X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tiada Lagi Hubungan Seks Dalam Perkahwinan? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan!

4 min bacaan
Tiada Lagi Hubungan Seks Dalam Perkahwinan? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan!

Sebenarnya di dalam Islam juga turut menekankan pentingnya 'jimak' antara suami isteri ini. Selain menjadi penguat kasih, ia juga merupakan tanggungjawab buat suami isteri.

Apabila bercakap mengenai rumah tangga bahagia tentu anda fikirkan nilai-nilai seperti tolak ansur, sayang menyayangi atau sefahaman suami isteri. 

Namun ini berbeza bagi masyarakat barat yang mana mereka menganggap hubungan seks adalah kunci utama untuk sesebuah rumah tangga bahagia. 

Tapi sebenarnya di dalam Islam juga turut menekankan pentingnya ‘jimak’ antara suami isteri ini. Selain menjadi penguat kasih, ia juga merupakan tanggungjawab buat suami isteri serta nafkah batin kepada isteri. 

Terlalu banyak faktor yang mempengaruhi kekerapan hubungan intim dalam pasangan berkahwin. Antaranya adalah seperti kehadiran anak-anak, masalah kerja, masa yang sentiasa tidak pernah cukup atau cuma sekadar malas. 

Namun itu semua sepatutnya tidak patut menjadi halangan untuk anda merasa ‘nikmat’ dalam menjalinkan hubungan intim ini. 

rumah tangga bahagia

Apa yang membezakan hubungan romantis dan hubungan platonik adalah hubungan intim. Sekiranya anda dan pasangan hanya duduk serumah melayan anak-anak menjalani rutin seperti biasa tanpa hubungan intim, ia adalah lebih kepada hubungan bersama teman serumah.

Sekiranya kedua-dua pasangan OK dengan hubungan sebegini, maka ia tidaklah membimbangkan. 

Tapi apa yang selalu terjadi adalah, apabila salah seorang daripada pasangan akan berasa kecewa dengan ketiadaan hubungan intim ini. 

Rumah tangga tanpa hubungan seks adalah terdiri daripada hubungan yang tanpa seks atau hanya sedikit aktivit seksual. 

Punca biasa 

Sekiranya anda mengalami ketiadaan hubungan intim dalam perkahwinan, percayalah anda tidak keseorangan. Ia adalah biasa di dalam perkahwinan, apatah lagi pasangan yang mempunyai anak ramai. 

Kata Professor Denise A. Donnelly ketika temuramah bersama The New York Times, berdasarkan kajian dia menganggar 15% pasangan berkahwin tidak melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka dalam masa enam bulan hingga satu tahun. 

Ini antara punca-punca biasa ketiadaan hubungan intim dalam pasangan berkahwin:

Masalah kesihatan

Kesihatan fizikal dan mental seseorang memberi impak yang sangat besar ke atas libido dan keghairan pasangan untuk bersama. Ia juga akan menganggu proses mengghairahkan pasangan. 

Libido yang tidak sama

Tidak semua pasangan menginginkan seks dalam jumlah yang sama. Dan keghairahan seks itu adalah semula jadi tanpa boleh dipaksa. Apabila kemahuan seks itu tidak sama dengan pasangan, lantas pasangan lebih selesa untuk menunggu sehingga kedua-dua antara mereka mahukannya. 

rumah tangga bahagia

Kehadiran anak

Wanita selalu dinasihatkan untuk tidak melakukan seks dalam enam hingga lapan minggu selepas bersalin. Malah dengan kehadiran bayi yang membuatkan ibu lebih penat, faktor hormon dan trauma akibat bersalin semula jadi atau czer membuatkan mereka kurang keinginan untuk bersama. 

Stres

Stres atau tekanan akibat kerja juga menjadi faktor utama dalam ketiadaan seks dalam perkahwinan. Kortisol hormon stres juga menjadi punca libido anda berkurangan. Jadi akibat stres pasangan akan sentiasa memikirkan masalah lantas terlalu penat untuk memikirkan tentang seks. 

Masalah komunikasi

Apabila rumah tangga mulai ada konflik atau pertengkaran, amatlah mudah untuk anda berada dekat dengan pasangan apatah lagi untuk bersama. 

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bolehkah Pengurusan Kewangan Menjadi Mudah? 5 Perkara Yang Anda Harus Lakukan Sebagai Ibu Bapa
Bolehkah Pengurusan Kewangan Menjadi Mudah? 5 Perkara Yang Anda Harus Lakukan Sebagai Ibu Bapa
4 concrete steps to build resilience in children, according to science
4 concrete steps to build resilience in children, according to science
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall

Bosan

Apabila anda tidak lagi merasakan keserasian bersama pasangan. Maka anda akan tidak lagi rasa pasangan anda menarik. Sukar untuk beramah mesra apatah lagi untuk melakukan hubungan intim. 

Cara mengatasi

rumah tangga bahagia

#1. Komunikasi 

Percayalah ini adalah kunci utama. Salah seorang daripada anda perlu mengutarakan masalah ini. Memang sukar untuk berbincang soal yang intim sebegini. Tapi ia PERLU! Mulakan dengan makan malam yang indah, kemudian masuklah topik di mana anda berdua sudah kurang bersama. 

#2. Lakukan aktiviti yang menarik bagi anda berdua 

Pasangan yang sentiasa mencari aktiviti baru atau mempunyai persamaan sukar untuk berasa bosan apabila bersama. Jadi sentiasa lakukan aktiviti yang menarik di hujung minggu. Ambil masa hanya luangkan bersama pasangan, jika boleh upahlah penjaga untuk menjaga anak-anak untuk sementara. 

#3.  Buat jadual untuk hubungan intim

Ini mungkin tidak kedengaran seksi langsung. Tapi percayalah jika anda menentukan waktu untuk anda lakukan hubungan intim anda akan berasa lebih bersedia. Buat persiapan yang sepatutnya, dan jika boleh jangan suka hati anda mengubah jadual yang telah ditetapkan ya!

#4. Dapatkan bantuan

Sekiranya anda sudah melakukan pelbagai ikhtiar, anda boleh dapatkan bantuan pakar. Minta nasihat bagaimana untuk meningkatkan libido atau sebagainya. Kebanyakan kumpulan-kumpulan di laman sosial juga ada yang menawarkan khidmat serta tips yang relevan. Jangan pernah berasa malu untuk berkongsi, ingat rumah tangga bahagia lebih penting daripada rasa malu yang sekelumit itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Verywellmind

Baca Juga:

4 jenis seks suami isteri yang mampu mengukuhkan rumah tangga!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Tiada Lagi Hubungan Seks Dalam Perkahwinan? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan!
Kongsikan:
  • Nikmatnya Bila Suami 'Memanjakan' Miss V, Tapi Apa Hukumnya Dalam Islam? Bolehkah?

    Nikmatnya Bila Suami 'Memanjakan' Miss V, Tapi Apa Hukumnya Dalam Islam? Bolehkah?

  • 10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

    10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Nikmatnya Bila Suami 'Memanjakan' Miss V, Tapi Apa Hukumnya Dalam Islam? Bolehkah?

    Nikmatnya Bila Suami 'Memanjakan' Miss V, Tapi Apa Hukumnya Dalam Islam? Bolehkah?

  • 10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

    10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.