Resipi Bubur Pulut Hitam Ikut Cara Che Nom, Sedap & Berlemak

Resipi bubur pulut hitam yang kami kongsikan ini sangat mudah disediakan. Yang penting anda perlu memilik bahan asas untuk menyediakannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resipi bubur pulut hitam yang kami kongsikan ini amat mudah tetapi dijamin sedap dan pasti anda tidak menyesal mencuba resepi ini. Resepi ini dikongsikan Che Nom.

Resepi Bubur Pulut Hitam

Bubur pulut hitam adalah hidangan pencuci mulut tradisional yang popular di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Resipi bubur pulut hitam juga pelbagai tetapi bahan utamanya tetap perlu menggunakan santan dan gula. 

Ia terbuat daripada pulut hitam (beras hitam) yang dimasak dengan santan dan gula, menghasilkan bubur yang manis, lekit, dan kaya dengan rasa. Beras ketan hitam yang memberikan warna dan tekstur unik kepada bubur. Santan digunakan untuk memberikan rasa krim dan lemak pada bubur. Selain itu gula menambah rasa manis pada bubur. Biasanya, gula merah atau gula pasir digunakan.

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

Cara Untuk Masak Bubur Pulut Hitam:

  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Cara Untuk Kuah Santan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rezeki Dapat Tunai Haji Di Usia Muda, Berkat Ibu Konsisten Buat Potongan Gaji Setiap Bulan

Baca juga: 9 Tips Haji Wajib Tahu Untuk Wanita, Ketahui Kesilapan Biasa Semasa Haji & Perkara Tidak Patut Dilakukan

Baca juga: Adakah Makan Membatal Wudhu? Ini Penjelasan Mengikut Mufti WP

Penulis

Lala Annuar