Resepi Sardin Homemade Masak Sendiri Lebih Puas, Tak Hanyir!

Resepi sardin homemade ini perlu dicuba kerana baunya yang tak hanyir, menggunakan ikan segar dan kos membuatnya pun murah sahaja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dahulu kalau nak berjimat kita memilih untuk makan sardin kerana harganya yang murah namun pada masa sekarang satu tin sardin bersamaan dengan harga sekilo ayam! Pernah tak anda terfikir untuk buat sendiri resepi sardin secara homemade sahaja seperti yang dijual dalam tin tu?

Sebenarnya tak susah kalau nak buat sendiri. Selain kosnya yang lebih rendah, anda juga boleh buat sendiri stok sardin untuk hidangan ahli keluarga. 

Apabila stok sardin dah tersedia, dengan hanya memanaskan lauk tersebut, pasti akan kekenyangan hingga ke malam. Hidangan tersebut bertambah lagi enak apabila dipadankan dengan telur dadar, semestinya membuka selera ketika lapar.

Seorang pengguna Facebook, Noradibas Ibrahim menerusi laman Masak Apa Hari Ni..(MAHN) berkongsi resepi sardin yang dibuat sendiri menggunakan ikan selayang yang dibeli sebanyak 3 kilogram berharga RM10 sahaja.

Bahan-bahan :

  • 2 kilogram ikan selayang
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar pedas. X nak pedas boleh skip.
  • 7 biji tomato masak ranum. Nak ganti guna tomato puree pun boleh. Guna 1 tin kecik. Klu nak guna dua2 pun boleh cuma kurangkan kuantiti tomato fresh.
  • ½ cawan sos cili
  • 2 sudu besar cuka
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa MSG.
  • Sedikit air

Cara penyediaan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. 2kg ikan selayang buang kepala, ekor dan sirip. Cuci bersih-bersih dan susun dalam pressure cooker.

2. Kisar bahan-bahan kecuali ikan dan tumis asing dgn sedikit minyak. Tambah semua bahan dan air. Jangan cair sangat sbb nanti ikan akan keluarkan air.

3. Curahkan sos yang masih panas tu ke atas ikan yg disusun tadi. Masak selama 90 minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Siap! Tulang ikan memang lembut macam sardin dalam tin dan rasanya lagi sedap. Nak makan terus pun boleh, nak tumis bawang dan masukkan kentang buat sambal sardin pun boleh atau masak apa2 pun boleh. 

5. Sejukkan sardin betul-betul. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.

Yang penting rasanya lebih segar dan tak hanyir! Kos membuatnya pun murah. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

+Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ayam Goreng Kunyit Kegemaran Ramai, Ini 5 Resepi Paling Mudah Dan Sedap Macam Makan Di Kedai

Baca juga : Resepi Kerabu Maggi Sedap Rasa Sebiji Makan Di Thailand, Wajib Pakai Maggi Jenama Ini!

Baca juga : Cara Buat Ayam Penyet Paling Sedap Dan Beraroma, Ikut Resepi Ini Memang Menjadi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi