Resepi Paru Berlado, Menu Simple Untuk Sahur&Berbuka, Masak Sendiri Mesti Puas Hati!

Pedas berperisa, dimakan pula bersama nasi putih panas pasti membuka selera. Resepi paru berlada yang kami kongsikan ini sangat mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pedas berperisa, dimakan pula bersama nasi putih panas pasti membuka selera. Resepi paru berlada ini tidak menggunakan banyak bahan, sangat mudah untuk dibuat.

Resepi Paru Berlada

Menggunakan bahan yang mudah didapati, paru goreng berlada antara menu wajib anda cuba. Sambal paru ini menggunakan paru lembu atau dipanggil lampung.

Bahan-Bahan Resepi Paru Berlada

  • 150 g paru lembu (tiga cawan paru yang sudah dihiris)
  • 1 - asam keping
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula

Bahan Kisar Kasar

  • 4 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Bahan Goreng Paru

  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam

Cara Penyediaan Paru Goreng Berlada

  1. Rebus paru lembu sehingga empuk. Cucuk dengan garfu untuk tengok paru sudah empuk. Jika boleh tembus ia bermaksa paru lembu sudah masak empuk. Tos. Ketepikan
  2. Sediakan bahan sambal berlada. Kisar menggunakan chopper, kisarkan secara kasar semua bahan kisar kasar
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kasar. Apabila telah garing, masukkan asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata. Tutup api dan biarkan sejuk atausuam.
  4. Hiris nipis paru rebus yang telah sejuk. Gaulkan dengan bahan goreng paru.
  5. Goreng paru sehingga garing dan angkat. Tos minyak.
  6. Masukkan paru goreng dalam sambal berlada dan gaul-gaul rata. Siap untuk dihidang.

Tips:

Bagi memastikan paru tidak hangus dan garing, pastikan api tidak kuat. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Tekstur Makanan Bantu Anak Bercakap, Sebab Itu Penyediannya Perlu Ikut Step!

Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar