Resipi Mochi Ala Jepun Guna Tepung Pulut Biasa: Lagi Kenyal Lagi Sedap! Confirm Menjilat Jari!

Resipi mochi ala jepun yang anda boleh cuba menggunakan tepung pulut biasa. Tekstur yang kenyal dan sedap setanding mochi di pasaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mochi, makanan Jepun yang terkenal dengan teksturnya yang kenyal dan rasa manisnya yang lazat. Ia biasanya dihasilkan menggunakan tepung pulut Jepun. Namun mungkin susah untuk cari di Malaysia. Tahukah ia boleh dihasilkan menggunakan tepung pulut biasa? Kami kongsikan resipi mochi untuk anda cuba di rumah.  Lebih jimat dan confirm menjadi. 

Resipi Mochi Guna Tepung Pulut Biasa

Bahan Resipi Mochi 

Bahan A: (kulit)

  • 1 setengah cawan tepung pulut
  • 4 sudu tepung jagung
  • 3 sudu gula
  • 3/4 cawan air
  • Pewarna

Bahan B

  • Setengah cawan tepung pulut disangai/ digoreng tanpa minyak

Bahan C : Inti

  • Pes coklat hazelnut by Gardenia
  • Kacang tumbuk segera
  • Krim keju susu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Penyediaan Mochi 

  1. Campur sekaligus bahan A dan kacau sebati. Pastikan tidak berketul
  2. Bahagikan kepada empat bahagian dan titiskan pewarna berlainan
  3. Kemudian kukus kira-kira 30 minit
  4. Sangai/ goreng tanpa minyak tepung pulut. Goreng api perlahan sehingga naik bau wangi dan warna berubah kekuningan.
  5. Tunggu adunan kulit mochi masak 
  6. Apabila adunan mochi sudah masak keluarkan dan cedok mengikut sukatan sesudu besar untuk sebiji mochi
  7. Taburkan tepung yang disangai untuk mudahkan anda meleperkan adunan
  8. Cedokkan inti dan letakkan di atas adunan
  9. Jika mahu lebih sedap letakkan mochi yang sudah berinti ke dalam peti sejuk. 

Anda akan menghasilkan mochi yang kenyal dan lazat hanya dengan menggunakan tepung pulut biasa. Boleh pilih inti yang anda suka seperti kacang merah, buah-buahan, kacang hijau dan sebagainya bergantung kepada kreativiti anda. Mochi ice cream juga terkenal dan menjadi kegemaran ramai.

Tips Hasilkan Mochi Sedap

Berikut adalah beberapa tips untuk menghasilkan mochi yang sedap:

  1. Gunakan tepung yang betul
  2. Tekstur adunan yang tepat, tidak berketul
  3. Hindari kekeringan ketika membentuk mochi. Pastikan ia cukup hangat dan kenyal agar mudah dibentuk. 
  4. Inti yang sedap
  5. Penyimpanan yang betul

Kuali Kakdell

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kek Batik Khairul Aming, Mudah Dan Paling Sedap

Baca juga: Lempeng Lembut & Gebu Sampai Esok, Wanita Ini Kongsi Rahsianya

Baca juga: Resepi Nasi Minyak Ikut Cara Che Nom, Sedap Dan Menjadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar