TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Cara Untuk Jadikan Ruang Membasuh Selamat Dari Anak-Anak

4 min bacaan
Ini Cara Untuk Jadikan Ruang Membasuh Selamat Dari Anak-Anak

Dengan kehadiran si manja, tiada istilah terlalu berhati-hati walaupun dengan ruang basuh baju di rumah.  Ini cara menjadikan ruang basuh baju ruang yang selamat bagi si manja!

Apabila kita sudah berkeluarga, pasti bilangan baju yang perlu dibasuh tiap minggu juga semakin bertambah. Jika waktu bujang dahulu kita hanya membasuh sekadar satu beg baju, kini beg baju sudah bertambah 3 kali ganda! Mana tidaknya, baju ayah, baju ibu lagi termasuklah baju si manja anda!

Oleh sebab itu, sesetengah ibu bapa mendapati ia lebih senang untuk mempunyai ruang basuh baju sendiri. Iaitu mempunyai mesin basuh baju, mesin pengering dan juga ruang menggosok baju. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kesemua bahan elektronik ini boleh mengundang bahaya kepada si manja, dan ia tidak termasuk bahan kimia yang kita gunakan untuk membasuh baju.

Jadikan Ruang Basuh Baju Rumah Anda Tempat Yang Selamat!

ruang basuh baju selamat

Sumber: Motherhood Story

Di usia mereka sedang membesar, kanak-kanak akan secara semulajadi mempunyai sifat ingin tahu. Tetapi, apa yang mereka tidak tahu ialah sesetengah perkara mungkin boleh membawa bahaya yang sangat besar bagi mereka. Jadi sudah tentulah ia menjadi tugas si ibu dan ayah untuk memastikan ruangan di dalam rumah sentiasa selamat untuk kesejagatan si manja.

Jadi, bagaimana ibu dan ayah boleh membuatkan ruang basuh baju yang selamat?

1# Memasang kekunci anti-kanak-kanak

ruang basuh baju selamat

Sumber: Amazon

Secara logiknya, pasti kita akan meletakkan mesin basuh baju dan mesin pengering pada ketinggian yang rendah oleh sebab keberatan mereka. Jadi, jika anda mempunyai kedua-dua mesin ini yang mempunyai pintu menghadap hadapan, seeloknya anda memasang kekunci anti-kanak-kanak pada kedua-dua pintu mesin tersebut. Jika si manja anda dapat membuka pintu tersebut, ia dikhuatiri akan terjatuh ke dalam mesin basuh baju atau mesin pengering dan mengunci diri sendiri tanpa kesedaran anda. Takutnya!

2# Menyimpan bahan-bahan kimia di rak tinggi

ruang basuh baju selamat

Sumber: The Home Depot

Kita tentulah menyimpan bahan-bahan yang tinggi kandungan kimia seperti sabun basuh baju, sabun pelembut dan peluntur di atau berdekatan ruang membasuh juga. Sekiranya bahan-bahan kimia ini tidak disimpan di tempat yang tinggi dan berkunci, kebarangkalian besar si manja dapat mencapai botol-botol berisi cecair kimia ini dan meminumnya tanpa mengetahui bahaya yang ia bawa. 

Selain itu, kulit si manja juga boleh terkena peluntur yang boleh menyebabkan bayi terkena masalah kulit oleh sebab kulit mereka masih terlalu nipis. Jadi, ibu bapa haruslah memastikan bahawa botol-botol sabun basuh baju, sabun pelembut, peluntur dan bermacam-macam cecair lagi harus disimpan di tempat yang tinggi.

3# Memastikan keselamatan barangan elektrik

Ini Cara Untuk Jadikan Ruang Membasuh Selamat Dari Anak-Anak

Sumber: Great American Insurance Group

Tentulah mesin basuh baju, mesin pengering dan seterika di ruang basuh baju ini menggunakan elektrik. Seperti yang kita ketahui, mesin basuh baju dan mesin pengering menggunakan penggunaan elektrik yang banyak, jadi anda seeloknya menggunakan dua plag berasingan bagi kedua-dua mesin ini untuk mengelakkan permasalahan litar pintar.

Pastikan selepas penggunaan kedua-dua mesin, anda mencabut plag tersebut dan menutup suis. Dengan kehadiran si kecil, kita tidak boleh lalai. Ia dikhuatiri jika kita tidak menutup suis, lalu si kecil memasukkan jari ke dalam lubang plag dengan tangan yang basah, apakah yang anda rasa akan terjadi? Gerun!

4# Memastikan kedudukan mesin-mesin strategik

ruang basuh baju selamat

Sumber: The Spruce

Rangka kanak-kanak yang sedang membesar tak adalah besar mana. Jadi, mereka muat untuk menyelit di tempat-tempat sempit seperti di belakang mesin basuh dan mesin pengering anda. Jadi, ketika meletakkan mesin basuh baju dan mesin pengering ke dalam rumah, pastikan tiada ruang kecil yang membenarkan si manja masuk dan bermain-main di ruangan tersebut. Kadang kala, si kecil mungkin boleh masuk, tetapi kemudian mereka tidak boleh keluar dan tersepit di situ tanpa pengetahuan anda. 

Walaupun kedudukan mesin basuh dan mesin pengering nampak seperti perkara yang remeh, tetapi ia boleh memberikan impak yang besar kepada kehidupan si anak.

5# Berwaspada dengan kain yang direndam

Ini Cara Untuk Jadikan Ruang Membasuh Selamat Dari Anak-Anak

Sesetengah ibu bapa memilih untuk merendam kain sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh atau ada juga barangan kain yang perlu direndam sebelum dibasuh untuk mendapat kebersihan yang optimum. Secara kebiasaannya, kita akan merendam kain-kotor dalam air sabun atau peluntur, bagi pakaian yang terlalu kotor.

Pastikan anda berwaspada dengan di mana anda meletakkan baldi rendaman ini atau tutuplah ia dengan penutup yang berat yang anda pasti si manja pasti tidak akan dapat buka, terutamanya jika anda sedang merendam patung atau selimut kegemarannya.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Kini anda sudah tahu bagaimana untuk memasitkan ruang basuh baju ruang yang selamat bagi bayi anda, kami harap anda dapat membasuh dan mengeringkan baju dengan tenang tanpa apa-apa kerisauan lagi.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerja Basuh Baju Jadi Lebih Mudah Bila Anda Ikut Tips Ini, Pasti Pakaian Anak & Suami Berbau Wangi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Ini Cara Untuk Jadikan Ruang Membasuh Selamat Dari Anak-Anak
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham