Rumah Terasa Bahang Bila Panas Terik, 6 Tips Ini Bantu Sejukkan Rumah Tanpa Aircond

Rumah sejuk tanpa penggunaan pendingin udara. Ini tips anda boleh lakukan bagi memastikan kediaman sentiasa sejuk, nyaman dan selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kediaman anda tidak mempunyai pendingin udara tetapi pada masa sama mahukan keadaan di dalam rumah sentiasa sejuk, nyaman dan selesa. Justeru boleh gunakan tips ini dan tidak semestinya tanpa pendingin udara di rumah, anda tidak boleh memastikan keselesaan di dalamnya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 6 tips rumah sejuk tanpa pendingin udara

Memetik artikel pada laman wallmaster.com dan kompas.com, terdapat pelbagai cara untuk memastikan kediaman anda sentiasa sejuk biarpun tanpa penggunaan pendingin udara. Tidak semua rumah mempunyai alat ini dan bagi yang tidak menggunakannya, anda boleh cuba dengan tips berikut.

Tips rumah sejuk tanpa pendingin udara

1- Pastikan tingkap dibuka

Untuk memastikan lebih banyak udara masuk, pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan udara sejuk dan segar masuk ke dalam rumah.

Anda boleh juga menggunakan cara ini pada malam hari namun, pastikan keadaan sekeliling selamat selain tiada nyamuk yang masuk.

2- Tanam pokok teduhan di sekeliling rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara tips lain boleh dilakukan dengan menanam pokok dan tanaman di sekeliling rumah bagi mencegah cahaya matahari terkena terus pada dinding. Hal ini kerana tanaman ini yang akan terlebih dahulu menyerap sinaran matahari.

Jadi rumah anda akan sentiasa sejuk kerana panas matahari akan ditahan oleh tanaman pokok teduhan tersebut.

3- Pasang kipas

Pasang kipas siling untuk menjadikan ruang berasa sejuk. Jika tiada kipas siling dan di rumah menggunakan kipas angin duduk atau berdiri tetapi masih berasa panas, boleh gunakan cara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Letakkan ais di hadapan kipas angin duduk atau berdiri bagi menambah rasa sejuk di ruang rumah.

4- Pasang lampu yang kurang memancarkan haba

Pemilihan lampu dan peralatan elektrik di dalam rumah juga penting bagi mengurangkan haba terkumpul dan akan menyebabkan rumah terasa bahang. Untuk lampu adalah disarankan memilih fluorescent bulb.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lampu ini menghasilkan pancaran cahaya sama seperti incandescent bulb tetapi lampu fluorescent ini mengeluarkan haba sedikit berbanding incandescent. Malah, lampu fluorescent bulb kurang menggunakan tenaga elektrik.

5- Letakkan besen di ruang rumah yang kerap panas

Sejukkan suhu rumah atau bilik tidur dengan besen berisi air. Dengan cara ini, ia berfungsi sama seperti takungan air dalam bilik air yang membolehkan bilik air sentiasa sejuk dan nyaman. Takungan air yang diletakkan dalam bilik akan menyerap wap dan haba panas, jadi bilik akan lebih sejuk.

Bagi memudahkan penyerapan wap panas di dalam bilik, penggunaan besen yang mempunyai permukaan luas sangat digalakkan. Untuk kesan terbaik, boleh meletakkan ais ketul di dalam bilik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6- Guna cadar dan sarung bantal kain kapas

Penggunaan material bagi jenis cadar dan sarung bantul juga mempengaruhi suhu di dalam bilik tidur.

Gantikan dengan jenis kain sejuk seperti kain kapas (cotton). Hendak tidur pun lebih selesa apabila menggunakan kain jenis ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mesin Basuh Terbaik Untuk Kediaman, Pilih Yang Paling Berbaloi Jadi Tak Perlu Ke Dobi Lagi!

Baca juga: Teringin Mengubah Suai Kediaman? Mula Sahaja di Dapur Dengan Dapur Gas Kaca – Rekaan Sleek dan Moden!

Baca juga: Rak Mainan Terbaik Untuk Elak Rumah Bersepah Dengan Mainan Anak, Baru Hati Ibu Tenang!