Rupanya Kepintaran Anak-Anak Datang Dari Genetik Ibu, Ini Penjelasan Sains!

Ibu-ibulah yang bertanggungjawab menyebarkan gen kepintaran pada anak. Sains sendiri telah membuktikannya. Ibu ayah percaya tak hasil kajian ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu sekalian! Tahukah anda bahawa sains telah mendapati lebih banyak sebab untuk anda untuk berasa lebih bangga dengan kecerdasan minda anak anda. Rupanya faktor kecerdasan anak menurut ahli psikologi Jennifer Suarez, ibu-ibulah yang bertanggungjawab menyebarkan gen kepintaran anak.

Wah, siapa sangka bahawa tahap kebijaksaan anak sebenarnya daripada ibu sendiri. Ini penjelasan daripada kajian lebih lanjut.

Faktor kecerdasan anak terdapat dalam kromosom X

Beberapa kajian, termasuk satu yang dilakukan baru-baru ini di Universiti Ulm di Jerman, mendapati gen kepintaran anak terletak di kromosom X.

Oleh kerana wanita membawa dua kromosom itu, ia bermaksud kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapatkan kecerdasan mereka dari ibu-ibu mereka. “Ia adalah kebetulan bahawa kecacatan intelektual adalah 30% lebih biasa di kalangan lelaki,” kata Suarez.

Satu kajian oleh Medical Research Council Social dan Unit Sains Kesihatan Awam di Glasgow, Scotland juga mendapati bahawa peramal terbaik kecerdasan adalah IQ ibu. “Nisbah kecerdasan anak-anak muda ini diubah hanya purata 15 mata daripada ibu mereka,” Suarez melaporkan.

Selain daripada genetik, ibu juga memupuk faktor kecerdasan anak secara fizikal dan emosi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut sains, kira-kira 40-60% daripada kecerdasan adalah dari keturunan. Walau bagaimanapun, bagaimana anak-anak dibesarkan juga banyak menyumbang kepada peningkatan kepintaran beliau.

Penyelidik di Universiti Minnesota mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai ikatan yang rapat dengan ibu-ibu mereka melakukan lebih baik di dalam ujian.

Ini kerana kanak-kanak ini rasa selamat dan yakin mereka boleh mendekati masalah yang sukar tanpa berasa kecewa dengan mudah.

Satu kajian dari Universiti Washington juga membandingkan otak kanak-kanak berusia 13 tahun dan mendapati bahawa hippocampus (pusat pembelajaran, ingatan dan tindak balas tekanan) kanak-kanak dengan hubungan yang kuat dengan ibu-ibu mereka, adalah 10% lebih besar daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya.

Bagaimana untuk rapatkan hubungan dengan anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pelbagai cara mudah dan berkesan untuk anda merapatkan jurang hubungan dengan anak-anak lagi-lagi apabila mereka semakin berusia. Yang paling penting adalah untuk meluangkan masa bersama mereka sekerap yang mungkin walaupun anda sibuk.

Pada masa yang sama, apabila anda bersama mereka, pastikan ia satu sesi bonding yang berkualiti. Bukannya anda melihat telefon pintar sahaja.

Ini juga antara cara lain yang anda boleh cuba untuk mengukuhkan hubungan anda dan anak:

  1. Jadikan anak sebagai keutamaan

Letak diri anda di posisi mereka. Jika mereka ingin menunjukkan anda sesuatu atau ingin berbual dengan anda walaupun sekejap, ambil peluang ini untuk mendengar kata-kata mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami sebagai ibu bapa faham ada kalanya ibu dan ayah sudah penat melayan anak-anak, tambah lagi selepas waktu bekerja namun perasaan mereka juga harus dijaga. Apa-apa pun jangan layan anak seperti second thought. Mereka wajib jadi keutamaan.

2. Beri mereka kejutan

Anak-anak anda mungkin sama seperti anak-anak lain, juga gemar dimanjakan. Apa yang dia perlukan adalah kasih sayang daripada ibu bapa dan sekali sekali tidak salah untuk anda cipta satu kejutan buat mereka. Ini penting bagi membuatkan anak-anak rasa lebih gembira. 

Berikan kejutan mungkin dengan hadiah kecil seperti coklat yang dibeli di kedai runcit, mahupun sesuatu yang lebih besar seperti membawa mereka keluar ke lokasi yang mereka ingini.

Untuk pengetahuan anda, anak-anak yang jarang mendapat kejutan akan selalu membandingkan diri dengan rakan-rakan lain.

Ini tidak bermakna hadiah perlu mewah, cukup sekadar anda mengambil hati si kecil sama bagaimana anda luangkan usaha untuk menang hati pasangan juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Libatkan diri dalam hobi mereka

Ini antara cara paling mudah untuk mendekatkan diri anda dengan anak. Ya, ada sesetengah ibu bapa enggan untuk melibatkan diri dalam hobi anak lagi-lagi jika hobi itu susah seperti membina robot ataupun bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Namun anda masih boleh tunjuk minat anda.

Bagaimana? Mudah sahaja! Anda boleh cuba berbual-bual dengan mereka tentang hobi mereka, ataupun tunjuk sokongan secara fizikal. 

Sebagai contoh, jika anak anda minat bermain gitar namun anda tidak tahu, anda boleh bawa dia ke kelas muzik (jika mampu), belikan dia gitar (jika mampu), atau tunjuk sahaja video pemain gitar terbaik dan terkenal di seluruh dunia!

Dengan ini dia mula sedar bahawa ibu atau ayah ingin tahu apa yang dia minat, dan buatkan dia lebih senang untuk berbicara dengan anak di masa hadapan.

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pakar Keluarga Kongsi Tips Bagi Mengatasi Anak Tantrum & Ajar Si Cilik Tentang Emosi Diri

Baca juga: Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!

Baca juga: Penting Kembangkan Kemahiran Motor Halus Anak – Baru Anak Cepat Menulis

Penulis

Michelle Goh