Resepi Waffle Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam, Berbaloi Buat Sendiri Lebih Puas & Sedap!

Resepi waffle rangup di luar dan lembut di dalam menjadi kesukaan ramai terutamanya kanak-kanak. Lebih sedap jika hidang bersama aiskrim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam menyediakan makanan untuk keluarga, ramai ibu sering ‘ketandusan’ idea dalam memilih menu apakah yang sesuai dan akan menjadi kesukaan suami dan anak-anak. Jika anda merancang sesuatu yang lebih ringan, apa kata cuba resepi waffle rangup dan sedap ini!

Tidak dinafikan bahawa makanan ini agak sukar untuk dijumpai. Kalau ada pun, kadang-kadang tidak menepati citarasa, tekstur keraslah, bau hanyir telur ataupun kurang gebu.

Resepi waffle rangup dan mudah yang menjadi kesukaan seisi keluarga

Bila bercakap mengenai resepi waffle, pastinya anda terbayangkan bau mentega yang cukup wangi dan rasa di luar yang rangup dengan lelehan jem kacang atau coklat yang begitu sedap.

Sekali sekala tidak salah cuba buat sendiri waffle di rumah. Memandangkan harganya yang agak mahal, ia sekaligus boleh menjimatkan wang. Lebih-lebih lagi jika anda miliki ramai anak kecil.

Bahan-bahan untuk resepi waffle:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air ATAU 1 cawan air dan 1 1/2 susu full cream
  • 3/4 cawan minyak masak/ butter cair
  • 2 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 3 susu gula castor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1/4 sudu teh baking soda 

Cara penyediaan resepi waffle:

  1. Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Biarkan adunan dalam 10 – 15 minit

  2. Kemudian barulah masuk kan kedalam bekas waffle atau waffle maker dan masak. Jika sudah masak, anda boleh letak apa-apa perisa pada bahagian atas waffle mengikut citarasa anda

Resepi waffle guna blender yang mudah dan sedap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar marjerin (membukit)
  • 2 cwn susu cair @ bancuh 2 cawan air+2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam blender, kisar sampai sebati dan nampak gebu.

Resepi waffle sukatan cawan Che Nom

Mula-mula kita sediakan buttermilk homemade menggunakan susu & lemon, kemudian guna kan buttermilk untuk buat adunan waffle.

Cara bancuhan waffle pun sangat penting untuk elakkan hasil waffle kita keras dan tak menjadi sedap. Jadi, bukan sahaja resepi, cara pun kena bagi perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhir sekali kita masak adunan menggunakan waffle maker, sampai perang dan garing. Boleh dihidang dengan sos coklat homemade. Sedap sangat. Jimat pun jimat, satu rumah boleh makan.

Bahan-bahan untuk resepi waffle rangup dan lembut

  • 2 cawan susu full cream
  • 2 sb jus lemon
  • 2/3 cawan minyak jagung (boleh kurangkan kpd 1/2 cawan jika suka)
  • 2 biji telur
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan sos coklat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 cawan kepingan coklat
  • 1 sb mentega
  • 1/4 cawan susu krim penuh

Cara Penyediaan:

#1. Cara-cara untuk adunan waffle:

  1. Perah dan ambil jus lemon Masukkan jus lemon dan susu full cream kedalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yang berasingan, masukan tepung gandum, tepung jagung, garam, serbuk penaik, baking soda dan gula halus. Gaul sebati kesemua bahan.
  3. Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sampai kembang.
  4. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan minyak jagung (boleh ganti minyak masak) kedalam adunan susu (buttermilk).
  5. Masukkan adunan basah ke dalam adunan kering. Kacau sebati (jangan terlebih kacau). Masukkan adunan telur putih dan kacau sebati perlahan-lahan.

Cara-cara untuk masak waffle:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Gris waffle maker plate dengan minyak.
  • Masukkan adunan waffle dan masak anggaran 4 minit 30 saat. Hidangkan bersama sos coklat.

Cara buat sos coklat:

  1. Cairkan kepingan coklat, susu full cream dan butter.
  2. Keluarkan dari microwave dan kacau sebati.

Tips penting untuk resepi waffle sukatan cawan

  • Untuk tahu putih telur telah cukup kembang, angkat sikit (dengan whisk atau sudu), kalau jadi bertanduk kiranya dah kembang.
  • Jangan terlebih kacau adunan waffle, takut terhasil gluten. Gluten yang akan menyebabkan waffle keras.
  • Cairkan coklat sekadar lembut tak perlu mendidih, kalau terlebih panas takut coklat rosak.
    Kalau nak garing tahan lama, rehatkan waffle atas cooling rack.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Air Yogurt Homemade Yang Mudah & Sedap, Guna 4 Bahan Sahaja, Anak Mesti Suka!

Baca juga: Resepi Steamboat Ala Johnny Yang Meriah & Sedap, Buat Sendiri Boleh Makan Sampai Puas!

Baca juga:  Resepi Crab Rangoon Yang Rangup & Sedap, Kudapan Viral TikTok Kesukaan Anak-Anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan