Jemu Dengan Lemang, Ketupat Dan Rendang, Resepi Mee Bandung Yang Mudah & Sedap Ini Sesuai Untuk 'Open House'!

Resepi mee bandung bukan sahaja mudah dan sedap. Malah sesuai dijadikan sebagai menu utama untuk rumah terbuka nanti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Musim raya ini rata-rata tetamu sudah mula muak dengan juadah Aidiliftri yang sama, apa kata ubah selera dengan resepi mee bandung yang mudah dan sedap. Ia menjadi pilihan tuan rumah sebagai menu utama untuk rumah terbuka nanti. Juga sesuai untuk menjamu tetamu yang datang secara mengejut kerana mudah dan mengambil masa yang singkat. 
 
Sudah tentu kecur air liur membaca resepi mee bandung ini sambil membayangkan kepekatan kuah dengan rasa manis-manis udang cukup lazat untuk dinikmati. Jangan terkejut melihat selera tetamu menambah-nambah!
 
Sememangnya, hidangan ini cukup sinonim dengan negeri Johor, tetapi untuk kali ini, perkongsian resepi oleh Siti Zaleha Mohd Mujer yang telah memperolehi 8.6K menerusi hantarannya di laman Masak Apa Hari Ini (MAHN) mengubahsuai menu mengikut caranya yang tersendiri. 

Resepi mee bandung terletak pada kuahnya yang pekat, cukup rasa

Bahan-bahan (dikisar halus): 
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 peket udang kering
  • 1/2 inci halia

Bahan-bahan untuk kuah: 

  • 500gm daging rebus (diambil airnya)
  • 15-20 ekor udang
  • 1 biji carrot
  • 1 biji Tomato
  • 2 pokok sawi pak choi
  • 5 biji telur
  • 1 kg mee kuning cuci dan celur
  • 1 cawan kacang tanah,goreng dan blend kering
  • 4 sudu besar tpg jagung bancuh air utk pekatkan kuah
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Gula
  • Perisa@1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili

Cara Penyediaan : 

  1. Tumis bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram dan letak air daging serta tambah air. Ikut banyak mana nak kuah.
  3. Bila air dah mendidih, masukkan kiub ayam, garam, gula, daging, udang dan lobak.
  4. Bila mendidih air lagi sekali, masukkan sawi, tomato.
  5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Jangan dikacau nanti telur hancur .
  6. Masukkan kacang tanah dan air tepung jagung. Siap.
  7. Akhir sekali, masukkan mee dalam mangkuk dan curahkan kuah.
  8. Untuk hiasan, tabur daun sup dan bawang goreng.

Kacang tanah dan tepung jagung adalah salah satu bahan istimewa dalam resepi mee bandung, berfungsi untuk memekatkan kuah dan menambahkan selera pada rasa

"Rasa ni ikut selera sendiri ye, saya tak suka terlalu manis. Ada rasa manis-manis sikit, okay dah. Di kedai kadang terlalu manis, kembang tekak makan", tambahnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat mencuba!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini

Baca juga: Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!

Baca juga: 3 Variasi RESEPI MEE KARI Untuk Menu Buka Puasa Hari Ini, Tengok Je Pun Dah Terliur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Penulis

Noorhidayah