X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Meruang Antara Punca Vagina Berbau Ikan! Jika Hamil Boleh Sebabkan Keguguran & Lahir Bayi Pramatang!

4 min bacaan
Meruang Antara Punca Vagina Berbau Ikan! Jika Hamil Boleh Sebabkan Keguguran & Lahir Bayi Pramatang!Meruang Antara Punca Vagina Berbau Ikan! Jika Hamil Boleh Sebabkan Keguguran & Lahir Bayi Pramatang!

Pernahkah anda dengar mengenai meruang atau douching? Pernah terlintas untuk melakukan douching atau meruang ketika hamil?

Pernahkah anda dengar mengenai meruang atau douching? Apa sebenarnya meruang ni? Bagi yang familiar, pernah terlintas untuk melakukan douching atau meruang ketika hamil?

Jika ya, masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin akan membuat anda menimbang semula keputusan itu. Menurut doktor, meruang tidak perlu kerana ia berisiko tinggi menyebabkan jangkitan. 

Di dalam vagina yang normal, terdapat banyak jenis bakteria yang dinamakan vaginal flora. Ada bakteria yang membantu kesihatan vagina dan ada bakteria yang boleh memudaratkan.

Meruang ketika hamil boleh sebabkan keguguran, kelahiran bayi pramatang

Meruang ketika hamil

Menurut Dr Imelda Balchin, bakterial vaginosis ialah penyakit vagina yang paling kerap sekali berlaku. Bakterial vaginosis ialah penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria di dalam vagina, di mana terdapat terlebih bakteria yang memudaratkan. 

Jika anda mencuci di dalam vagina, anda boleh mengganggu keseimbangan bakteria yang sihat dalam vagina dan menyebabkan pembiakan lebih bakteria yang memudaratkan.

Menurut Dr Imelda, jangan mencuci dalam vagina dengan apa sekali pun. Inilah tugasnya keputihan yang Tuhan kurniakan kepada wanita secara semulajadi, dan keputihan inilah yang melindungi vagina anda.

Lendir semulajadi inilah yang mencuci di dalam vagina wanita. Biarkan ia buat kerjanya. Anda hanya perlu cuci di luar vagina dengan air dan tak perlu gunakan apa-apa produk untuk mencuci di dalam vagina. 

Gejala bakteria vaginosis

Meruang ketika hamil

Simptom atau gejala bakterial vaginosis ialah keputihan yang berubah warna kehijauan dan berbau hanyir.

Jika anda bimbang ada penyakit, iaitu gatal, tidak selesa, lendir berubah warna atau bau, sila jumpa doktor sakit puan untuk pemeriksaan dan nasihat tentang rawatannya.

Jangan beli produk dan jangan cuci dalam vagina sebab anda hanya akan membuat penyakit ini bertambah teruk.  Jika wanita hamil mendapat bakterial vaginosis, ini boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.

Katanya, douching atau meruang ini akan memudaratkan kesihatan dalaman wanita. 

Vagina boleh berbau ikan jika anda meruang

Bakteria  vaginosis berlaku jika terdapat ketidakseimbangan bakteria di dalam vagina sehingga menyebabkan banyak lendir berbau ikan hanyir dan berwarna hijau atau kelabu.

Jika ada bacterial vaginosis, ini boleh mengganggu kesuburan, meningkatkan risiko keguguran dan juga risiko kelahiran pramatang.

Keputihan biasa bukan penyakit!

Meruang ketika hamil

Untuk pengetahuan anda, menurut Dr Imelda, keputihan biasa wanita itu bukan penyakit. Ia dikeluarkan oleh sel-sel endocervix di pangkal rahim dan mempunyai fungsi penting melindungi dalaman wanita dari jangkitan dan keputihan inilah yang membolehkan self-cleaning dalaman wanita.

Selain dari itu, keputihan ini melindungi sperma lelaki apabila masuk ke dalam vagina maka ia mempunyai fungsi penting membantu kesuburan dan persenyawaan.

Sebab inilah kegiatan membasuh dalam vagina dengan tujuan membuang keputihan ialah kegiatan yang merugikan wanita dan boleh memudaratkan wanita. Kami beri nasihat jangan buat. 

Hanya penyakit perlu dirawat. Jika keputihan itu berubah warna, berubah bau, menjadi gatal atau terlalu banyak, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Rawatannya bukanlah meruang atau mencuci di dalam vagina sebab perbuatan ini boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih teruk. Tetapi doktor akan memberi ubat bergantung kepada jangkitan jenis apa yang anda ada.

Jangan buat kegiatan douching, meruang, mengorek-ngorek atau mencuci di dalam lubang faraj vagina. Selagi keputihan itu keputihan biasa, jangan bimbang dan jangan buang.

Keputihan itu ada fungsi yang penting. Cukup sekadar mencuci di luar vagina, tak payah cuci dalam vagina!

Meruang boleh tingkat risiko hamil luar rahim

Meruang turut meningkatkan risiko kehamilan luar rahim. 

Masalah kesihatan yang berisiko berlaku ketika mengandung adalah kehamilan ektopik. Tabiat meruang ketika hamil meningkatkan kemungkinan untuk mengalami kerosakan tiub fallopian dan menyebabkan kehamilan luar rahim atau ektopik.

Ia adalah keadaan di mana telur yang disenyawakan melekat pada saluran tiub fallopian dan bukannya dalam rahim.

Jika keadaan ini tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa. Ia juga boleh menyukarkan peluang untuk hamil pada masa akan datang.

Sumber: Dr Imelda Balchin, hellodoktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vagina Saya Terjatuh/Terkeluar Ketika Melakukan Seks Dan Ini Kisahnya

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Dewasa
  • /
  • Meruang Antara Punca Vagina Berbau Ikan! Jika Hamil Boleh Sebabkan Keguguran & Lahir Bayi Pramatang!
Kongsikan:
  • Doktor cipta vagina dari kulit ikan talapia untuk wanita lahir tanpa faraj ini!

    Doktor cipta vagina dari kulit ikan talapia untuk wanita lahir tanpa faraj ini!

  • Miss V bau busuk kerana 6 kesalahan ini yang anda sering lakukan!

    Miss V bau busuk kerana 6 kesalahan ini yang anda sering lakukan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Doktor cipta vagina dari kulit ikan talapia untuk wanita lahir tanpa faraj ini!

    Doktor cipta vagina dari kulit ikan talapia untuk wanita lahir tanpa faraj ini!

  • Miss V bau busuk kerana 6 kesalahan ini yang anda sering lakukan!

    Miss V bau busuk kerana 6 kesalahan ini yang anda sering lakukan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.