Risiko Menghidap Alzheimer Rendah Jika Atuk Nenek Menjaga Cucu

lead image

Risiko menghidap penyakit Alzheimer yang sering melanda warga emas dapat dikurangkan jika mereka menjaga cucu mereka dan melibatkan diri dalam aktiviti permainan sensori dan mencabar minda si kecil.

Selain daripada menceriakan atok dan nenek, sebenarnya, menjaga cucu dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko Alzheimer.

Sebuah kajian yang telah diterbitkan di dalam North Amerizan Menopause Society, menunjukkan warga emas yang menjaga cucu mereka mempunyai risiko menghidap Alzheimer yang lebih RENDAH!

Kajian yang melibatkan lebih kurang 120 orang warga emas di Australia mendapati nenek yang menjaga cucu mereka sehari seminggu mempunyai skor lebih tinggi di dalam ujian kognitif.

Ini menunjukkan, dengan menjaga cucu, fungsi kognitif juga meningkat. Aktiviti menjaga cucu membantu warga emas lebih sihat secara mental.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/alzheimer4.jpg Risiko Menghidap Alzheimer Rendah Jika Atuk Nenek Menjaga Cucu

Selain itu, menurut laporan, warga emas yang menjaga cucu juga dikatakan mendapat kepuasan yang lebih baik kerana rasa lebih diperlukan.

Malah kerana menjaga cucu, mereka akan rasa mempunyai matlamat untuk memberi dan menerima kasih sayang. 

Mari kita lihat dari sudut aktiviti bersama cucu. Anak kecil memang cepat bosan dan kita sentiasa harus memikirkan aktiviti untuk mereka.

Secara tidak langsung, penjaga harus bersama-sama melakukan aktiviti tersebut bersama mereka bagi menggalakkan mereka.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/alzheimer2.jpg Risiko Menghidap Alzheimer Rendah Jika Atuk Nenek Menjaga Cucu

Kebanyakan permainan anak kecil ialah permainan yang meransang sensori mereka.

Selain aktiviti sensori, semasa menjaga anak kecil juga mereka akan mula mengajar mereka mengenal huruf atau objek.

Ini secara tidak langsung, membuatkan mereka lebih banyak menggunakan aktiviti otak.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/alzheimer5.jpg Risiko Menghidap Alzheimer Rendah Jika Atuk Nenek Menjaga Cucu

Seperti yang kita tahu, semakin kita meransang sensori kita, semakin ianya bagus untuk otak kita.

Sama seperti badan, otak juga memerlukan 'senaman' untuk kekal cerdas.

Jadi, tidak mustahillah menjaga cucu dapat membantu mengurangkan risiko menghidap Alzheimer.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/alzheimer3.jpg Risiko Menghidap Alzheimer Rendah Jika Atuk Nenek Menjaga Cucu

Apa itu Alzheimer?

Secara ringkasnya, Alzheimer ialah sejenis penyakit dementia yang memberi kesan terhadap memori, pemikiran dan perilaku.

Bagi yang menghidap Alzheimer, simptomnya akan menjadi semakin lama semakin teruk hingga boleh memberi kesan terhadap kehidupan harian.

Contohnya, lupa laluan pulang ke rumah.

Walaupun usia bukanlah faktor utama Alzheimer, namun, penyakit Alzheimer sering kali dikaitkan dengan faktor usia.

Terutamanya bagi warga emas yang berusia 65 tahun ke atas.

Dan, Alzheimer merupakan salah satu daripada punca utama kematian warga emas di Amerika Syarikat.

Sumber: tiphero, alzheimer's association

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!