Resepi Pajeri Nenas, Pastikan Anda Celur Dulu Nenas

Pajeri nenas antara masakan yang sinonim dengan masyakat Melayu. Kami sertakan resepi pajeri nenas untuk anda cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pajeri nenas antara makanan yang tidak asing lagi terutama dalam masyarakat India dan Melayu. Ia sinonim dimakan dengan nasi putih atau nasik minyak. Resepi pajeri nenas yang pelbagai mungkin akan membuatkan ramai keliru. Jom kami kongsikan kepada anda cara masak pajeri nenas daripada Chenom.

Resepi Pajeri Nenas Confirm Jadi

Bahan-bahan: 

  • 1 biji nenas
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang *boleh juga tambah bunga cengkih dan buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • sedikit air
  • 50g ikan bilis (anggaran 1/2 cawan)
  • 1 sudu besar udang kering *boleh gunakan ikan bilis sahaja atau udang kering sahaja
  • 1/2 cawan santan (atau 1/2 kotak santan)
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • Anggaran 2 sudu besar gula
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  2. Potong nenas sedikit tebal, jangan terlalu nipis.
  3. Bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air.
  4. Tumbuk halus ikan bilis dan udang kering.
  5. Panas kan air dan celur nenas yang dipotong dalam air panas mendidih selama 2-3 minit. Kemudian, toskan air.
  6. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan hiris nipis, 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan sedikit halba campur serta setangkai daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  7. Masukkan bancuhan rempah, bahan tumbuk dan air. Masakkan sehingga pecah minyak.
  8. Masak sehingga kering dan berulang tambah sedikit air. Ulang langkah yang sama 3-4 kali.
  9. Masukkan nenas dan gaul rata.
  10. Taburkan gula dan masak nenas sehingga sebati dengan rempah-rempah tumis iaitu dalam anggaran 10-15 minit. Tambah air jika mahukan lebih kuah pajeri.
  11. Bila nenas sudah masak lembut, masukkan ½ cawan santan dan 3 sudu besar kerisik. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
    Sambung masak sehingga mendidih dan gaul kesemua bahan sehingga sekata. Boleh ditambah jika ada rasa yang kurang.
  12. Siap untuk dihidang.

Cara Hilangkan Masam Nenas

  • Bagi menghilangkan rasa masam nenas pastikan anda celurnya terlebih dulu sebelum dimasak bersama kuah pajeri. 
  • Tidak perlu terlalu banyak santan. Jika menggunakan santan kotak, anggaran setengah kotak kecil sudah mencukupi.
  • Bagi mendapatkan kuah yang pekat dan wangi, masukkan lebih kerisik kedalam masakan. Pilihan kerisik juga penting iaitu memilih yang elok dan tidak berbau hapak kerana ia dapat mempengaruhi rasa pajeri nenas tersebut.

Chenom

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penyakit Ain Pada Bayi & Anak Kecil: Kenali Tanda, Ciri & Cara Menyembuhkannya

Baca juga: Bukan Saja-Saja, Ada Sebab Orang Tua Melarang Ibu Berkongsi Gambar Bayi Di Media Sosial

Baca juga: Perkembangan & Milestone Bayi 3 Minggu, Dah Boleh Buat Tummy Time

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar