Resepi Serawa Durian Pekat & Berkrim, Sedapnya Makan Bersama Keluarga

Resepi serawa durian dengan rasa pekat dan berlemak menjadi kegemaran seisi keluarga. Cara penyediaan cukup ringkas serta bahan-bahannya mudah diperoleh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah durian sememangnya sedap dimakan begitu sahaja. Justeru, tidak hairanlah ia dinobat sebagai Raja Buah sehingga berjaya memikat selera antarabangsa. Jika ada lebihan, ibu-ibu boleh mencuba resepi serawa durian ini sebagai pencuci mulut.

Meskipun harganya agak tinggi di pasaran, namun bagi penggemar buah durian pastinya akan sanggup membayar lebih semata-mata ingin menikmati keenakan setiap jenis buah.

Resepi serawa durian yang mudah dan sedap

credit to sources

Resepi serawa durian ini ditambah dengan sedikit gula melaka bagi mendapatkan warna coklat keperangan. Walau bagaimanapun jika anda tidak menggemarinya, boleh skip sahaja bahan ini dan menggantikannya dengan gula.

Menu hidangan ini sesuai dinikmati ketika bersama keluarga, meraikan sebarang majlis atau dihidangkan kepada tetamu istimewa. Anda boleh menghidangkannya bersama pulut kukus, roti jala atau roti putih bergantung pada selera masing-masing.

Menurut perkongsian resipi serawa durian daripada Sarina Basir dalam sebuah kumpulan masakan di Facebook, kuah serawa sepatutnya pekat. Jika tidak pekat, ia bukanlah serawa durian. 

Rasanya manis, berlemak dan wangi durian pasti membangkitkan selera makan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Beberapa ulas isi durian 
  • Santan pekat 1 biji (boleh guna santan kotak)
  • 4 sudu gula pasir
  • 3 sudu gula merah
  • Satu ketul gula kabung
  • Sedikit garam
  • Daun pandan
  • 3 cawan air

Cara penyediaan

  1. Mula-mula didihkan air terlebih dahulu berserta daun pandan. Jika sudah mendidih, masukkan isi durian bersama bijinya sekali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Kacau dan leraikan sehingga isi durian kelihatan hancur. Apabila sudah likat, masukkan santan dan kacau sehingga rata.

3. Tambahkan 1 sudu kecil garam untuk menjadikan serawa durian lebih rasa berlemak.

4. Kemudian masukkan gula merah, kacau sehingga sebati dan naik bau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Siap! Selamat mencuba.

Fakta kesihatan mengenai buah durian

Sebahagian orang pastinya tidak dapat menahan aroma durian yang sangat kuat sehingga baunya memenuhi ruang dalam satu rumah. Raja buah ini dianggap memiliki kuasa sakti apabila makan seulas sahaja, tidak akan cukup bagi sesiapa sehingga ada yang menghidap penyakit sanggup berdepan risiko kesihatan.

Sebenarnya dalam apa jua situasi, anda digalakkan untuk kekal bersederhana termasuklah ketika menikmati buah durian segar ataupun hidangan berasaskan durian. Sebaiknya tidak makan secara berlebihan kerana menganggu kesihatan dalaman.

Menurut Pegawai Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia, Ruqayyah Muhammad, dua ulas durian sudah menyediakan sebanyak 60 kalori dalam 15 gram karbohidrat. Antara fakta tentang durian yang mungkin anda tidak tahu ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

#1. Buah durian mengandungi bahan asid amino tryptophan. Ia adalah bahan untuk menenangkan fikiran dan sangat sesuai untuk orang mengalami masalah sukar tidur (insomnia).

#2. Durian turut memiliki bahan organosulfur bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob dan antihipertensi. Ia merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.

#3. Ia kaya dengan potassium. Bagi pesakit buah pinggang kronik dan perlu dialisis, tidak dibenarkan mengambil durian dalam kuantiti banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana ia berisiko menyebabkan sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG) menunjukkan sinus arrest dengan kadar denyutan bawah 40 per minit. Justeru, haemodialysis kecemasan perlu dilakukan atau pesakit boleh mati mengejut kerana kegagalan fungsi jantung.

#4. Elak mengambil durian bersama paracetamol, alkohol atau minuman berkarbonat seperti coca-cola kerana ia mungkin menyebabkan kesan toksik kepada badan.

#5. Pesakit kencing manis (diabetes) tidak boleh makan durian dengan berlebihan kerana buah ini mengandungi kadar gula yang sangat tinggi. Ia sekaligus menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan ‘ketoacidosis’ sangat berbahaya.

#6. Bagi pesakit yang mengalami masalah jantung dan sedang mengambil ubat-ubatan seperti Frusmide dan Slow K, anda tidak disarankan makan durian kerana kandungan potassium yang tinggi boleh mengakibatkan jantung berdegup dengan tidak normal dan turut berisiko meragut nyawa mengejut!

Justeru, dalam pelbagai keadaan sekalipun anda hendaklah mengutamakan diri dan kesihatan tubuh badan.

Sentiasa amalkan sikap bersederhana ketika menikmati rezeki di hadapan mata agar ia tidak mendatangkan risiko lain pada kemudian hari.

Selamat mencuba.

Sumber: Bidadari, Impiana, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!