Resipi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam Ikut Cara Che Nom, Memang Sedap!

Resipi nasi daging utara yang kami kongsikan ini adalah resepi dari Che Nom yang sangat mudah disediakan untuk pelbagai majlis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasi daging utara dengan air asam antara menu terkenal di utara Malaysia. Ia selalu dihidangkan pada majlis kenduri kendara atau hari perayaan. Mahu cuba resipi nasi daging utara? Jom ikuti resepi yang kami kongsikan ini.

Resipi Nasi Daging Utara Gaya Chenom

Bahan-Bahan Resipi Nasi Daging Utara

  • 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 cawan tomato sup atau 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam

Bahan Untuk Rebusan Daging

  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 2 inci halia, hiris nipis
  • Air dalam anggaran 7 cawan lebih

Bahan Untuk Air Asam

  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 biji tomato, potong kecil
  • 6 biji cili merah, potong kecil
  • 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
  • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 3 sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit perahan jus limau nipis

Cara Penyediaan Nasi Daging Utara

  1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama tiga sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
  3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

Cara Penyediaan Air Asam

  1. Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Chenom

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Nasi Minyak Ikut Cara Che Nom, Sedap Dan Menjadi

Baca juga: Mencari Resepi Nasi Ayam Yang Sedap Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga Dan Bayi Atas 10 Bulan? 

Baca juga: Resepi Keropok Ikan Bilis Guna Lebihan Nasi, Sesuai Dijadikan Kudapan Menu Petang Seisi Keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar