Rihanna Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Kongsi Hasrat Ingin Jadi Ibu Yang 'Protective'

Rihanna hamil anak bersama A$AP Rocky telah pun menyambut kelahiran anak pertamanya baru-baru ini. Tahniah diucapkan buat mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rihanna hamil anak pertama bersama teman lelakinya A$AP Rocky telah pun menyambut kedatangan anak pertama! Penyanyi terkenal anak jati kelahiran Barbados berumur 34 tahun ini telah pun melahirkan anak pertamanya baru-baru ini. Rihanna kini bergelar seorang ibu. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Rihanna hamil, umum kehamilan pada awal tahun
  • Rihanna kongsi ingin jadi ‘protective mom’

Sumber mengesahkan bahawa Rihanna telah pun melahirkan anak beliau dan kini berada di Los Angeles bersama keluarganya. Malah, Rihanna turut dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan teruja menjadi ibu buat kali pertama.

Rihanna hamil, umum kehamilan pada awal tahun

 
 
Terdapat desas desus dan gosip hangat yang berlegar dalam dunia Hollywood mengenai penyanyi Rihanna yang mengandung. Namun, tiada komen lanjut daripada pihak Rihanna sehinggalah pada bulan Januari tahun ini. Gambar Rihanna dengan baby bump’ mula muncul di New York City yang telah mengesahkan teori ramai peminat beliau. 
 
Beliau turut kelihatan begitu seronok dan gembira untuk menyambut kehadiran bayi baru. Sumber turut menambah bahawa kehadiran bayi dalam hidup Rihanna tidak akan mengubah kehidupannya. Walaupun Rihanna dan teman lelaki Rocky yang juga merupakan seorang penyanyi Rap adalah pasangan yang cukup popular di Amerika Syarikat, tetapi mereka hanyalah seperti pasangan lain yang cukup teruja untuk menerima kehadiran bayi. 

“Everything Rihanna does, she does it her own way on her own time table, and having a baby is no different,” 

Rihanna kongsi ingin jadi ‘protective mom’

Penyanyi itu turut berkongsi bahawa beliau akan menjadi protective mom atau ibu yang sangat melindungi anaknya.

Malah, beliau turut menyatakan bahawa gaya keibubapaannya adalah sama seperti watak pelakon dalam The Real Housewives iaitu Teresa Giudice. Beliau akan bersifat sangat melindungi dan menjaga anaknya dengan lebih baik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rihanna yang dahulu sarat hamil sering dilihat bergaya dan menggayakan pelbagai fesyen setiap kali menghadiri majlis-majlis. Malah, pakaian beliau juga sering kali menunjukkan baby bumpnya.

Menurut beliau, bergaya sewaktu kehamilan boleh menjadi sesuatu yang mencabar tetapi ianya juga menyeronokkan. Namun pada masa yang sama, beliau turut menambah bahawa fesyen memberi keyakinan kepada beliau. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Right now, being pregnant, some days you just feel like, ‘Ugh, I just want to lay here on this couch all day,’ ” she explained. “But when you put on a little face and a little lipstick, you transform.”

Sehingga kini, Rihanna dan Rocky masih tidak mengumumkan kehamilan mereka secara rasmi mahupun jantina anak mereka. Kami mengucapkan tahniah kepada Rihanna. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

Baca Juga: Pengalaman Bersalin Anak Pertama & Tembuni Putus Selepas Bersalin

Baca Juga: 17 Persoalan Ibu Bapa Baru Dapat Anak Pertama Sering Tertanya-Tanya, Ini Jawapan Untuk Anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman