10 resipi mug cake yang sedap, 2 minit saja siap! Anak anda confirm suka!
Ingin buat kek yang cepat dan lazat dalam masa 2 minit? Cuba 10 resepi mug cake guna microwave ini!
Ibu-ibu pernah dengar tak resepi mug cake guna microwave?
Hanya dengan cawan dan microwave, tiada had berapa jenis kek lazat yang anda boleh buat! Ada yang dibuat dengan strawberi segar dan krim, ada pula dengan coklat yang sedap dan melekit!
Lain kali jika ibu teringin nak makan kek coklat malam-malam buta terutamanya ibu menyusu yang selalu lapar selepas menyusu anak, ataupun anak yang tiba-tiba teringin kek, jangan lupa untuk cuba 10 resipi mug cake ini, ya!
Resepi mug cake #1 : kek cip coklat dan cookie dough
Bingung nak makan cookie ataupun kek? Anda tidak perlu pilih lagi. Resepi mug cake ini menggabungkan kedua-duanya sekali!
Sudahlah senang nak dibuat, ia pun sedap yum yum yum! Resipinya ada di sini.
Resepi mug cake #2 : kek labu
Berkhasiat, lazat, dan kek perfect untuk mereka yang suka makan labu!
Kek ini bagus untuk ibu-ibu yang ingin memujuk anak untuk menambahkan sayur-sayuran dalam diet mereka. Dengan adanya labu kisar dalam resipi ini, resepi mug cake ini pasti lembap dan sesuai untuk bayi baby led weaning.
Tetapi pastikan kek itu dipotong kecil dulu ya! Dapatkan resipi penuh di sini.
Resepi mug cake #3 : kek coklat melekit
Hish, dengar nama resipi ini pun dah terliur….. Siapa tak suka makan coklat, kan? Saya boleh jamin kek ini akan menjadi kek paling popular di kalangan kanak-kanak!
Dapatkan resipinya di sini.
Resepi mug cake #4 : kek marshmallow dan mentega kacang
Marshmellow dan mentega kacang bunyinya macam sangat manis, tapi jika dimakan bersama kopi-o, pasti sedap. Dapatkan resipi penuh di sini.
Resepi mug cake #5 : kek valentine
Ibu bapa tak sempat melakukan temujanji atau pergi dating tanpa anak bolehlah cuba resipi ini apabila anak sudah pandai tidur sepanjang malam.
Biarpun tidak cukup jam dalam sehari kerana sibuk bekerja, pasangan masih boleh mengambil langkah untuk memastikan cinta dalam perkahwinan masih utuh dan mekar.
Dapatkan resipinya di sini.
Resepi mug cake #6 : kek coklat dan mentega kacang
Kombo klasik ini adalah kek impian setiap peminat coklat dan mentega kacang. Dapatkan resipi penuh di sini.
Resepi mug cake guna microwave #7 : kek coklat dan karamel
Bayangkan betapa cepatnya untuk menyiapkan kek ini! Dalam masa 2 minit – beres! Resipi penuh di sini.
Resepi mug cake guna microwave #8 : kek strawberi dan krim
Ingin kek yang lebih ringan dan tidak terlalu manis? Ataupun keluarga sudah makan terlalu banyak kek coklat? Cubalah resipi yang mempunyai strawberi segar ini!
Semak di sini untuk bahan-bahan yang diperlukan!
Resepi mug cake guna microwave #9 : brownie bebas gluten
Jika anak mempunyai alahan gluten, bolehlah cuba resipi ini. Anda hanya perlu gantikan tepung biasa dengan tepung quinoa, oat atau beras perang.
Untuk mengurangkan kesan ekzema, sesetengah kanak-kanak akan disarankan untuk mengikut diet bebas gluten.
Dapatkan resipi penuh di sini.
Resepi mug cake guna microwave #10 : kek nutellaSeperti coklat, siapa tak kenal dan gemar makan Nutella!? Resipi ini cepat dan pasti menjadi kegemaran anak!
Cuba resipi ini hari ini.
Sumber semua gambar: Pinterest dan YouTube
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
Resepi Doh Roti Sedap & Guna Hanya Sedikit Bahan, Ibu-Ibu Jom Cuba Buat Bersama Anak-Anak