LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Jika anda sedang mencari milkbooster, apa kata cuba cookies keluaran LactoMomma ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Impian seorang ibu pastinya ingin menjayakan penyusuan anak hingga sekurang-kurangnya 2 tahun, namun tidak dinafikan yang penyusuan ibu sememangnya sesuatu yang mencabar! Ketahui review LactoMomma dari theAsianparent berkenaan biskut laktasi LactoMomma yang boleh membantu anda dalam merealisasikan hasrat anda.

Sebagai seorang ibu yang menyusu, saya sendiri faham ada masa-masanya susu akan kurang disebabkan stress, keletihan atau tidak sempat makan. Jadi bila saya diberi peluang mencuba biskut LactoMomma, tentulah saya teruja kerana saya sememangnya seorang penggemar cookies!

Ini bukan kali pertama saya mencuba biskut laktasi keluaran LactoMomma ya, ha nak tahu kenapa saya cuba lebih dari sekali? Jom baca lagi.

LactoMomma, Jenama Dipercayai Bagi Biskut Milkbooster!

Jika anda seorang bakal ibu atau ibu yang menyusukan anak, anda pasti pernah dengar tentang LactoMomma. LactoMomma diusahakan bermula tahun 2016, bagi membantu ibu meningkatkan bekalan susu, dengan pengambilan makanan yang menyelerakan iaitu biskut yang sedap!

Siapa yang tidak sukakan biskut? Kalau anda hendak tahu, biskut laktasi sebenarnya lebih sedap berbanding biskut lain kerana kandungan bahannya lebih banyak dan pelbagai tau. Hihi.

Review LactoMomma: Apa Yang Menarik Tentang Biskut Laktasi LactoMomma?

Selain rasanya yang sangat menyelerakan, LactoMomma menyediakan sehingga 10 jenis perisa, dengan tekstur yang berbeza mengikut pilihan anda seperti separa lembut, rangup dan krackers. Jika anda bukan seorang yang sukakan biskut yang manis, atau ingin mengawal pengambilan gula, biskut jenis crackers adalah pilihan yang tepat kerana ia diperbuat tanpa telur dan gula.

Buat masa ini, biskut laktasi LactoMomma ada lebih kurang 10 jenis untuk dipilih, termasuk 4 perisa keluaran terhad. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kurma dan Susu Kambing
  • Classic Choc Chip
  • Butterscotch Pecan
  • Cranberry and White Choc
  • Chocotella
  • Dairy Crunch
  • Salted Caramel
  • Cho-rlicks Crunchies
  • Crackers Sharp Cheddar

Setiap keluaran LactoMomma didatangkan dalam balang kedap udara comel, dan dengan saiz yang kecil ini ia sangat sesuai diletakkan dalam beg tangan atau beg susu anda. Jadi anda tidak perlu risau kerana anda boleh bawa ke mana-mana sahaja bila diperlukan.

Satu balang biskut boleh bertahan selama seminggu, bergantung kepada kekerapan pengambilan anda (cadangan pengambilan adalah 2-3 keping sehari). Jadi anda boleh merancang pembelian anda dengan lebih baik, terutamanya semasa anda merancang percutian!

Tetapi dalam rumah saya, seminggu 2 balang pun boleh habis kerana saya perlu berkongsi dengan anak saya yang sememangnya seorang peminat cookies.

Lagi-lagi yang chocolate chip tu…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan lagi, biskut laktasi dari LactoMomma ini boleh dimakan bukan sahaja oleh para ibu yang menyusu, malah sesuai untuk dijadikan kudapan anak-anak dan suami juga ya. Jadi para suami, dan wanita bujang jangan teragak-agak hendak merasa, kerana 80% dari bahannya adalah organik dan berkhasiat untuk semua.

Cuma satu sahaja perkara saya perlu fikir sekarang, kena berebut pula dengan anak-anak. :p

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Review LactoMomma: Pengaruh LactoMomma Terhadap Penyusuan Ibu

Biskut keluaran LactoMomma bertujuan bagi memperbanyakkan susu badan. Kandungan bahan semulajadinya yang diketahui boleh merangsang pengeluaran susu ibu sememangnya diadun khas bagi memberikan para ibu mendapat manfaat dalam penyusuan sambil menikmati rasa yang hebat.

Bila ibu gembira kerana makan biskut yang sedap, pasti mood ibu akan mempengaruhi kelancaran pengeluaran susu juga!

Jika anda ibu yang mengepam susu, anda pasti akan nampak kesannya dengan penambahan kuantiti susu. Saya merupakan seorang ibu yang menyusukan bayi 8 bulan secara direct feed dan tidak pernah mengamalkan milk booster, jadi bagaimana saya tahu sama ada biskut laktasi ini berkesan?

Secara jujurnya, berbanding sebelum ini, anak saya lebih cepat hentikan penyusuannya kerana cepat kenyang, malah pada mulanya dia mudah tersedak kerana susu keluar dengan banyak! 

Terima kasih LactoMomma kerana memberi peluang untuk mencuba keluaran yang dapat membantu para ibu ini, semoga para ibu akan mendapat manfaat dan berjaya menjalankan penyusuan sehingga 2 tahun. Apa-apapun, ibu jangan lupa minum air kosong juga dengan mencukupi setiap hari ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat berjaya mommies!

Untuk maklumat lanjut, layari www.lactomomma.com atau instagram LactoMomma @lactomomma

Apakah milk booster anda?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commilk-booster-penggalak-susu-ibu/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman