30 Tahun Hidup Bersama, Pasangan Ini Kekal Mengasingkan Tempat Tidur & Keperluan Harian

Setiap orang pasti menginginkan rumah tangga bahagia. Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya ditakdirkan pasangan bersikap mementingkan diri sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alam rumah tangga sepatutnya menjadi sesuatu yang membahagiakan kerana anda dapat meneruskan kehidupan bersama pasangan tercinta. Namun, tidak semua insan dapat menikmatinya dan terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian perkahwinan.

Tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami bukanlah semudah yang disangka kerana sebenarnya mereka memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Kisah rumah tangga yang pelik, tapi benar 

Tapi adakalanya kerana gelaran ‘ketua keluarga’ ini jugalah, lelaki bersikap seperti orang asing terhadap wanita yang bergelar isteri secara sedar ataupun tidak.

Begitulah yang dilalui oleh sepasang suami isteri di Tianjin, China. Mereka difahamkan sudah mendirikan rumah tangga selama 30 tahun, namun masih mengamalkan kehidupan seperti ‘orang bujang’ walaupun tinggal serumah.

Hal ini kerana kedua-duanya menguruskan diri sendiri secara berasingan termasuk pembahagian makanan dalam peti sejuk. Mereka juga tidak tidur di bilik yang sama dan turut membahagikan kediaman mereka kepada dua bahagian.

Tidak cukup dengan itu, mereka bergilir-gilir menggunakan dapur dan memakai peralatan memasak berasingan.

Menurut laporan Odditycentral, pasangan pelik ini mengasingkan segalanya termasuk telur ayam di dalam peti sejuk sehingga ia menjadi kebiasaan mereka sejak berkahwin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehidupan mereka sebelum ini tidak diketahui masyarakat umum kini menjadi tular di laman sosial disebabkan oleh kelainan yang diamalkan pasangan berkenaan.

Pasangan tidak gemar berkongsi

Berdasarkan media tempatan China, pasangan itu juga tidak berkongsi katil dan suami akan tidur pada satu sudut di dalam rumah mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh lain yang memaparkan kelainan mereka ialah apabila lampu kediaman mereka terbakar, si isteri perlu memanggil pekerja pembaikan untuk menukar lampu. Si suami hanya akan berbuat demikian sekiranya kerosakan lampu itu di ‘kawasan miliknya.’

“Kami perlu menunggu giliran untuk memasak dan perlu menggunakan dapur sendiri. Ada satu ketika isteri saya mengesyaki saya mencuri telur ayam selepas selesai memasak,” kata si suami.

Si isteri memaklumkan kepada wartawan, tindakan pengasingan dalam kehidupan mereka berlaku disebabkan sikap pentingkan diri suaminya sejak muda yang suka menyimpan barangan peribadi tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa.

“Sejak muda lagi suami tidak mahu berkongsi barangannya dengan saya dan sampai satu waktu, saya juga membuat tindakan sama,” katanya.

Bagaimanapun dari sudut lain, peraturan yang dilaksanakan pasangan ini membuatkan kehidupan mereka lebih aman dan tidak berlaku sebarang pertelingkahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sikap suami boleh melukakan hati isteri 

#1. Salah guna kuasa sebagai suami

Menjadi seorang suami tidak bermakna anda berhak menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya. Menurut Albert Maslow, lelaki akan cuba mendapatkan apa yang mereka mahu dengan menjadi dominan dan cara memerintah. Sebagai isteri, anda wajib menuruti segala keinginannya.

Pakar psikologi Gloria Vanderhorst juga bersetuju dengan ini. Beliau mengatakan bahawa “kedudukan kuasa” yang para suami ada sering meletakkan diri mereka pada dasarnya, bukan untuk membantu hubungan suami isteri menjadi lebih baik.

Tetapi hal yang penting adalah adalah sokongan, kasih sayang dan saling menghormati supaya rumah tangga kekal harmoni.

#2. Menyembunyi dan memendam perasaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendengar luahan perasaan seorang isteri itu sangatlah penting. Tapi itu tidak bermakna sebagai suami anda perlu pendam perasaan sendiri sheingga tidak menyuarakan apa yang terbuku di hati.

Hakikatnya tidak ramai suami sanggup berkongsi dan meluahkan masalah mereka kepada isteri. Dia memerlukan dorongan yang kuat dan keberanian dari dalam diri bagi seorang lelaki.

Tidak berkongsi perasaan sebenarnya sesuatu yang agak menyecewakan bagi seorang isteri. Ramai lelaki bagaimanapun berfikir mereka perlu menyembunyikan perasaan kerana itu akan menyebabkan mereka kelihatan lemah dimata isteri. 

#3. Lebih mementingkan diri sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri sebenarnya hanya menginginkan pasangan untuk memahami dirinya dan sama-sama memberikan yang terbaik bagi mencapai kebahagian. Namun, jika suami sengaja menjauhkan diri daripadanya atas alasan tertentu, ia adalah suatu kesilapan yang besar.

Luangkan sedikit masa untuk berinteraksi dengan pasangan. Sekiranya berdepan pelbagai masalah, duduk bersama untuk mencari langkah penyelesaian terbaik. Jangan ingat isteri diam bermakna dia okay, namun sebenarnya dirinya sedang mengumpul kekuatan berhadapan dengan sikap lelaki yang dicintai.

Sumber: Harian Metro, Vocket

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-menyenangkan-hati-suami