Resepi Nasi Minyak Terengganu Asli, Lengkap Dengan Lauk Kurma Daging Memang Sedap

Resepi nasi minyak Terengganu ini mudah disediakan dan lengkap dengan resepi kurma daging untuk anda cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi nasi minyak Terengganu ini enak untuk dinikmati dan sesuai dihidangkan di mana-mana saja terutama majlis keramaian. Boleh cuba resepi yang mudah ini. Pasti menjadi!

Resepi Nasi Minyak Terengganu

Resepi Nasi Minyak

Tips: Jika mahu nasi mintak nampak cantik letak planta dan minyak sapi gee. Guna juga beras pusa 1121 dan rendam kira-kira setengah jam sebelum dimasak. 

Bahan-Bahan Nasi Minyak Terengganu

  1. Hiris bawang besar
  2. Tumbuk bawang putih dan halia
  3. Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
  4. Minyak sapi Gee
  5. Planta
  6. Minyak masak
  7. Sos tomato
  8. Daun pandan
  9. Susu cair
  10. Garam dan gula

Cara-Cara Penyediaan Nasi Minyak 

  1. Panaskan minyak, sapi gee dan planta
  2. Tumis rempah empat sekawan sampai naik bau. Masukkan bawang putih dan halia serta bwg besar. Masukkan daun pandan. Tumis sampai kekuningan.
  3. Masukkan sos tomato. Beras dan air. Bila mendidih sikit masukkan susu cair. Perasakan dgn garam dan sedikit gula

Bahan-Bahan Resepi Gulai Kurma Ayam Atau Daging

  1. Bawang merah (kisar)
  2. Bawang putih (kisar)
  3. Lada giling (jika mahu pedas)
  4. Halia (kisar)
  5. Lengkuas (kisar)
  6. Air asam jawa
  7. Bawang goreng ( ramas-ramas dan hancurkan)
  8. Susu cair
  9. Tomato
  10. Rempah kurma ( gaul dengan bahan yang dikisar)
  11. Gula melaka
  12. Kerisik
  13. Empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)

Cara-Cara Penyediaan Kurma Daging/Ayam

  1. Panaskan minyak kemudian tumis sempat sekawan sampai wangi
  2. Kemudian tumiskan lada giling sampai pecah minyak
  3. Masukkan bahan yg dikisar sekali dgn rempah.
  4. Air asam jawa
  5. Masukkan daging. Masukkan bawang goreng yang diramas hancur tadi. Sos tomato.
  6. Susu cair, gula melaka
  7. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 

Facebook Ira Mohamad

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Nasi Minyak Ikut Cara Che Nom, Sedap Dan Menjadi

Baca juga: Tak Perlu Tunggu Kenduri, Cuba Variasi Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

Baca juga: Resepi Dimsum Guna Kulit Popia Vietnam, Mudah & Menjadi Anak-Anak Pasti Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar