Resipi Daging Dendeng Che Nom, Sesuai Dihidang Pagi Raya

Daging dendeng antara makanan popular di makan dengan pulut atau lemang. Kami kongsikan resipi daging dendeng Che Nom untuk anda cuba. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daging dendeng antara makanan popular di makan dengan pulut atau lemang pada hari raya. Kami kongsikan kali ini resipi daging dendeng Che Nom untuk anda cuba. 

Resipi Daging Dendeng Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging (batang pinang)

  • 6 ulas bawang putih

  • 4 ulas bawang besar

  • 4 batang serai

  • 1 inch halia

  • 10 helai cili kering

  • 1 cawan kicap

  • 5 biji buah pelaga

  • 3 bunga lawang

  • 3 bunga cengkih
  • 3-5 helai daun limau purut

  • 3 batang kulit kayu manis

  • Air asam jawa (anggaran 3 sudu besar) 

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang putih

  • 4 ulas bawang besar

  • 4 batang serai

  • 1 inch halia

  • 10 helai ciri kering 

Bahan tumis:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 bunga lawang

  • 3 bunga cengkih

  • 3 batang kulit kayu manis

Cara Penyediaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rebus daging selama 30 minit. (Jika menggunakan periuk tekanan boleh kurangkan sedikit masa).
  2. Hiris daging pastikan tidak terlalu nipis
  3. Ketuk daging menggunakan lesung batu hingga nipis dan penyek
  4. Gaul daging dengan 1/4 cawan kicap dan kacau sebati
  5. Panaskan minyak dan gorengkan daging sehingga kecoklatan dan asingkan daging
  6. Masukkan empat sekawan (buah pelaga, bunga lawang, kayu manis dan cengkih) dan masukkan bahan kisar.
  7. Tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan air rebusan daging. Ulang tiga kali pecah minyak hingga bertukar warna coklat pekat.
  8. Masukkan 1/2 cawan kicap, daun limau purut dan air asam jawa
  9. Akhir sekali masukkan daging dan kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan bersama lemang, pulut atau nasi. 

Selamat mencuba!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!

Baca juga: Resepi Daging Dendeng Yang Paling Mudah, Makan Dengan Nasi Panas Memang Sedap!

Baca juga: 20 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Para Tetamu Mesti Suka!

Penulis

Lala Annuar