TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

"Irfan Ini Ibu," 5 Bulan Terpisah Bayi Dan Ibu Akhirnya Bersatu Kembali

7 Aug, 2020
"Irfan Ini Ibu," 5 Bulan Terpisah Bayi Dan Ibu Akhirnya Bersatu Kembali

Terubat sudah rindu dua beranak yang terpisah lima bulan susulan penularan wabak Covid-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.

Siapa saja yang tak sedih dan rindu berpisah dengan anak sendiri, lebih-lebih lagi bayi yang baru dilahirkan. Seperti kisah ibu dan anak kecil ini, yang terpisah sejak lima bulan lalu kerana wabak Covid-19.

Menurut laporan Bernama, dua beranak itu terpisah susulan penularan wabak Covid-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.

Bayangkan bagaimana perasaan ibu itu, saat melihat anaknya, sesiapa saja yang menyaksikan moment itu pasti saja berlinangan air mata. 

Rindu 5 bulan terubat

rindu

Dua beranak itu disatukan kembali di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla, Thailand.

Menurut Bernama, ibu kepada bayi berkenaan Nurhalisa Jehawaee menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengumpulan dana untuk anaknya di bawa pulang ke negara berkenaan.

Hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.

Terpaksa ditinggal sejak Februari lalu

rindu

Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Februari lalu, namun terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lalu.

Susulan Covid-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang.

Irfan diiringi dua jururawat dari Hospital Kajang bertolak pada jam 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, sebelum dibawa ke Hospital Pattani untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, bayi berkenaan akan menjalani kuarantin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.

Jika rindu seseorang titipkan 3 doa ini

rindu

Sudah menjadi fitrah manusia memiliki perasaan rindu. Tipulah jika kata seseorang itu tidak pernah merindui orang lain. Kebal betul hati anda ya!

Ketika perasaan rindu sedang membuak, terutama jika insan yang dirindui jauh beribu batu pasti tidak senang duduk dibuatnya. Lebih-lebih yang dirindui itu suami, isteri atau anak.

Perasaan rindu bukan dibuat-buat, ia adalah perasaan semulajadi yang dimilik setiap manusia yang bernyawa kerana itu ia hadir dengan sendirinya tanpa dipaksa.

Sebab rindu juga ada yang hingga sakit merana kerana terlalu merindui seseorang yang jauh dan tidak boleh berjumpa. Jika rindu anak pula, boleh hilang semangat dibuatnya.

Jadi apa nak buat untuk merawat rasa rindu kepada seseorang yang jauh? Ini enam doa yang anda boleh amalkan jika rindu seseorang.

#1. Surah Yusuf ayat 4

Dalam surah Yusuf di Al-Quran, terdapat suatu ayat yang dipercayai sebagai doa pelepas rindu. Beberapa orang lain menyebutkan bahawa ayat tersebut merupakan doa untuk mempermudah bertemuhnya jodoh dan mempererat hubungan suami isteri.

Doa ini dikatakan sering diucapkan oleh Nabi Yusuf saat beliau merindukan istrinya, Siti Zulaikha.

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

“(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

#2. Surat Taha ayat 39

Selain surah Yusuf, surah thahaa ayat 39 juga boleh dibaca jika merindui seseorang. Boleh dibacakan selepas solat. 

Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya.

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي وَعَدُوٌّ لَّهُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي

“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”

#3. Surah Al-Fatihah 

Doa yang sering kita baca setiap solat fardhu ini ternyata memiliki keistimewaan sangat besar. Al fatihah tidak sekadar menjadi surah pembuka kepada Al-Quran tetapi sangat banyak fadilat apabila membacanya kerana ia boleh meluaskan rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan dai sifat lupa dan mengubat kerinduan terhadap seseorang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: keluarga, dalam islam

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenarik-perhatian-suami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • "Irfan Ini Ibu," 5 Bulan Terpisah Bayi Dan Ibu Akhirnya Bersatu Kembali
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham