Sakit gigi berdenyut boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, baik dewasa mahupun kanak-kanak. Kadang-kadang deritanya sampai menjejaskan tugasan harian.
Kebiasannya, ia berlaku akibat rasa ngilu pada gigi kerana masalah karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. Sekiranya tidak dirawat dengan betul, masalah ini akan mengakibatkan sakit jantung dan berisiko mengakibatkan kematian.
Baca juga: Sakitnya Tumbuh Gigi Bongsu, Pakar Menjelaskan Punca & Cara Untuk Mengatasinya
Cara hilangkan sakit gigi berdenyut tanpa mengambil ubat
#1. Air garam dan limau nipis
Ini antara petua hilangkan sakit gusi berdenyut dengan berkesan, caranya adalah anda perlu merebus air, garam bersama limau nipis yang telah dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian, biarkannya suami dan berkumurlah sekerap boleh.
Lakukannya setiap hari sehingga anda mula merasakan kesakitan yang dialami berkurangan.
#2. Hirisan bawang putih
Tidak hanya baik untuk kesihatan tubuh badan, bawang putih turut dikatakan mampu menyembuhkan masalah sakit gigi dan gusi berdenyut.
Cara sangat mudah iaitu dengan menghiris sebiji bawang putih yang sudah dicuci bersih. Kemudian, tempelkan pada bahagian gigi anda. Biarkannya sekurang-kurangnya satu jam. Insyallah sakit akan makin berkurang.
#3. Minyak gamat
Ramai orang tidak tahu bahawa minyak gamat bukan sahaja dapat merawat luka, tetapi juga merupakan salah satu cara hilangkan sakit gigi berdenyut. Anda hanya perlu meletakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan secara perlahan pada bahagian gigi yang sakit.
#4. Kunyah kapur sirih
Kalau zaman nenek moyang dahulu, mereka gemar menguyah kapur sirih. Namun sebenarnya tabiat ini dapat mengelakkan masalah gigi.
Anda perlu mengambil sedikit kapur sirih dan sapukannya pada bahagian gigi sakit. Kemudian, kunyah perlahan sirih yang bercampur dengan sedikit kapur.
#5. Buah tomato muda
Bagi individu yang menjaga kecantikan kulit, mereka akan mengamalkan makan sebiji tomato sebagai rutin dalam menu harian. Sekiranya anda berdepan masalah sakit gigi berdenyut, ambil sebiji buah tomato muda dan belahkan kepada dua bahagian.
Kemudian masukkan tomato ke bahagian gigi yang sakit. Sekiranya gigi sedang dimakan oleh ulat, ia akan keluar dengan sendirinya. Selepas itu, kumur dengan sedikit air apabila terasa sembuh.
#6. Gigit bunga cengkih
Cara ini mungkin kurang digemari oleh sesetengah individu kerana rasa bunga cengkih akan membuatkan lidah kurang selesa.
Namun, apa salahnya jika anda cuba apabila dalam keadaan terdesak. Caranya adalah gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Sekiranya masalah gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup menggunakan kapas.
#7. Menghilangkan karang gigi
Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan di celah gigi atau lidah. Plak dianggarkan memiliki lebih 1 000 spesis bakteria yang tidak terjejas oleh sebarang bentuk antibiotik.
Keadaan ini akan menyebabkan gigi menjadi berlubang, rosak dan nafas berbau. Cara mudah untuk anda merawatnya di rumah adalah dengan berkumur dengan bahan kumur mulut sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
#8. Daun serai
Daun serai sering digunakan sebagai bahan pembangkit aroma dalam masakan. Namun, sebenarnya ia berkesan untuk mengubati sakit gigi dengan mudah.
Anda hanya perlu mengambil daun serai dan tumbukkannya sehingga hancur. Masukkan ke dalam air panas dan tambah dengan sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
#9. Lidah buaya
Sifat lidah buaya atau aloe vera adalah anti-mikrob dan bakteria menjadikannya mujarab mengubati sakit gusi atau gigi. Untuk mendapatkan kelegaan, ambil isi lidah buaya dan letakkannya pada tempat yang sakit untuk beberapa minit.
Bagi penjagaan umum gigi dan kesegaran mulut pula, berkumurlah dengan jus aloe vera dan bilas dengan air biasa.
#10. Asam jawa
Caranya adalah dengan menggoreng asam jawa untuk beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk semua bahan sehingga halus dan tampalkan pada gigi yang sakit.
#11. Gambir
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur dan sapukan pada bahagian gigi. Jangan guna terlalu banyak kerana gambir ini sifatnya akan mengebaskan gigi dan bibir. Sekiranya penyakit berlarutan, kami cadangkan untuk anda mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
Sumber: Bidadari
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Ambil Mudah Sakit Gigi Ketika Hamil, Anda Berisiko Dapat Bayi Pramatang!