Sambal telur pecah adalah hidangan yang ringkas tetapi sangat menyelerakan. Ia mudah disediakan, tetapi untuk mendapatkan sambal telur pecah yang benar-benar sedap dan menjadi ikut resepi perkongsian Pearl Diana.
Isi Kandungan
Resepi Sambal Telur Pecah, Menu Kesukaan Anak-Anak
Bahan-bahan:
Bahan A:
- Bawang merah besar
- Bawang merah kecil
- Bawang putih
Blender semua bahan A hingga halus.
Bahan B:
- Cili kering (siap dikisar)
- Air asam jawa
- Gula/gula melaka
- Perasa
- Garam
- Air
- Telur ayam
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan A (bawang merah besar, bawang merah kecil, dan bawang putih yang telah dikisar) sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering yang telah dikisar ke dalam tumisan tadi. Tumis sehingga cili benar-benar masak dan pecah minyak.
- Tambahkan air asam jawa, gula, garam, dan bahan perasa
- Kacau sehingga semua bahan sebati dan tumisan naik bau.
- Tambahkan sedikit air jika kuah kelihatan pekat.
- Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah dengan api sederhana perlahan. Jangan kacau dahulu, biarkan seketika dan tutup kuali.
- Apabila putih telur hampir masak, baru kacau perlahan-lahan. Jika suka kuning telur yang separuh masak atau sedikit lembik baru tutup api.
- Siap untuk dihidangkan. Sesuai dinikmati bersama nasi panas.
Tips Buat Sambal Telur Pecah Lebih Sedap
- Pastikan minyak cukup untuk menumis kerana ia akan memastikan cili dimasak dengan baik dan pecah minyak yang menjadikan sambal sedap.
- Jangan tergesa-gesa ketika menumis cili kisar. Masak hingga cili benar-benar masak dan pecah minyak supaya sambal tidak mempunyai rasa mentah dan lebih tahan lama.
- Pilih telur yang segar untuk sambal telur pecah. Telur segar bukan sahaja memberikan tekstur yang lebih baik, tetapi juga rasa yang lebih enak.
- Selepas memasukkan telur ke dalam sambal, elakkan daripada terlalu kerap mengacau. Ia bagi memastikan telur tidak hancur terlalu halus dan mengekalkan tekstur telur.
Khasiat Telur untuk Kesihatan
Telur bukan sahaja sedap, tetapi juga kaya dengan pelbagai nutrien penting yang baik untuk kesihatan.
Antara khasiat telur adalah:
1. Sumber Protein Berkualiti Tinggi
Telur mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membina dan memperbaiki tisu. Ini menjadikan telur sebagai sumber protein yang sangat baik.
2. Meningkatkan Kesihatan Mata
Telur kaya dengan lutein dan zeaxanthin, dua jenis antioksidan yang penting untuk kesihatan mata. Kedua-dua ini boleh membantu mencegah masalah mata seperti katarak dan degenerasi makula.
3. Menyokong Kesihatan Jantung & Otak
Kandungan kolin dalam telur adalah nutrien penting yang menyokong fungsi otak seperti perkembangan memori dan kognitif. Ia juga mengandungi lemak sihat yang boleh membantu mengawal kadar kolesterol dalam darah dan menyokong kesihatan jantung.
4. Membantu Penurunan Berat Badan
Telur adalah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan kerana ia rendah kalori tetapi tinggi nutrien.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Telur Masak Kicap Simple Dan Sedap, Menu Kesukaan Ramai
Baca juga: Rahsia Telur Dadar Crispy & Gebu, Pastikan Anda Masukkan Dua Bahan Ini Sebelum Goreng
Baca juga: Resepi Ayam Telur Masin (Salted Egg Chicken) Mudah Sangat, Kecur Air Liur Memikirkannya!