Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

Baju bayi perlu dicuci dengan sabun cuci baju bayi kerana ia diformulasi khas untuk bayi agar ia selamat untuk kulit dan kesihatan bayi.

Tugas membersihkan kesemua pakaian bayi akan menjadi sesuatu yang sukar, lebih-lebih lagi jika anda baru menimang cahaya mata yang pertama. Umum mengetahui bahawa sabun basuh baju baby berpotensi untuk mengeluarkan kotoran serta mampu melindungi si manja dari serangan jangkitan kuman.

Namun, dalam masa yang sama pastinya anda ingin menggunakan sabun basuh baju baby terbaik buat mereka yang bebas dari sebarang bahan kimia yang berbahaya yang boleh merosakkan kulit bayi.

Tips Memilih Sabun Basuh Baju Baby Terbaik

Dengan terlalu banyaknya pilihan sabun basuh baju baby di pasaran sekarang ini, pastinya para ibu bingung nak pilih yang mana satu bukan? Ibu pasti memerlukan sedikit bantuan dalam mencari sabun basuh baju baby yang terbaik untuk anda dan si comel.

Di sini ada beberapa perkara untuk ibu tahu yang akan dapat membantu anda untuk memilih sabun basuh baju baby terbaik buat keluarga anda.

  • Elak peluntur dan pewangi. Ini berpotensi untuk memberi iritasi pada kulit bayi anda. Selalunya, melihat pada label kandungan yang tertera di atas pembungkusan produk akan memberitahu anda jika terdapat sebarang kandungan ini di dalam sabun tersebut, tetapi sekali sekala anda perlukan sedikit kajian terperinci untuk mengesannya.
  • Cari jenis hipoalergenik. Sesetengah bayi, khususnya yang mempunyai masalah ekzema, boleh jadi sensitif kepada alergen di dalam sabun basuh baju. Pilihan jenis hypoallergenic akan dapat mengurangkan potensi pencetus ini.
  • Pertimbang pilihan sabun jenis cecair. Sabun basuh baju jenis cecair cenderung untuk kering dengan cepat dan meninggalkan sedikit serbuk dan dedak dipengakhirannya yang boleh menjadi iritasi pada kulit bayi anda.
  • Jangan lupa untuk periksa harga! Sabun basuh baju baby boleh ditambah, jadi pastinya anda perlu memastikan yang apa sahaja pilihan anda sesuai dengan bajet. (Jangan lupa untuk perhatikan harga promosi dan kupon jualan juga, sekurang-kurangnya dapat sedikit penjimatan!)

8 Sabun Basuh Baju Baby Yang Bagus Di Malaysia

Sabun Basuh Baju Baby Terbaik
TOP Advanced Micro-Clean Tech With 99.9% Antivirus Gentle Care Laundry Detergent
Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Keseluruhan
Beli di Shopee
PUREEN A-B-D Liquid Detergent
Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Membunuh Kuman
Beli di Shopee
Sleek Baby Laundry Detergent
Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Dengan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi
Beli di Shopee
Sheer Organic Liquid Laundry Detergent
Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Organik Halal
Beli di Shopee
BUDS Baby Safe Laundry Detergent
Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Paling Selamat
Beli di Shopee
K-Mom Natural Sensible Baby Laundry Detergent
Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Untuk Kulit Bayi Sensitif
Beli di Shopee
Pigeon Baby Laundry Detergent
Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Dengan Teknologi Trap-Lift-Clean
Beli di Shopee
Anakku Baby Laundry Detergent
Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Dengan Surfaktan Berasaskan Tumbuhan
Beli di Shopee

TOP Advanced Micro-Clean Tech With 99.9% Antivirus Gentle Care Laundry Detergent

Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Keseluruhan

Sabun pencuci baju TOP Gentle Care adalah satu jenama pencuci pakaian yang diformulasikan istimewa, telah diuji dermatologi sebagai sabun cecair pencuci cukup premium yang mana ia ringan pada kulit tetapi pada masa yang sama tidak menurunkan kadar kehebatannya dalam mencuci. 

Ia sesuai untuk semua peringkat generasi tidak kira dari bayi ke orang dewasa sehinggakan golongan berusia. Semua orang boleh menggunakannya. Malah ia juga telah diuji secara dermatologi selamat digunakan untuk siapa sahaja yang mengalami masalah kulit sensitif, yang mana ia telah diformulasi dengan teknologi Caring Touch. 

Teknologi dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan ini memberikan anda satu pengalaman penjagaan terbaik sementara memberikan aroma unik yang cukup segar berpanjangan pada pakaian.

Apa yang kami suka:

  • Lembut pada baju dan kulit
  • Sesuai untuk semua lapisan generasi
  • Telah diuji secara dermatologi, sesuai untuk kulit sensitif
  • Caring Touch Tech dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan
  • Memberikan aroma unik yang segar berpanjangan pada pakaian
  • Stain Busting Technology 3 kali kuasa dalam menghapuskan kotoran degil yang terperangkap di dalam teras fiber
  • Fibre Care Tech dari Jepun melindungi pakaian sentiasa bersih sepanjang cucian dan tampak baru
  • Advance Micro-Clean Tech dengan 99.9% Anti-virus
  • Sesuai untuk kedua-dua jenis mesin basuh iaitu top dan front load, serta mencegah bau hapak

PUREEN A-B-D Liquid Detergent

Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Membunuh Kuman

Pastinya sebagai parents mahukan yang terbaik untuk anak serta mahu melindungi mereka daripada jangkitan kuman dan bakteria yang kebanyakannya berpunca pada pakaian bayi.

Malah pakaian yang dicuci dengan sabun pencuci pakaian yang tidak tepat juga boleh menyebabkan keradangan dan ruam bagi sesetengah produk.

Pureen Anti Bacterial Detergent (A-B-D) Concentrated Liquid Detergent dengan Pelembut mengandungi satu pembunuh kuman yang membunuh kuman pada pakaian bayi. Ia mampu mencuci dengan efektif serta lembut pada pakaian.

Apa yang kami suka?

  • Mampu membunuh kuman pada pakaian bayi (mims. Bibs dan kain serbet)
  • Tiada bau hapak walaupun bau direndam semalaman
  • Menggabungkan enzim yang sangat berkesan yang menghilangkan kotoran degil
  • Membersihkan secara berkesan dan lembut pada kain
  • Formula rendah bush yang mudah dibersihkan dan menghalang limpahan mesin basuh

Sleek Baby Laundry Detergent

Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Dengan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi

Sleek Concentrated Baby Laundry Detergent telah diformulasikan secara istimewa dengan Ekstrak Tumbuhan Natural (ekstrak kelapa) yang tidak meninggalkan sebarang kesan pada pakaian.

Ia secara efektif membuang tompok kotoran dan mencegah pakaian daripada odor hapak dengan formulasi Anti Fungus dan Anti Bakteria.

Ia juga telah diuji secara dermatologi dan mikrobiologi serta sesuai untuk kulit bayi. Malah, sabun basuh baju baby ini juga bersifat mesra alam dek kerana ia bebas daripada Fosforus dan Fluorescence.

 Apa yang kami suka?

  • Mampu menghilangkan kesan tompok kotorna degil pada pakaian
  • Pembersih pakaian bayi yang dirumus kas dengan ekstrak tumbuhan semula jadi yang tidak meninggalkan kesan sabun pada pakaian
  • Mencegah pakaian dari bau hapak dengan formula anti kulat dan anti bakteria
  • Telah diuji secara dermatologi dan mikrobiologi

Sheer Organic Liquid Laundry Detergent

Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Organik Halal

 

Ia mempunyai formulasi kepekatan 3 kali ganda, yang mana kunci mereka adalah kurang adalah lebih dengan Sabun Basuh Organik Halal Sheer Organic Liquid Laundry-Detergent. Dengan jumlah cecair yang sikit sahaja ia perlukan untuk cucian yang bersih. 

Malah ia juga mudah untuk cair di dalam air dan dengan teksturnya yang cukup seimbang. Tidak hanya itu, ia juga direka untuk menjadi sabun basuh baju baby yang mesra alam.

Mereka cukup berbangga dalam menghasilkan menggunakan bahan berasaskan 100% dari tumbuhan organik, zero fosforus yang menjaga kesihatan planet ini. 

Apa yang kami suka?

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatannya semuanya semula jadi dan tidak merengsa semua jenis kulit. 
  • Sentiasa memastikan mesin pencuci bersih
  • Formulasinya bertindak sebagai pencuci booster untuk mesin basuh menggunakan zero bahan kimia
  • Ia menjaga rona baju dan fabrik
  • Membersih tompok kotorna degil tanpa merosakkan rona terangnya dan tekstur fabrik pada setiap kali cucian
  • Ia sesuai untuk baju bayi, menggunakan komponen tidak bertoksik, mereka jamin ia adalah selamat dan lembut untuk pakaian bayi
  • Ia bebas daripada bahan berasaskan haiwan dan terbukti selamat untuk digunakan buat pengguna beragama Islam
  • Sheer Sabun Baju Organik Halal disahkan Halal oleh JAKIM. Ia Bebas dari sebarang kandungan lemak haiwan yang terbukti selamat untuk digunakan untuk pengguna Muslim
  • Menggunakan komponen bukan toksik, Sheer Sabun Basuh Baju Organik Halal adalah selamat dan lembut untuk anak-anak
  • Mengandungi bahan semula jadi yang tidak memberi kesan kepada kulit sensitif
  • Memastikan mesin basuh bersih. Ia diformulasikan dengan 0 bahan kimia

BUDS Baby Safe Laundry Detergent

Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Paling Selamat

Diperkasakan dengan alam semula jadi, dengan nyata zero kotoran dan bersih lembut serta efektik.

Mereka telah pun disahkan oleh salah satu badan pensijilan paling tegas dan dikenali di dunia, ECOCERT, dan mereka juga hanya menggunakan surfaktan yang berasaskan tumbuhan serta bebas pewangi buatan atau warna, memberikan anda satu produk rangkaian sabun basuh baju baby yang selamat, efektif dan mesra alam.

Sabun cuci baju bayi ini diformulasikan secara istimewa yang diperbuat dari sabun semula jadi yang berkualiti tinggi dan berasal dari gula, dan dipertingkatkan dengan jus aloe vera organik untuk cucian lembut serta efektif.

Ia mempunyai bau yang menenangkan yang hadir dari minyak pati organik. Malah ia juga tidak menggunakan sebarang pencerah optikal, enzim, pewarna dan pewangi sintetik.

Apa yang kami suka?

  • Sabun cuci baju bayi yang diformulasikan istimewa 
  • Diperbuat daripada sabun semula jadi yang berkualiti dan dari pencuci berasaskan gula
  • Diperkuat dengan jus aloe vera
  • Cucian lembut dan menenangkan
  • Dirumus khas untuk menyingkirkan segala kotoran dan selamat untuk kulit bayi
  • Mengandungi minyak pati organik
  • Tidak berbahaya, tiada pencerah optik, enzim atau pewarna
  • Bahan-bahan berasaskan tumbuhan semula jadi

K-Mom Natural Sensible Baby Laundry Detergent

Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Untuk Kulit Bayi Sensitif

Ia merupakan produk sabun cuci baju bayi yang sesuai untuk kulit sensitif. Ia merupakan sabun basuh baju baby yang tulen rendah kadar risiko iritasi untuk kulit bayi yang sensitif.

Sabun basuh baju baby K-MOM ini dapat melindungi kulit bayi yang sensitif daripada persekitaran luar. Ia tinggi biodegradable, mesra alam, dan neutral.

Ia mengandungi kandungan berasaskan tumbuhan semula jadi termasuklah ekstrak daun aloe vera organik, ekstra lavender, ekstrak bunga chamomile, ekstrak dan pegaga, dan ekstrak teh hijau). Kerana agen antibakteria yang ditambah, produk ini boleh melindungi kulit bayi daripada kuman dan bakteria.

Ia juga tidak mengandungi 10 bahan yang biasanya disyaki merbahaya kepada kulit bayi (parabens/pengawet, phenoxyethonol, peluntur, minyak mineral, triethanolamine, ethanol, benzyl alkohol,  surfaktan sulfat, talkum, dan propylene glycol) yang disyaki merbahaya pada kulit.

Apa yang kami suka?

  • Mempunyai kehebatan dalam mencuci dan banyak buih
  • Mengandungi erstark organik yang diluluskan USDA
  • Tidak mengandungi bahan merbahaya
  • Mengandungi surfaktan semula jadi
  • Tidak merengsakan kulit lembut bayi
  • Sesuai untuk semua jenis mesin. Formula neutral sesuai untuk pelbagai kaedah cucian dari basuh tangan ke mesin basuh beban atas & depan. Boleh digunakan untuk kain bulu halus atau kain halus
  • Ekstrak organik yang disahkan USDA. Mengandungi bahan organik USDA seperti lidah buaya, lavender, centella asiatica, teh hijau dan lain-lain untuk melindungi kulit bayi
  • Bebas dari sebarang bahan kimia

Pigeon Baby Laundry Detergent

Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Dengan Teknologi Trap-Lift-Clean

Pigeon Baby Laundry Detergent diformulasikan untuk menarik pada masa yang sama dan membasmi kotoran tanpa merosakkan pakaian, mesin basuh baju, atau kulit anda. Ini kerana teknologi Trap-Lift-Clean yang direka padanya.

Ia sesuai untuk cucian tangan dan mesin. Dan sangat efektif dalam membersihkan kotaran najis, urin, buah-buahan, dan kotoran makanan.

Tambahan lagi, formula berinspisasi dari negara Jepun ini mempunyai kurang buih yang mana membuatkan cucian mudah terutama sekali dengan cucian tangan. Ia selamat dengan bahan-bahan anti-bakteria.

Apa yang kami suka?

  • Mesra bayi yang baru lahir
  • Membasmi kotoran degil dengan efektif sementara kekal lembut pada pakaian bayi
  • Formula pekat – Hanna perlukan amaun kecil setiap kali cucian
  • Bebas fosfat dan pendarfluor
  • Bebas pewangi dan pewarna
  • Lembut pada kulit bayi
  • Telah melakukan 3 ujian keselamatan minima; Sabun residu di atas pakaian, ujian alergi, dan Fujian iritasi kulit
  • Semuanya telah melepasi tahap kualit produk global Jepun
  • Diformulasikan dengan teknologi Trap-Lift-Clean dan bahan-bahan yang mampu membersihkan tanpa merosakkan pakaian, mesin cuci atau kulit
  • Proses membilas lebih mudah biarpun dengan cucian tangan
  • Anti-bakteria
  • Tidak menyebabkan iritasi
  • Formula inspirasi dari Jepun
  • Bebas paraben’
  • Lulus ujian Dermatologi

Anakku Baby Laundry Detergent

Sabun Cuci Baju Bayi Terbaik Dengan Surfaktan Berasaskan Tumbuhan

Sabun cuci baju bayi baby Anakku dengan pelembut ini secara efektif mencuci pakaian dan kain napkin bayi anda.

Ia sesuai untuk cucian bagi pakaian bayi berusia 0 bulan ke kanak-kanak ke atas. Sabun pencuci ini adalah secara istimewanya diformulasikan dengan sabun semula jadi yang efektif dalam kehebatan mencuci daripada semula jadinya. 

Anakku Baby Launder Detergent menggabungkan enzim yang membasmi kotoran degil. Surfaktan dan agen cuciannya adalah sederhana berbanding sabun basuh baju baby yang cecair, yang menjadikan ia sesuai untuk kulit bayi yang halus.

Tambahan pelembut dalam Anakku Baby Launder Detergent boleh melembut fabrik untuk pemakaian yang selesa. Juga sedikit amaun pewangi untuk mengekalkan pakaian supaya sentiasa segar lebih lama selepas setiap cucian. 

Apa yang kami suka?

  • Surfaktan berasaskan tumbuhan
  • Bebas paraben dan fosfat
  • Anti-pemendakan
  • Anti-penempatan semula
  • Anti-bakteria
  • Tiada formalin
  • Tiada klorin
  • Sesuai dan selamat untuk cucian semua fabrik
  • Sesuai untuk seluruh keluarga
  • Tekstur lebih ringan berbanding pembersih cecair normal
  • Dirumus khas dengan sabun semula jadi untuk kuasa pembersihan berkesan
  • Mengandungi lidah buaya organik yang menenangkan kulit untuk pengguna mencuci tangan
  • Mesra pengguna
  • Dirumuskan dengan enzim yang menghilangkan kotoran degil

Perbandingan Harga Sabun Basuh Baju Baby Terbaik

Produk Isi kandungan Harga (RM/unit) Harga (RM/ml)
TOP Advanced Micro-Clean Tech With 99.9% Antivirus Gentle Care Laundry Detergent 3.6 L 25.90 0.007
PUREEN A-B-D Liquid Detergent 4.8 L 36.00 0.007
Sleek Baby Laundry Detergent Value Pack  1.2 L + 0.45 L 14.40 0.009
Sabun Basuh Baju Organik Halal Sheer Organic Liquid Laundry Detergent 2.7 L 34.00 0.01
BUDS Baby Safe Laundry Detergent 1 L 49.41 0.05
K-Mom Natural Sensible Baby Laundry Detergent 1.7 L 49.50 0.03
Pigeon Baby Laundry Detergent  0.5 L 8.90 0.02
Anakku Baby Laundry Detergent 2 L 27.70 0.01

Mengapa Perlu Beli Sabun Basuh Baju Baby?

Sebenarnya ia bergantung kepada kulit anak anda, sama ada kulit mereka sensitif ataupun tidak. Kebanyakan ibu bapa lebih gemar membeli sabun cuci baju bayi yang bebas daripada wangian serta mengandungi bahan-bahan yang tidak memberi iritasi kepada kulit.

Anda juga boleh membeli sabun cuci baju bayi yang hypoallergenic, mana-mana sahaja asalkan sesuai dan selesa untuk anak anda.

Malah lebih dicadangkan untuk membeli sabun jenis cecair berbanding sabun serbuk kerana ia lebih mudah untuk dicuci dan tidak melekat pada pakaian.

Kebanyakan ibu bapa tidak gemar menggunakan sabun cuci baju bayi berasingan dengan sabun basuh baju biasa kerana ia akan memakan bajet, namun anda juga harus ingat bahawa sesetengah sabun basuh baju mengandungi bahan kimia yang tidak bagus untuk kulit anak. 

Jadi untuk membantu anda membuat sabun pakaian yang sesuai, apa kata anda beli saja terus dari sini. tidaklah anda perlu keluar ke mana-mana selepas waktu bekerja nanti, kan?

Tips Mesti Tahu Sebelum Mencuci Pakaian Bayi

Sebelum anda mula menggunakan pakaian bayi anda yang comel itu, ia perlulah dicuci terlebih dahulu.

  • Bayi, terutama sekali bayi baru lahir, selalunya mempunyai kulit sensitif, dan mencuci residu dan punca radang yang lain adalah yang terbaik.
  • Pastikan anda sebagai parents membaca penjagaan pakaian terlebih dahulu ketika mencuci sesuatu untuk pertama kali.
  • Pakaian tidur kanak-kanak mestilah tahan api.
  • Jangan sekali menggunakan peluntur ke atas fabrik tahan api. Ia mengurangkan keberkesanan akan rawatan kimia dan mungkin boleh merosakkan fabrik yang dirawat.
  • Ikuti langkah label panduan dengan penuh teliti.

Tip Mencuci Pakaian Bayi Untuk Melindungi Kulit Bayi

Terdapat beberapa perkara di dalam minda masing-masing dalam cara kita untuk menyelesaikan gunungan pakaian bayi, kain mencuci, fabrik tidur, selimut dan juga kain lampin.

  • Sentiasa cuci sebelum guna

Bayi terutamanya yang baru lahir, mempunyai kulit sensitif, jadi masukkan majoriti item baru bayi anda ke dalam mesin cuci sebelum digunakan. 

Gunakan beg mesh untuk mencuci dan mengeringkan stokin, serta ketatkan mana-mana tab Velcro jadi ia tidak jatuh ke atas pakaian lain.

  • Tidak perlu mencuci pakaian bayi anda berasingan 

Tidak semua perlu untuk membeli pencuci pakaian bayi khas. Anda masih boleh campur pakaian mereka dalam basuhan pakaian keluarga biasa.

Jika bayi anda mempunyai alergi, ekzema, atau risau akan pencuci biasa boleh menyebabkan masalah itu, digalakkan untuk mencuci sehelai atau dua item bayi dan kemudian periksa kulit mereka untuk iritasi tersebut selepas mereka memakainya.

Jika mereka mempunyai sebarang reaksi, sabun basuh baju baby mungkin boleh jadi satu pelaburan yang baik. Atau cari untuk sabun jenis yang hypoalergenik dan bebas pewangi.

Anda boleh cuci keseluruhan pakaian ahli keluarga dengannya. Sejak pencuci cecair dibilas lebih mudah berbanding jenis serbuk, ia mungkin adalah satu pilihan terbaik untuk bayi dengan kulit sensitif.

Jangan gunakan produk anti-statik atau pelembut fabrik, yang mana mungkin mempunyai bahan kimia yang boleh jadi kasar. Dan elak gunakan serpihan sabun, yang mana boleh menghilangkan sifat tahan api pada helaian mereka.

  • Cuci kain lampin berasingan dengan pakaian lain

Sabun basuh baju yang biasa boleh menyebabkan ruam lampin, jadi anda perlu mengasingkan item ini daripada pakaian lain. Jadi, sabun cuci baju bayi  boleh jadi satu pelaburan yang baik di dalam kes ini untuk melindungi kulit halus di dalam kawasan lampin.

Selepas anda membuang najis ke dalam tandas, bilas kain lampin di dalam air sejuk dan kemudian rendam di dalam sabun basuh sederhana dengan peluntur.

Basuhnya dengan sabun cuci baju bayi di dalam air panas. Bilas dua kali setiap muatan.

  • Membasmi kotoran serta merta

Jika bayi termuntah ke atas pakaiannya di atas keseluruhan pakaian barunya, bertindak cepat.

Jika boleh, sama ada lap sebanyak yang mungkin dengan tisu lap bayi, atau rendam pakaian itu di dalam campuran air dan sabun basuh baju bayi. Ini membuatkan kotoran kurang kekal atau melekat lama.

  • Elakkan bayi dari kawasan mencuci

Ingat, sabun cuci baju bayi ini racun. Pastikan anak tidak mudah capai produk ini. Jika ada sabun basuh baju yang tertumpah, cuci serta-merta.

Pod sabun basuh baju adalah paling merbahaya. Kanak-kanak selalunya tertarik kepadanya kerana warnanya yang terang.

Sekiranya terkena pada mulut atau mata anak, ia menyebabkan iritasi, masalah pernafasan, atau masalah perut, dan kemudian keratin.

Jadi jangan lupa untuk mengunci atau menutup kawasan cuci baju apabila anda tidak menggunakannya.

  • Jadi lebih berjaga dengan ekzema

Jika bayi anda mempunyai kondisi kulit gatal, anda perlu menjadi lebih berhati-hati ketika mencuci pakaian mereka.

Pilih sabun cuci baju bayi yang hypoalergenik, bebas peluntur, dan pewangi, serta bilas dua kali untuk setiap muatan.

Produk cecair lebih baik kerana ia hanya akan meninggalkan sedikit lebihan berbanding sabun cuci jenis serbuk.

Anda patut sentiasa mencuci setiap item yang akan menyentuh kulit bayi anda, seperti fabrik tempat tidurnya, selimut, tuala, dan permainan lembut mereka, sebelum mereka gunakannya untuk pertama kali.

Jadi diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Banyak Baju Kanak-Kanak Yang Lama Dan Tak Lagi Dipakai? Dermakan Ia Di Sini!

Baca juga:  Sabun Baby Buku Terbaik 2021 Untuk Si Manja Anda Yang Baru Lahir

Baca juga: Kulit Bayi Sensitif? Ini Cara Betul Memilih Sabun Untuk Si Manja Anda

Penulis

Farhana Fuad