Menjelang usia 6 bulan si buah hati, kebanyakan parents pasti tidak sabar dan rasa teruja untuk memberikan makanan pejal pertama untuknya. Sang ibu khususnya akan mula bertanyakan kepada rakan-rakan tentang resepi terbaik untuk si manja dan ada juga yang membeli blender makanan bayi untuk memudahkan penyediaan kelak.
Bagi sesetengah parents, mereka berpendapat yang pembuat makanan bayi amat diperlukan kerana ia bukan sahaja memudahkan, malah makanan dapat disiapkan dengan cepat dan tidak bercampur dengan makanan harian keluarga. Tambahan lagi, makanan yang disediakan pastinya segar dan home-made, dibuat dengan kasih sayang!

Ciri-Ciri Blender Makanan Bayi Yang Bagus
Sebelum membeli blender bayi, ada beberapa perkara yang parents kena tahu ya. Pilih yang menepati bajet anda dan cuba dahulu untuk memastikan produk tidak bising yang boleh mengganggu si manja tidur pula. Selain itu, pastikan anda semak beberapa perkara ini dahulu bagi memastikan berbaloi untuk menyediakan makanan berkualiti:
Fungsi: Periksa pilihan pengukus dan penyejuk cepat, sebaik-baiknya yang mempunyai banyak fungsi kerana ia menjadikannya sangat berkesan untuk menggabungkan makanan bayi. Pilih pengisar terbaik untuk makanan bayi yang mempunyai kapasiti yang lebih kecil namun mempunyai mesin yang kuat.
Portable: Pilih pengisar yang boleh dibawa supaya mudah bagi anda untuk memindahkannya ke mana sahaja untuk menyediakan makanan untuk si manja. Terdapat banyak pengisar yang berat dan hanya boleh diletakkan di satu tempat, malah tidak mudah dibersihkan dan tidak boleh dibawa travel. Pengisar mudah alih sebaliknya membolehkan parents menyediakan makanan bayi walaupun anda sekeluarga sedang melancong!
Mudah digunakan: Apabila parents melihat pilihan yang berpatutan, pilih pengisar untuk makanan bayi yang mudah digunakan, banyak fungsi dan lebih murah. Kebiasaannya produk tersebut mempunyai semua ciri asas seperti mudah alih, memasak wap, memotong, mencincang, dan butang yang mudah digunakan.
Bebas BPA: Periksa bahan pengisar dan lihat apakah plastik yang digunakan bebas dari BPA. BPA adalah bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik.
5 Blender Makanan Bayi Yang Terbaik
1. Beaba Solo Babycook

Ini merupakan pilihan premium dan produk paling mahal dalam senarai kami. Namun pastinya dengan kapasiti yang besar dan pelbagai fungsi, parents akan berpuas hati dengan Beaba Solo.
- Fungsi: Boleh menyediakan makanan dari buah-buahan, sayur-sayuran, daging atau ikan dari makanan mentah hingga bayi tahap dan bayi dalam 15 minit.
- Mudah digunakan : Ibu boleh menyediakan makanan si manja hanya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, sangat mudah! Beaba Cook juga boleh padam secara automatik apabila selesai masa yang ditetapkan.
- Bebas BPA, plumbum dan phthalate
2. Baby Bullet Baby Food Maker

Sekiranya anda memerlukan pengisar sederhana, mudah, dan berpatutan untuk penggunaan biasa, kami yakin ini adalah pengisar makanan bayi terbaik untuk berjimat!
- Fungsi: Ia mempunyai cawan kecil, mangkuk besar untuk adunan dan dua bilah untuk penggilingan dan pengadunan. Sesuai bagi mengisar sayur dan buah-buahan yang telah siap dikukus.
- Saiz kompak yang boleh dibawa ke mana-mana
- Mudah digunakan, mudah dibersihkan menggunakan mesin pinggan mangkuk.
- Material plastik bebas BPA
3. Baby MiyOyO RS586 Baby Food Blender

Jika anda mencari blender makanan bayi yang lebih kompak, produk ini merupakan jawapannya. Ia mempunyai bilah keluli yang tajam, kuat dan keras, serta dapat menghancurkan pelbagai produk dalam masa yang sangat singkat, menjimatkan masa pemotongan!
- Fungsi: Sesuai untuk menghiris daging / sayur / salad buah / bawang dan bawang putih tanpa tulang, memotong pelbagai produk untuk bayi, mencincang ramuan, sayur-sayuran, pesto dan banyak lagi
- Saiz mini yang boleh dibawa ke mana-mana
- Mudah digunakan, pantas dan selamat.
- Material bebas BPA
4. Philips Avent 4-in-1 Baby Food Maker SCF883/02

Dari pengukus hingga pengisaran, semuanya dalam satu produk sahaja! Anda akan mendapat semua yang diperlukan untuk membuat makanan bayi berkhasiat dalam satu balang tunggal. Setelah bahan-bahan selesai dikukus, semua yang perlu parents lakukan ialah angkat balang, terbalikkan dan kunci di tempatnya dan sibu sudah boleh satukan semua bahan dengan konsisten.
- Fungsi: Kukus, kisar, fungsi beku dan panaskan semula untuk menyediakan makan secara sihat, hanya dengan 1 balang
- Saiz mini yang boleh dibawa ke mana-mana
- Mudah digunakan, balang dan pisau selamat untuk mesin cuci pinggan mangkuk. Mempunyai reka bentuk terbuka dengan tangki air mudah dibersihkan dan diisi semula yang membolehkan ibu memasak dengan wap bersih setiap masa.
- Material bebas BPA
5. Cherub Baby CHSB001

Cherub Baby Natriblend Steamer Blender akan mengukus, memasak dan mengadun makanan serta mensterilkan botol dan aksesori si manja dengan mudah! Dengan layar LCD, Natriblend memberi ibu kawalan maksimum ketika menyediakan makanan bayi, dan semuanya di satu tempat tanpa perlu menggunakan peralatan atau peralatan yang berasingan.
- Fungsi: Mengukus, memasak dan mengadun makanan, serta mensterilkan botol dan aksesori.
- Saiz mini yang boleh dibawa ke mana-mana
- Mudah digunakan dengan ciri keselamatan yang padam secara automatik dalam mod pengisaran.
- Material bebas BPA
Kami harap parents sudah jumpa blender makanan bayi pilhan hati melalui senarai ini. Selamat membeli!
Baca juga: 3 Cara Sediakan Makanan Bayi Buat Ibu Bapa Sibuk, Semua Jadi Mudah Dengan Resepi Ini!