk serbuk daging /serbuk ayam
?2oz /60ml susu full cream

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

?Goreng tofu telur dulu dan ketepikan
?Rebus brokoli sekejap sahaja dan ketepikan
?Tumis unsalted butter bersama bawang sampai naik bau
?Masukkan susu dan mendidih sikit masukkan tofu dan brokoli
?Masukkan serbuk dan siap

Fish Fillet Butter

?Ikan dori
?Unsalted butter (Suhu bilik)
?Bawang putih (disagat)
?Parsley (optional)

?Gaul UB dan bawang Putih
?Sapu pada fish fillet dan tabur parsley
?Bakar 160°c 20 minit@ diyakini masak

#3. Lasagna ayam roti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Resepi bayi ini sesuai untuk anak berusia 8bulan keatas (Breakfast - Dinner)

Bahan-bahan untuk resepi makanan bayi 11 bulan:

?Roti putih (ikut banyak mana nak buat)
?Isi ayam/daging (kisar hancur supaya lebih senang)
?2 kiub pes tomato
?1 ulas bawang putih
?Grated cheese (tak kisah mozzarella atau beqa merah)
?1/2 telur
?Parsley
?Carrot (amik sikit sahaja, potong dadu dan rebus dahulu supaya lembut) 
?Susu full cream (dalam 40ml)
?Air tepung gandum (1sk+2sb air)
?2sb cream cheese

?Tumis bawang putih, masukkan pes tomato
?Dah sebati masukkan ayam/daging cincang halus
?Kacau-kacau, masukkan carrot, parsley dan sedikit susu. Siap dan ketepikan
?Dalam kuali baru, masak susu bersama cream cheese. Sebatikan, letak air tepung, kacau-kacau sampai pekat
?Kacau telur dengan sedikit susu dan celupkan roti
?Susun roti berselang sel
?Roti, ayam, cream cheese dan cheese grated, ulang sampai habis dan terakhir, letak cheese dan tuang lebihan telur
?Bakar suhu 160°c selama 25mins - 30mins (ikut oven memasing ok, Mami pakai air fryer)

#4. Tauhu pasta milky

  • Menu ini boleh diperkenalkan kepada bayi seawal 7 bulan keatas (Lunch /Dinner)

Bahan-bahan untuk resepi makanan bayi 11 bulan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

?Pasta sengenggam
?2oz susu full cream
?Sepotong tauhu lembut
?Brokoli (ikut suka banyak mana)
?Cendawan butang (4ketul di potong-potong)
?Serbuk daging /ayam (letak agak-agak)

?Rebus pasta dan ketepikan
?Masak susu, masukkan cendawan dan brokoli
?Mendidih sikit masukkan pasta tadi
?Kemudian masukkan tauhu dan serbuk
?Biarkan sekejap semua sebati dan siap

#5. Mee goreng telur, ayam goreng tepung dan kentang lenyek

  • Menu sesuai diberi pada bayi seawal 8bulan keatas (Lunch /Dinner)

Bahan-bahan untuk makanan bayi 11 bulan: Kentang lenyek

?1 biji ubi kentang direbus hingga empuk
?Susu full cream (dlm 1/2 oz dan masak sekejap)
?1sb unsalted butter
?1/2 biji carrot (rebus sampai masak)
?1 ketul isi ayam direbus
?Serbuk keju

?Kisar semua bahan. Kalau nak letak serbuk ayam sikit pun boleh
?Untuk sos dia pula, Mami kisar hancur carrot dengan isi ayam dan serbuk keju sikit

Mee goreng telur dan ayam goreng tepung

?Isi ayam (gaul dengan tepung, air dan serbuk ayam)
?Minyak masak
?Mee baby direbus lembut
?1 biji telur
?Bawang putih
?Serbuk daging(tak kisah serbuk ayam atau bilis)

?Isi ayam disalut dengan tepung, digoreng sampai masak dan ketepikan
?Tumis bawang putih, kemudian letak telur dan kacau-kacau
?Masukkan mee, kacau sehingga sebati dan masukkan serbuk daging

#6. Pasta udang buttermilk

  • Menu sesuai 10bulan keatas (Lunch /Dinner) yang lulus makanan laut

Bahan-bahan untuk makanan bayi 11 bulan:

?Pasta
?2sb unsalted butter
?Daun kari
?1 ulas bawang putih
?200ml susu full cream
?50g cream cheese
?4 ekor udang (dipotong kecil)
?Serbuk lada hitam
?Parsley
?1/2 biji carrot (disagat halus)
?Baby carrot direbus empuk

?Rebus pasta sehingga lembut
?Tumis bawang putih dan daun kari sampai naik bau
?Masukkan susu, kemudian cream cheese, gaul sampai sebati
?Masukkan lada hitam, parsley dan carrot
?Masukkan udang
?Sebatikan semuanya dan masukkan pasta rebus tadi dan siap

#7. Tamagoyaki Vege Salmon

Bahan-bahan untuk makanan bayi 11 bulan:

?3 biji telur
?Sedikit ikan Salmon (dibakar dahulu dengan sedikit cinnamon)
?4biji baby carrot (dipotong kecil)
?Daun sup sedikit
?1 biji tomato (Direbus dan buang biji dan kulit)
?Sedikit serbuk cheese
?Sedikit serbuk ayam/daging
?Sedikit minyak masak

?Gaul semua bahan kecuali minyak sampai sebati
?Panaskan minyak dan tuang bahan
?Nampak masak sedikit, gulungkan separuh
?Tuang lagi separuh telur yang ada, gulungkan lagi sehingga siap
? Hidangkan bersama nasi putih

Selamat mencuba semua resepi makanan bayi di atas!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Biar Gemuk & Berat Naik, Ibu Kena Cuba 9 Menu Mudah Ini!

Baca juga: Resepi Ikan Singgang Versi Baby, Bagus Untuk Meredakan Demam & Batuk Si Manja

Baca juga: 11 Resepi Bubur Bayi 6 Bulan & Puri Buah Yang Elok Untuk Penghadaman, Elak Masalah Sembelit