Resepi Nasi Minyak Ikut Cara Che Nom, Sedap Dan Menjadi

Resepi nasi minyak Che Nom yang kami kongsikan ini confirm bakal menambat selera anda. Nasinya fluffy dan berderai menambah kesedapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jom kita cuba resepi nasi minyak dikongsikan Che Nom ini yang rasanya style kenduri. Resepi ini dijamin sedap dan confirm menjadi. Bertambah-tambah tetamu anda dibuatnya. Nasi sangat lembut, fluffy dan berderai-derai. 

Resepi Nasi Minyak 

Bahan-Bahan

Bahan-bahan nasi minyak

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawan
  • 1/4 cawan kismis
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning/oren
  • Bawang goreng
  • Gajus
  • Daun ketumbar

Bahan-bahan rempah 4 sekawan:

  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan Nasi Minyak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
  2. Daun pandan carik dan simpul.
  3. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
  4. Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
  5. Panaskan minyak sapi dan minyak masak
  6. Tumis rempah 4 sekawan.Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
  7. Masukkan kismis dan kacau sekejap.
  8. Masukkan beras dan goreng sekejap.
  9. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
  10. Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
  11. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
  12. Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
  13. Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
  14. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.

Tips:

  1. Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
  2. Untuk dapatkan nasi yang tidak melekat dan sebiji-sebiji berderai, goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.

Nasi minyak kalau dipadankan dengan acar rampai memang mantap. Ia sangat sesuai sangat untuk hidangan majlis tertentu seperti kenduri kahwin dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

CheNom

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!

Baca juga: Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar