X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Kuah Lodeh Yang Simple & Mudah, Sedap Dimakan Dengan Lontong Atau Nasi Impit

3 min bacaan
Resepi Kuah Lodeh Yang Simple & Mudah, Sedap Dimakan Dengan Lontong Atau Nasi Impit

Kuah lodeh menjadi hidangan pilihan ramai untuk dijadikan sebagai sarapan pagi atau di pagi raya, cuba resepi mudah yang boleh buat di rumah

Resepi kuah lodeh biasanya sedap digandingkan dengan lontong atau nasi impit. Ia juga merupakan salah satu hidangan klasik yang selalu dihidangkan untuk sarapan pagi atau pagi raya.

Biasanya sajian istimewa ini dimasak pada pagi hari raya untuk mengelakkan kuah jadi cepat basi. Kalau ikut resepi kuah lodeh yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya menerusi perkongsiannya di laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) pasti menjadi.

▲▼Isi Kandungan

  • Resepi Kuah Lodeh Simple & Paling Sedap
  • Lontong Dan Lodeh Che Nom

Resepi Kuah Lodeh Simple & Paling Sedap

Bahan-bahan:

  • ¼ biji kubis
  • 1 batang lobak dihiris panjang
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat soo hoon
  • 1 keping fucuk – potong panjang
  • 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 cawan udang
  • ½ biji kelapa parut
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar:

  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan kisar dan serai. Letakkan air separuh periuk tadi.
  2. Biarkan sehingga mendidih supaya bahan kisar dimasak sepenuhnya.
  3. Tambahkan sedikit serbuk kunyit sehingga warna jadi cantik.
  4. Masukkan semua bahan-bahan sayur seperti soo hoon, fucuk, tempe, kacang panjang dan lobak.
  5. Biarkan sehingga sayur lembik, baru sedap makan lotong.
  6. Setelah itu, masukkan santan pekat.
  7. Kacau dengan api yang perlahan. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat.
  8. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  9. Hidangkan bersama bahan tambahan pelengkap hidangan.

Lontong Dan Lodeh Che Nom

Bahan-bahan untuk resepi kuah lodeh Che Nom:

  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • 500 gram udang
  • 1 kotak santan segera
  • ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
  • 1 batang karot, potong panjang
  • 7-8 batang kacang panjang, potong
  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 bungkus tempe, potong kiub
  • 3 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam suun
  • 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
  • sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)

Bahan untuk kisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika

Bahan untuk dihidang bersama:

  • nasi impit, rebus
  • telur, rebus
  • tempe, hiris nipis dan goreng garing
  • ikan bilis kecil, goreng

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, buang kepala dan kulit jika suka.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lengkuas dan serai yang dititik.
  3. Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
  5. Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
  6. Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  7. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
  8. Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.

Guna kunyit hidup dalam masakan lebih bagus kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh. 

Selamat mencuba!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) Resepi Che Nom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Daging Dendeng Yang Paling Mudah, Makan Dengan Nasi Panas Memang Sedap!

Baca juga: Serunding Halia Ikan Bilis, Bagus Untuk Ibu Berpantang & Bantu Banyakkan Susu Badan

Baca juga: Sedap Macam Beli, Ini Resepi Nasi Lemak Yang Paling Mudah Disediakan Untuk Hidangan Pagi Hingga Malam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Kuah Lodeh Yang Simple & Mudah, Sedap Dimakan Dengan Lontong Atau Nasi Impit
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham