Resepi Spaghetti Untuk Bayi 8-12 Bulan Yang Mudah & Berkhasiat, Tanpa Garam & Gula Pun Sedap!

Resepi spaghetti untuk bayi usia 8 bulan ini mudah disediakan dan kaya dengan nutrisi penting untuk tumbesaran si manja yang sedang membesar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Spaghetti adalah antara makanan yang boleh diperkenalkan kepada bayi 8-12 bulan dengan variasi rasa dan tekstur. Selain mudah dimasak, hidangan ini juga kaya dengan nutrien yang baik, justeru kami kongsikan resepi spaghetti mudah untuk ibu-ibu cuba buat di rumah.

Resepi Spaghetti Untuk Bayi 8 Bulan Hingga 12 Bulan

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan spaghetti (boleh pilih jenis whole wheat untuk serat tambahan)
  • 1/2 biji tomato, potong dadu
  • 1/2 lobak merah, parut halus
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • Sedikit minyak zaitun
  • 2 sudu besar puri sayuran (contoh: bayam, brokoli atau zucchini)
  • Air secukupnya untuk merebus

Cara Penyediaan:

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut . Rebus lebih lama daripada biasa untuk pastikan teksturnya sesuai untuk bayi. Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan tomato dan lobak merah yang telah dipotong. Tumis sehingga sayuran lembut.
  4. Tambahkan puri sayuran ikut citarasa dan gaul rata.
  5. Akhir sekali, masukkan spaghetti yang telah direbus tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga semuanya sebati.
  6. Hidangan siap untuk dihidang!

Tips Penyediaan Makanan Baby

  • Potong spaghetti pendek-pendek sebelum direbus untuk elakkan risiko tercekik. Boleh gunting selepas dimasak juga.
  • Tambahkan puri ayam atau ikan yang dikisar halus untuk lebih protein.
  • Pastikan anda menggunakan bahan yang tidak terlalu masin atau pedas. Elakkan penggunaan garam atau perasa tambahan.
  • Gunakan minyak zaitun. Ia kaya dengan lemak sihat yang baik untuk perkembangan otak bayi. Tapi jangan guna terlalu banyak, cukup hanya satu sudu kecil sebagai penambah rasa.

Khasiat Spaghetti untuk Bayi

1. Kaya dengan Karbohidrat

Spaghetti menyediakan sumber tenaga yang perlahan diserap, memastikan bayi aktif sepanjang hari tanpa cepat lapar.

2. Sumber Serat Baik

Jika menggunakan spaghetti jenis whole wheat, ia mengandungi lebih banyak serat yang membantu mengelakkan sembelit – masalah yang biasa berlaku pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Mudah Dicampur Dengan Pelbagai Bahan 

Spaghetti boleh diolah dengan pelbagai puri sayuran, protein seperti ayam, daging, atau ikan. Ini menjadikannya hidangan yang fleksibel dan penuh nutrien.

4. Meningkatkan Kemahiran Motor Halus

Membiarkan bayi memegang dan mencuba makan spaghetti sendiri boleh membantu perkembangan motor halusseperti koordinasi tangan dan mulut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasa pantau bayi ketika makan, dan pastikan tekstur makanan sesuai dengan kemampuannya mengunyah dan menelan.

Selamat mencuba dan semoga bayi anda menikmati hidangan sihat ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Yang Lazat Dan Cukup Nutrisi, Elak Masalah Sembelit

Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam

Baca juga: Makanan Berkhasiat Untuk Bayi: Makanan Untuk Anak Anda Berumur 6 Bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah