Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

Rumah tangga dalam islam dianjurkan untuk menjalani hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang dan saling bertolak ansur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumah tangga dalam Islam dianjurkan untuk hidup saling menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain. Memang tidak dinafikan ada pasang surutnya, ada hari diberikan ujian bagi menguji kesabaran suami isteri.

Yang penting, sentiasa melatih diri untuk meningkatkan kesabaran dan keimanan dalam mengendalikan apa jua rintangan dalam rumah tangga.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kehidupan sebagai suami dan isteri bukan yang indah sahaja.
  • Dua tanda amalan suami isteri diterima oleh Yang Maha Esa.

Rumah tangga dalam islam bukan sekadar kekasih halal

Seorang hamba Allah SWT telah menulis satu hantaran menerusi laman Facebook tentang apakah tanda-tanda rumah tangga anda berada di bawah rahmat Allah SWT.

Ternyata, apa yang dikongsikan dapat membuka mata orang ramai untuk melihat sendiri kebenaran yang mungkin belum terungkai.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kita menjadi suami isteri telah begitu lama. Dari pagi hingga ke malam, dari hari ke minggu. Dan dalam perjalanan hidup menjadi suami isteri ini, pernah kah kita bertanya dengan diri, selama ini Tuhan terima tak apa yang kita buat sepanjang menjadi suami isteri ni?

“Kita bekerja siang dan malam mencari rezeki, Tuhan terima ke tak? Kita masak, basuh baju, kemas rumah selama ini, Tuhan pandang ke? Kita bersabar dan redha dengan setiap ujian ni, Tuhan nilai?” tulisnya.

Kehidupan rumah tangga: Dua tanda amalan suami isteri yang diterima oleh Tuhan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Selalu merasakan banyak yang masih belum diperbuat

“Suami isteri yang Tuhan pandang mereka didalam rumahtangga, selalu saja rasa mereka masih kurang memberi. Suami rasa dia belum ajak anak isteri mencintai Allah. Dia rasa tanggungjawab pada anak isteri masih banyak tak terlaksana.

“Begitu juga isteri. Merasakan khidmat dan taat pada suami banyak belum tertunai. Merasakan dia belum jadi isteri yang baik. Akhirnya, mereka berdua setiap hari membaiki diri dan membaiki sembahyang. Dan Tuhan merahmati dan mencukupkan setiap kekurangan suami isteri ini.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Berterusan membuat kebaikan

“Kebaikan yang dibuat oleh suami isteri, bukan kerana pasangan mereka. Berdua membuatkan kebaikan kerana mahu redha Tuhan. Mahu mencari pahala. Mahu membuatkan rumahtangga itu benar menjadi syurga buat mereka sekeluarga.

“Sekalipun berdepan dengan perangai dan sikap diri pasangan masing-masing namun berdua tetaplah menjadi dan membuat baik juga, walau susah dan walau payah. Waktu kalah dengan nafsu dan marah-marah, mereka mampu tenang dan bertaubat semula. Tuhan kekal menjadi tujuan dan kekuatan menghadapi ujian dan nikmat yang silih berganti.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itulah rumah tangga yang Allah SWT mahukan. Bukannya sekadar berdua dan menghabiskan masa berbulan madu. Dan bukan juga sekadar ‘selfie’, keluar makan dan berdua-duaan.
 
Ingatlah wahai kaum Adam dan Hawa, pada pandangan Yang Maha Esa, suami isteri yang bahagia itu adalah walaupun mereka berhiburan, hati mereka masih kekal bersama Tuhan.
 
Setia di sisi walaupun diuji, kekal percaya walau jiwa dan raga diberi sakit. Rumah tangga bahagia kerana taqwa, derita kerana dosa. Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Bergaduh Cara Matang Tanda Hubungan Suami Isteri Yang Sihat & Bahagia, Ini Buktinya!

Baca juga:  Suami Isteri Yang Muka Seiras Dikatakan Jodoh Kuat & Lebih Bahagia, Ini 5 Sebabnya!

Baca juga: Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

Penulis

Murns A.