Bukan Sekadar Memasak Nasi, 8 Rice Cooker Terbaik Ini Mempunyai Fungsi Tambahan Yang Memudahkan Urusan Di Dapur

Masak nasi memang mudah tetapi jika ada rice cooker yang bagus di rumah, kita boleh memasak nasi yang lebih empuk dan sedap.

Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia, justeru tidak hairanlah mengapa rice cooker atau periuk nasi wajib ada dalam semua rumah.

Jika dahulu nenek moyang kita menanak nasi menggunakan dapur biasa atas api tetapi kini periuk nasi elektrik yang memudahkan urusan di dapur menjadi pilihan majoriti.

Kegunaan Rice Cooker

Periuk nasi berfungsi dengan konsep yang lebih kurang sama dengan periuk-periuk biasa, cumanya, tidak seperti periuk biasa yang digunakan untuk memasak diatas api, periuk nasi mempunyai fungsi kawalan suhu untuk memastikan beras atau nasi anda tidak akan terlebih masak atau hangit.

Ia juga biasanya dilengkapi dengan permukaan memasak yang kalis lekatan bagi memastikan nasi anda dapat dikaut sepenuhnya dan memudahkan proses cucian.

Ramai yang tersalah anggap periuk nasi hanya boleh digunakan untuk menanak nasi. Sebenarnya, model paling ringkas pun boleh digunakan untuk menjerang air, membuat bubur oats untuk sarapan, mi berkuah dan juga untuk membuat gulai yang direneh pada suhu rendah dan sekata.

Selain daripada itu, periuk nasi juga boleh digunakan untuk mengukus.

Terdapat pelbagai resipi manisan juga boleh dimasak dalam periuk ini. Bukan sekadar pengat ataupun bubur manis, malah sesetengah kek juga sesuai dibuat dalam periuk elektrik kerana ianya memberikan pemanasan yang sekata dan terkawal.

Tip Pemilihan Rice Cooker Terbaik

Memilih periuk nasi bukannya mudah bagi sesetengah orang kerana pemilihan periuk nasi yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan gaya adalah agak mengelirukan.

Semestinya periuk nasi yang paling baik datang daripada jenama terkenal dan mempunyai jangka masa yang panjang untuk digunakan.

Namun kini terdapat banyak periuk nasi asas yang datang dengan ciri-ciri yang penting untuk penggunaan harian periuk nasi seperti menyimpan ciri hangat, non-stick dalaman, dan tetapan utama untuk memasak pelbagai jenis nasi dalam pelbagai jenama.

Untuk tahu lebih lanjut apa yang perlu kita cari dalam rice cooker, kami senaraikan panduan pemilihan rice cooker terbaik untuk anda.

1. Lapisan nonstick

Periuk nasi yang biasa selalunya bukan jenis nonstick, maksudnya tiada lapisan di permukaan bawah periuk menyebabkan terjadinya kerak nasi dan sukar untuk dicuci. Lapisan nonstick boleh membuatkan pencucian lebih senang dan tiada kerak nasi yang menyebabkan pembaziran.

2. Butang preset

Butang preset menyenangkan proses memasak, tetapi untuk kebanyakan orang, fungsi ini tidak perlu. Preset akan membantu anda memasak dengan lebih mudah dengan memasukkan bahan sahaja dan periuk nasi akan mula memasak mengikut mod masakan yang telah dipilih seperti mengukus, menggoreng dan sebagainya.

3. Saiz dan kapasiti

Kebanyakan model periuk nasi mempunyai kapasiti antara 1.8L hingga 3L, cukup untuk hidangan 3 hingga 5 orang. Tapi ada yang lebih suka rice cooker mini kerana hidup bujang anda boleh memilih periuk nasi berkapasiti 1.2L atau anda yang mempunyai keluarga yang besar boleh memilih periuk nasi bersaiz 5L.

4. Ciri tambahan

Paparan LED, Quick Cook, fungsi steamer dan teknologi lain seperti 3D heating yang membantu membuat nasi lebih sedap dan sekata, memang menyenangkan.

8 Rice Cooker Terbaik Untuk Sajian Nasi Seisi Keluarga

Rice Cooker Terbaik
Tefal Easy Rice Fuzzy Logic Rice Cooker
Rice Cooker Terbaik Dengan Teknologi AI
Beli di Shopee
Gaabor Rice Cooker
Rice Cooker Terbaik Dengan Panel Sesentuh
Beli di Shopee
Xiaomi Mijia C1 Rice Cooker
Rice Cooker Terbaik Dengan Kapasiti Besar
Beli di Shopee
DESSINI ITALY 7 in 1 Electric Digital Rice Cooker
Rice Cooker Terbaik Boleh Memasak Pelbagai Cara
Beli di Shopee
Toshiba Digital Rice Cooker
Rice Cooker Terbaik Kekalkan Kesegaran Nasi
Beli di Shopee
Panasonic Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker
Rice Cooker Terbaik Untuk Memasak Nasi Rendah Gula
Beli di Shopee
Giselle Mini Rice Cooker
Rice Cooker Terbaik Saiz Mini 
Beli di Shopee
Trio Mini Portable Rice Cooker
Rice Cooker Terbaik Untuk Pengembara
Beli di Shopee

Tefal Easy Rice Fuzzy Logic Rice Cooker

Rice Cooker Terbaik Dengan Teknologi AI

Untuk anda yang mahukan periuk nasi yang dapat memudahan proses memasak anda, kami mencadangkan kepada anda periuk nasi automatik keluaran jenama terkenal Tefal ini.

Ia mempunyai pilihan masakan yang automatik dimana anda boleh memilih dari 8 jenis tetapan masakan, antaranya memasak nasi putih, nasi perang, bubur/sup, slow cook/stew, steam, quick cooking, reheat & keep warm.

Tefal Rice Cooker Easy Rice menjadikan penyediaan hidangan harian menjadi mudah dengan periuk nasi sfera untuk hasil sempurna dengan rasa maksimum.

Periuk nasi yang mudah digunakan ini dilengkapi dengan ciri yang dipertingkatkan dan reka bentuk pintar dalam satu perkakas dapur yang mudah iaitu Kepintaran buatan Fuzzy Logic memberikan ketepatan yang luar biasa, menawarkan pelarasan automatik masa dan suhu memasak untuk hasil yang optimum.

Hal ini menjadikan periuk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi sangat efisien, sekaligus menjadikannya peneman dapur yang baik untuk pengguna yang mementingkan kemudahan dan efisiensi.

Apa yang kami suka :

  • Periuk dalam 4 lapisan berkualiti tinggi termasuk salutan tidak melekat untuk memastikan makanan tidak melekat dan memudahkan pembersihan.
  • Kapasiti 1.8 liter atau 10 cawan sesuai untuk kegunaan harian atau menyambut ketibaan tetamu.
  • Menghasilkan nasi tanpa cela yang penuh dengan rasa.
  • Mencapai ketepatan muktamad melalui pelarasan automatik suhu dan masa memasak.

Gaabor Rice Cooker

Rice Cooker Terbaik Dengan Panel Sesentuh

Untuk anda yang mencari periuk nasi bersaiz kecil, mungkin Gaabor boleh dipertimbangkan kerana kecanggihannya dalam penyediaan nasi yang sempurna untuk anda.

Mempunyai panel sesentuh lengkap dengan enam pilihan hidangan untuk disediakan, ia bukan sekadar periuk nasi anda juga boleh memasak bubur, sup malah mengukus hidangan lain semasa memasak nasi kerana mempunyai bekas tapisan kukus yang turut disertakan sekali.

Bentuknya yang ringkas dan moden, pastinya menjimatkan ruang dapur anda.

Apa yang kami suka :

  • Panel sesentuh yang besar dibahagian atas, tidak seperti periuk nasi yang lain.
  • 1.2L kapasiti sesuai untuk 3-4 orang makan.
  • Ketahanan makanan sehingga 24 jam tanpa mengubas rasa asli makanan.
  • 6 pilihan hidangan disediakan bagi memudahkan & menjimatkan masa.
  • 1 tombol untuk membuka penutup tanpa memegang penutup diatasnya.
  • Mempunyai rak pengukus diatasnya bagi menjimatkan tempoh memasak sesuatu hidangan.
  • Penggunaan kuasa serendah 500w, menjimatkan masa, elektrik & tenaga.

Xiaomi Mijia C1 Rice Cooker

Rice Cooker Terbaik Dengan Kapasiti Besar

Kapasitinya bersaiz 4L cukup untuk makan tengah hari untuk seisi keluarga atau perayaan bersama rakan-rakan. Anda juga boleh menyediakan hidangan lain dalam periuk ini dan anda tidak perlu fokus pada nasi sahaja kerana anda juga akan menemui beberapa resipi yang lazat dan menarik dalam aplikasi.

Sebagai tambahan kepada nasi kukus klasik, terdapat pilihan memasak sup, kek, oat, pemanasan makanan atau untuk mengekalkan suhu. Rice cooker Xiomi diperbuat daripada bahan berkualiti, bahagian dalam tidak melekat, jadi anda boleh bergantung pada pembersihan yang cepat dan mudah.

Apa yang kami suka :

  • Periuk nasi 4L boleh memasak sehingga 16 mangkuk nasi
  • Pelan memasak 24 mod
  • Mod memasak pantas, mudah dan menjimatkan masa
  • Pemanasan satu klik, mudah dan cepat
  • Pelapik permukaan melengkung baharu
  • Kawalan suhu dwi atas dan bawah
  • Reka bentuk panel tersembunyi yang eksplisit

DESSINI ITALY 7 in 1 Electric Digital Rice Cooker

Rice Cooker Terbaik Boleh Memasak Pelbagai Cara

Antara periuk nasi yang mempunyai mod memasak yang pelbagai, harganya cukup berpatutan untuk kapasiti yang besar sesuai untuk anda yang bekerluarga besar.

Bukan sekadar memasak nasi, anda juga boleh menggoreng, membakar kek, membuat pizza, malah mengukus, memasak sup dan stew mengikut mod yang telah ditetapkan suhunya.

Jangan bimbang akan kerak nasi yang melekat, periuk dalam tidak melekat kerana diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan lama yang menawarkan pengaliran haba yang lebih berkesan.

Apa yang menarik :

  • Kapasiti besar 5 liter mampu memasak untuk seluruh keluarga anda.
  • Hanya letakkan semua bahan dalam periuk, pilih tetapan yang diprogramkan dan biarkan periuk nasi anda berfungsi
  •  Tidak perlu menghabiskan berjam-jam untuk memasak dan menyediakan makanan.
  • Dapat memastikan makanan anda hangat sehingga anda bersedia untuk dimakan.
  • Pengoperasian yang mudah untuk bukan sahaja memasak dengan sempurna tetapi juga pelbagai jenis makanan seperti rebusan, sup, bubur kari, sayur-sayuran dan banyak lagi.
  • Anda akan menikmati makanan yang berkhasiat dan sihat.
  • Penjimatan tenaga dan kecekapan tinggi

Toshiba Digital Rice Cooker

Rice Cooker Terbaik Kekalkan Kesegaran Nasi

Didatangkan dengan periuk dengan kedalaman sebanyak 2.2 mm tebal bersama 5 lapis dengan corak honey comb yang dapat meningkatkan permukaan pemanasan untuk memastikan pemanasan seragam, menghasilkan nasi yang gebu dan enak.

Ia juga dilengkapi dengan salutan tidak melekat untuk memudahkan pembersihan selepas memasak.

Toshiba Rice Cooker ini lengkap dengan menu preset untuk fungsi Stim, Sup, Kek, Sushi, Congee selain daripada 5 jenis masakan nasi yang mana masakan rumah menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini.

Apa yang kami suka :

  • Membantu menyediakan masakan dalam masa 30 minit atau kurang.
  • Fungsi auto Keep Warm yang membantu mengekalkan kesegaran dalam beras dan preset timer yang boleh anda gunakan untuk menentukan masa anda ingin menyimpan nasi.

Panasonic Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker

Rice Cooker Terbaik Untuk Memasak Nasi Rendah Gula

Nasi rendah gula adalah alternatif yang lebih sihat untuk semua orang dalam keluarga, termasuk warga emas, bakal ibu, pesakit kencing manis atau individu yang memulakan program diet rendah gula atau penurunan berat badan yang sihat.

Kanji tahan mengandungi lebih sedikit kalori daripada kanji biasa. Ia boleh menurunkan paras gula darah dengan berkesan selepas makan dan meningkatkan kesihatan usus dan keseluruhan.

Panasonic rice cooker ini memasak nasi dengan api yang tinggi menggunakan teknologi IH untuk menukarkan kanji beras kepada bentuk yang lebih larut, yang mana ia diasingkan terus daripada beras untuk mengurangkan kandungan kanji.

Nasi yang sihat dan rendah gula kemudiannya dikukus secara sekata untuk mengeluarkan rasa aslinya.

Apa yang kami suka :

  • Kawalan suhu yang tepat menggunakan penderia pintar dan penyongsang terbina dalam untuk memastikan nasi dimasak pada suhu yang betul untuk nasi yang sedap & gebu.
  • Periuk dalam bersalut Arang Binchotan mempunyai kekonduksian haba dan pengekalan haba yang sangat baik yang memindahkan haba dengan cepat dan berkesan semasa memasak.
  • Salutan periuk dalam yang tidak melekat memudahkan pembersihan harian, manakala binaannya yang tahan lama memastikan periuk bertahan lama walaupun selepas penggunaan yang konsisten.
  • Masak dengan mudah lebih daripada sekadar nasi dengan pelbagai fungsi memasak untuk anda dan citarasa keluarga anda yang sentiasa berubah-ubah.
  • Periuk Nasi IH Panasonic direka untuk menjadi moden namun minimum untuk menonjol di kaunter dapur anda tanpa menjejaskan kebolehgunaan dan kemudahan.

Giselle Mini Rice Cooker

Rice Cooker Terbaik Saiz Mini

Walaupun saiznya kecil sesuai untuk hidangan 1 hingga 2 orang, periuk nasi Giselle ini mempunyai pelbagai fungsi masakan lain selain memasak nasi. 

Bekas dalam yang tebal tidak melekat, periuk dipanaskan sama rata, permukaannya licin, tidak mudah melekat pada periuk, dan ia sangat mudah dibersihkan.

Dengan rekaan kecil yang menarik, periuk nasi ini juga mempunyai pilihan warna-warna menarik sesuai dengan citarasa moden orang muda.

Apa yang kami suka :

  • Reka bentuk pemegang anti melecur, anti melecur dan penebat haba.
  • Butang segi empat sama, memasak satu butang, ringkas dan cepat, lebih senang digunakan, butang segi empat sama, bukaan satu butang.
  • Asas pemanasan annular, pemanasan seragam, memasak cepat, menjimatkan masa dan kecekapan tinggi.
  • Paparan bercahaya tersembunyi, boleh dipaparkan selepas dipasang, dan fon bercahaya kelihatan jelas.
  • Tapak anti gelincir, tapak terbina dalam, stabil tidak licin, dan kalis titisan.
  • Sarung atas boleh tanggal dan boleh dibasuh, pembongkaran cepat dan pembersihan mudah.

Trio Mini Portable Rice Cooker

Rice Cooker Terbaik Untuk Pengembara

Bagi anda yang gemar hiking atau travel, pastinya enak kalau anda dapat menikmati nasi yang empuk dan lazat sambil menikmati pemandangan dan suasana alam sekitar yang mendamaikan.

Sebab itu kami mahu cadangkan kepada anda periuk nasi keluaran jenama terkenal dari jepun ini yang mempunyai kapasiti sebanyak 0.3L, dimana ianya agak kecil berbanding periuk nasi biasa, tetapi sesuailah untuk anda sebagai seorang pengembara.

Ia juga mempunyai berat keseluruhan yang agak ringan berbanding periuk biasa, sekaligus membolehkan anda membawanya kemana-mana tanpa merasa lenguh dan letih.

Dengan berat hanya sehingga 1.5 kg dan dimensinya yang kompak, ia merupakan antara periuk yang sangat mudah dibawa kemana-mana dan membolehkan anda menyimpannya dengan mudah tanpa memakan ruang yang banyak. 

Apa yang kami suka :

  • Ringan dan mudah dibawa kerana saiznya yang kompak
  • Periuk nasi ini juga dilengkapi dengan sistem kuncian penutup bagi menjamin keselamatan ketika membawa atau menggunakan produk ini.
  • Untuk membuka penutup periuk ini, anda perlu membuka klipnya terlebih dahulu ini dapat memastikan nasi anda tidak akan tertumpah dengan mudah sekiranya anda sedang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Perbandingan Harga Rice Cooker Terbaik

Jenama Kapasiti Harga
Tefal Easy Rice Fuzzy Logic Rice Cooker 1.8l RM249.00
Gaabor Rice Cooker 1.2l RM115.00
Xiaomi Mijia C1 Rice Cooker 4l RM159.00
DESSINI ITALY 7 in 1 Electric Digital Rice Cooker 5l RM149.90
Toshiba Rice Cooker With Computer 1.8l RM221.76
Panasonic Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker 1.5l RM1099.00
Giselle Mini Rice Cooker 1.2l RM60.00
Trio Mini Portable Rice Cooker 0.3l RM83.21

Cara Penjagaan Rice Cooker Dengan Betul

Untuk memastikan periuk nasi anda tahan lama dan sentiasa dalam keadaan yang baik, berikut merupakan panduan yang boleh anda ikuti;

  • Sentiasa cabut plag periuk nasi dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dibersihkan.
  • Basuh mangkuk dan penutup kaca dalam air suam dan sabun. Jika makanan melekat pada mangkuk memasak, isi dengan air suam dan sabun dan biarkan ia meresap sebelum dibersihkan dengan pad penyental plastik
  • Bilas dan keringkan sehingga bersih.
  • Lap bahagian dalam dan luar tapak memasak dengan lembut, sedikit damp kain atau span. Jangan sekali-kali menggunakan pembersih yang melelas atau pad penyental untuk membersihkan tapak memasak, kerana ia boleh merosakkan permukaan.
  • Jika air secara tidak sengaja masuk ke dalam kawasan suis atau ke atas plat pemanas, biarkan periuk nasi kering sepenuhnya sebelum digunakan.
  • Pastikan perkakas dalam keadaan sejuk dan kering. Jangan sekali-kali balut kord dengan ketat di sekeliling perkakas; pastikan ia bergelung longgar. Meletakkan penutup di sebelah atas ke bawah untuk penyimpanan boleh membantu menjimatkan ruang.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Baca juga : Tak Lalu Makan Nasi? Ini 5 Makanan Pengganti Untuk Ibu Hamil Yang Sama Khasiatnya!

Baca juga : Stress Anak Tak Mahu Makan Nasi? Apa Kata Ibu Cuba 6 Tips Bijak Ini, Pasti Berjaya!

Penulis

Nursyamimi