Risiko Anemia Dalam Kalangan Kanak-Kanak, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu

Risiko anemia dalam kalangan kanak-kanak bukan suatu yang pelik. Mereka juga ada risiko untuk mengalaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut satu laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, satu dalam empat kanak-kanak Malaysia mengalami anemia. Jadi adakah anak anda ada risiko anemia? 

Berdasarkan kenyataan itu, ketidakjaminan makanan dan malnutrisi seisi rumah di Malaysia dilaporkan tinggi, terutamanya pada golongan yang berpendapatan rendah .

Pandemik COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan akibat dengan kemelesetan ekonomi, yang menyebabkan ramai kehilangan pendapatan isi rumah dan pekerjaan. Kebanyakan keluarga menghadapi kesukaran untuk membekalkan nutrien yang sewajarnya untuk anak-anak mereka, justeru menimbulkan kekurangan mikronutrien seperti anemia kekurangan zat besi (IDA).

Risiko anemia pada kanak-kanak

Anemia kekurangan zat besi adalah sejenis masalah kekurangan mikronutrien, iaitu anemia paling umum dan kritikal di dunia. Trend anemia kekurangan zat besi semakin meningkat sejak sepuluh tahun yang lepas di kalangan kanak-kanak Malaysia yang berusia di bawah lima tahun.

Kira-kira 644,000 kanak-kanak Malaysia mengalami anemia dan bagi mereka yang berada pada tahap sosioekonomi lebih rendah telah mencatatkan kadar IDA lebih tinggi.

Boleh buat fizikal & otak anak terbantut

IDA di kalangan kanak-kanak boleh membawa kesan buruk yang berkekalan daripada segi perkembangan fizikal dan kognitif.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Endokrinologi, Prof. Dr Muhammad Yazid Jalaludin, , kekurangan zat makanan atau kekurangan zat besi ialah penyumbang utama kepada masalah tumbesaran terbantut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau juga menambah bahawa “IDA lebih lazim terjadi dalam kumpulan masyarakat ini dan ianya boleh memberikan kesan serius terhadap perkembangan fizikal, kognitif dan juga sistem imun badan.  Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang boleh membantu melindungi kanak-kanak secara dalaman. 

Danone ambil inisiatif tingkat kesedaran mengenai anemia

Danone ambil inisiatif tingkat kesedaran mengenai anemia sejajar dengan inisiatif One Health yang dilaksanakan di Malaysia.

Danone berhasrat untuk terus meningkatkan kesedaran mengenai kekurangan zat makanan dan menangani IDA menerusi usahasama dan kerjasama dengan pakar-pakar tempatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berasaskan komitmen ini, Danone telah mengumumkan kerjasama dengan Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin dan sekumpulan panel doktor untuk menjalankan kajian klinikal besar-besaran buat julung kalinya iaitu Kajian Iron Strong di Malaysia.

Ia adalah untuk mengkaji kelaziman risiko anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan menggunakan alat saringan yang tidak invasif. Kajian keratan rentas yang diketuai oleh Prof Dr Yazid ini akan menyediakan data yang bakal menentukan dan menyokong inisiatif dalam usaha menangani IDA.

“Danone bertekad untuk menangani isu kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak Malaysia dengan memberi perhatian dan perlindungan secukupnya terhadap mereka daripada kekurangan zat makanan dan IDA.

"Matlamat kami ialah untuk membantu melahirkan generasi lebih sihat di Malaysia dengan menangani anemia kekurangan zat besi dalam kalangan kanak-kanak. Kami percaya usaha ini bukan sahaja satu keperluan, tetapi juga tanggungjawab kami dan iltizam kami yang dizahirkan menerusi komitmen kami ke arah agenda One Health di Malaysia,” kata Pengurus Negara, Danone Specialized Nutrition bagi Malaysia, Singapura, dan Brunei, Vera Saw.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu kaya zat besi aktif, nutrien

Danone baru saja merumuskan semula jenama susu formula untuk kanak-kanak iaitu, Dugro NextGen NUTRI, dengan Zat Besi Aktif dan nutrien penting yang lain.

Sejajar dengan Komitmen Pemakanan Danone, formula baharu ini dirumuskan semula berasaskan Pengambilan Nutrien Disyorkan (RNI) Malaysia 2017, dan juga dengan merujuk data kebangsaan mengenai status kesihatan kanak-kanak , bagi memenuhi keperluan khusus kanak-kanak Malaysia dalam julat usia tersebut.

Formula baharu Susu formula Dugro yang ditambah baik (untuk kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas) kini mengandungi lebih banyak nutrien; dengan 21 vitamin dan mineral termasuk kandungan Zat Besi, Vitamin C, dan Kalsium yang tinggi;  dan juga DHA.

Bersama dengan pemakanan harian yang seimbang, formulasi yang ditambahbaik ini menyokong perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Dalam tempoh setahun yang lalu, Danone juga telah menyokong komuniti menerusi pelbagai inisiatif seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kerjasama dengan The Lost Food Project Malaysia yang membawa manfaat kepada 14,000 keluarga B40 Malaysia dengan bekalan susu Dugro sebagai sebahagian daripada kempen #DuCares.
  • Acara Maya Dugro ‘Lindungi Generasi Masa Depan’ untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik ibu bapa di Malaysia mengenai IDA dan komitmen Dugro ke arah agenda One Health.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang susu formula untuk kanak-kanak yang baharu dan ditambah baik ini, sila hubungi talian bantuan Dugro di 1800 38 1038.

Pasukan Dugro sedia membantu ibu bapa 24/7 untuk menjawab apa-apa soalan. Pasukan ini terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet berpengalaman dan pakar nutrisi. Di samping itu, ibu bapa boleh mengikuti laman Facebook Dugro di @DumexDugro untuk perkembangan terkini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!

Baca juga: Manfaat Hati Ayam Untuk Si Manja, Ia Mencegah Anemia & Meningkatkan Imunisasi Badan

Baca juga: Masalah Cacing Boleh Membahayakan Kesihatan - Kenapa Masih Ramai Parents Terlepas Pandang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar