Resipi Bubur Lambuk Terengganu

Resepi bubur lambuk Terengganu agak berbeza dengan beberapa bubur lambuk lain. Bahan utamanya adalah isi ikan dan daun kayu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tiba bulan Ramadan antara makanan popular termasuklah bubur lambuk. Namun ada beberapa variasi bubur lambuk. Kali ini kami kongsikan resepi bubur lambuk Terengganu untuk anda cuba.

Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bubur lambuk Terengganu menggunakan dua bahan utama iaitu isi ikan dan gabungan pelbagai ulam-ulaman atau dipanggil sebagai daun kayu yang membangkitkan aroma.

Bubur lambuk resepi yang agak mudah dibuat, cuma perlu pasti bahan-bahannya cukup untuk memastikan menu tradisi ini sedap rasanya. 

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan selayang 
  • 1 cawan kecil santan pekat
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 1 ½ cawan kecil beras
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam, gula, dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya mengikut kadar cair atau pekat bubur yang disukai

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar lada hitam 

Bahan daun:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • pucuk paku/pucuk paku midin
  • pucuk ubi kayu
  • daun kaduk
  • daun kesum
  • pucuk manis

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Mulakan dengan memasak beras hingga menjadi bubur.
  2. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak dan ambil isi ikan sahaja. Kemudian, kisar hingga hancur.
  3. Apabila beras sudah lembut seperti bubur, boleh masukkan semua bahan kisar dan halia yang diketuk.
  4. Tambahkan ikan yang dikisar halus. Kacau rata.
  5. Selepas itu, masukkan semua bahan satu persatu sambil kacau hingga sebati.
  6. Masak hingga mendidih. Kemudian, rasa. Jika cukup lemak, masin, sayur sudah layu boleh dihidangkan. 

Istimewanya bubur lambuk Terengganu adalah isi utamanya ikan dan daun-daun pelbagai jenis. Jika mahu buat pastikan anda mempunyai kesemuanya bagi memastikan ada dapat dapat rasa bubur lambuk Terengganu yang sebenar.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teringin Nak Makan Bubur Lambuk? Jom Buat Sendiri Di Rumah, Guna Rice Cooker Saja!

Baca juga: 10 Juadah Berbuka Puasa Yang Simple Inspirasi Bazar Ramadan Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

Baca juga: Resepi Berbuka Puasa Untuk Ibu Hamil Cuba, Mudah & Cepat Disediakan, Tak Perlu Berdiri Lama

Penulis

Lala Annuar