Resepi soft cookies yang mempunyai tekstur sama dengan biskut di Subway rupanya ramai peminat. Walaupun biskut ini lembut dan agak chewy, ia masih enak untuk dijadikan hidangan minum petang.
Isi Kandungan
Resepi Soft Cookies
Bagi peminat soft cookies, kalau nak beli di Subway setiap hari memang tak ada masa, tambah lagi dengan harganya yang memang agak mahal. Jadi bagi yang mahu ada stok soft cookies ni di rumah, boleh ikut resepi ini daripada Azlina Ina.
Bahan-Bahan
- 250 gram mentega tulen masin (pure butter salted)
- 200 gram gula perang (1 cawan atau 1/2 cawan)
- 100 gram gula kastor ( 1/2 cawan)
- 2 biji telur
- 1 sudu esen vanilla
- 1/2 sudu soda bikarbonat
- 1 sudu serbuk penaik (baking powder)
- 400 gram tepung gandum (4 cawan)
- 200 gram cip coklat
Cara Membuat Soft Cookies
1. Masukkan mentega ke dalam kuali dan cairkannya. Sebaik sahaja cair, jangan angkat dulu tapi tunggu sehingga muncul buih putih di atasnya baru padamkan api
2. Pada mangkuk berbeza, masukkan gula perang dan gula kastor. Tuangkan mentega yang telah cair dan masih panas ke mangkuk yang mengandungi gula ini. Kacau dan sebatikan dengan cepat
3. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian kacau lagi.
4. Setelah kedua-dua gula sudah sebati dengan mentega, masukkan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan kacau.
5. Masukkan tepung gandum dan kacau selaju yang anda boleh. Kacau sehingga adunan menjadi likat. Sejukkan doh.
6. Selepas doh telah sejuk, masukkan coklat cip. Azlina pilih untuk menggunakan coklat chip jenis Callebout. Gaul gunakan tangan.
7. Selepas coklat cip dan adunan sudah sebati, masukkan ke dalam penyejuk beku selama 10 minit untuk memudahkan proses membentuk biskut ini nanti.
8. Untuk hasil biskut yang sama bentuk, timbang adunan yang telah dibentuk menjadi bulat. Pastikan semua bulatan itu mempunyai berat sebanya 50 gram.
9. Letakkan adunan yang telah dibentuk ke atas tray yang beralas dengan kertas memasak.
10. Bakar adunan yang telah dibentuk di dalam oven dengan suhu 170-180 selama 23 hingga 24 minit. Jika menggunakan oven industri, gunakan suhu 170, setkan kepada pembakaran atas dan bawah selama 18 minit.
11. Hidangkan soft cookies bersama susu sejuk.
Tak banyak pun sebenarnya bahan dan langkah untuk sediakan soft cookies ni. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan wang anda.
Tak perlulah anda ke Subway lagi kalau craving makan soft cookies. Buat je sendiri dan anda boleh dapatkan stok soft cookies untuk seminggu!
Memang berbaloi! Apa lagi, jom cuba buat sendiri di rumah. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Buat Jeruk Mangga Viral Sedap & Rangup Tanpa Pengawet, Buat Sekali Boleh Dapat Banyak
Baca juga: Cara Rebus Ketupat Nasi Paling Mudah & Jimat Gas, 1 Jam Dah Siap!
Baca juga: Cara Buat Puding Trifle Yang Cantik & Menjadi, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!