Dalam melayari bahtera perkahwinan, memang tidak semuanya indah. Disebabkan itu suami isteri perlu sentiasa upgrade ilmu mengekalkan kebahagiaan perkahwinan supaya tidak buat rumah tangga makin hambar.
Setiap hari di media sosial, sering kita lihat pelbagai luahan pasangan yang masih baru mendirikan rumah tangga, tetapi tidak sampai lima tahun berkahwin sudah merasakan rumah tangga makin hambar.
Apakah puncanya dan cara mengatasinya? Yang pasti kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri mestilah bekerjasama menyemarakkan lagi cinta dalam rumah tangga yang makin hambar.
Baca juga: 7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat
Rumah tangga makin hambar kerana 5 kesilapan ini
Masa berdua tidak rasa sangat, tetapi bila sudah mempunyai anak kadang kala ada yang akan rasa tersisih dalam rumah tangga. Ada yang rasa isteri sudah tidak lagi semesra dulu dan bagi isteri pula suami sudah tidak seromantik dulu.
Masing-masing seolah-olah menumpukan kepada anak yang mana ia sepatutnya bukanlah menjadi penyebab rumah tangga hambar tetapi ia pengikat kasih sayang lebih utuh antara suami isteri.
Kali ini kami kongsikan, 7 kesilapan yang mungkin nampak biasa dilakukan oleh suami isteri, tetapi ia sebenarnya menjadi penyebab kepada rumah tangga makin hambar!
#1. Berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji orang lain
Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain di hadapan suami sendiri. Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan.
Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri. Di samping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain di hadapan suaminya.
Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitif. Ingat ya berlebihan itu tidak digalakkan.
#2. Kritikan pedas yang buat pasangan terasa
Memberikan komen terhadap pasangan masing-masing adalah normal. Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar.
Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia menyebabkan berlakunya perbalahan di antara suami isteri. Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya.
Di sebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, lihatlah jua pada kelebihannya. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.
Berkata jujur itu perlu tetapi jujurlah dengan berhemah. Pilih perkataan yang elok supaya ia tidak mengguris hati pasangan. Jangan ingat pasangan senyum mereka terima bulat-bulat ya! Ada yang berbekas lama dalam hati kerana kritikan pedas suami atau isteri.
#3. Menipu suami atau isteri
Ada yang kata bohong sunat, tetapis secara tidak sedar ia wujudkan titik hitam dalam rumah tangga. Memang pantang bagi seorang isteri suaminya menipu. Akan diingat sampai bila-bila walaupun sudah dimaafkan.
Keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri. Ia boleh meruntuhkan rumah tangga. Isteri pula, jangan sesekali membohongi suami. Pembohongan terhadap suami boleh mengikis keyakinan dan kepercayaannya.
#4. Tidak bermesra ketika isteri haid
Ini biasakan? Bila isteri haid semuanya terhenti, kedua-duanya menjauhkan diri. Ingat, apa yang Islam tidak benarkan adalah melakukan persetubuhan sahaja. Bermesra tidak dilarang sama sekali.
Jadi jangan kerana isteri sedang datang bulan, suami sekalian menjauhkan diri daripadanya. Bermesra dengan isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. Tidak kira bagaimana keadaan isteri, jika bermesra dengannya boleh mendatangkan kebaikan dalam hubungan, maka lakukanlah.
Kemesraan sesama suami isteri adalah lambang kebahagiaan yang diharapkan dalam rumah tangga mereka.
#5. Meninggi suara
Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap.
Jika kita merasakan bahawa ia untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul. Sebenarnya hanya menunjukkan keegoaan kita. Malah juga turut menjatuhkan air mukanya di hadapan ramai. Sebaliknya, panggillah dengan sebaik-sebaik cara.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: akuislam
Baca juga: 7 Tip Rumah Tangga Bahagia – Jadikan Rumah Anda Syurga Dunia!