Sakit Gigi Ketika Hamil Berpunca Kekurangan Kalsium, Adakah Ibu Boleh Cabut Gigi?

Nasihat doktor amat penting sebelum anda mendapatkan sebarang rawatan pergigian ketika hamil termasuk cabut gigi jika mengalami sakit gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya sedang alami sakit gigi. Adakah anestesia pergigian selamat dilakukan ketika sedang mengandung? Apakah prosedur rawatan pergigian yang sesuai bagi ibu hamil sakit gigi?”

“Bolehkah jika makan ubat sakit gigi ketika hamil?” Ini merupakan antara soalan yang kerap ditanya oleh bakal ibu di aplikasi theAsianparent.

Ayuh ketahui dengan lebih lanjut tentang penjagaan gigi ketika hamil menerusi artikel ini.

Sakit gigi ketika mengandung

Biasanya ibu mengandung perlu melakukan pemeriksaan gigi sekali sahaja sepanjang tempoh kehamilan. Anda akan diberi nasihat tentang penjagaan gigi semasa mengandung.

Pemeriksaan gigi akan dijalankan di klinik itu sendiri jika mereka mempunyai doktor gigi atau memberikan anda surat rujukan ke klinik pergigian yang berhampiran untuk pemeriksaan gigi

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu boleh membuatkan ibu hamil sakit gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perubahan hormon semasa kehamilan boleh menjadikan gusi anda lebih terdedah kepada plak, menyebabkan keradangan dan pendarahan. Ini juga dipanggil gingivitis kehamilan atau penyakit gusi.

Anda mungkin mendapati gusi lebih mudah berdarah berbanding biasa, terutamanya ketika sedang memberus gigi. Keadaan ini biasa berlaku ketika usia kandungan di antara bulan kedua dan kelapan. 

Kenapa ibu hamil sering sakit gigi

Terdapat beberapa sebab kenapa ibu hamil sering sakit gigi, ini termasuklah:

  • Kekurangan kalsium dalam badan. Semasa mengandung, pengambilan kalsium anda dikongsi antara badan anda dan janin dalam kandungan.
  • Mempunyai sejarah masalah kaviti dan kerosakan gigi sebelum kehamilan lagi.
  • Kurang mengambil berat tahap kebersihan mulut kerana kerap loya.
  • Peningkatan hormon progesteron yang melemahkan sistem imun dan membolehkan lebih banyak bakteria hidup di gusi anda.
  • Kenapa ibu hamil sering sakit gigi: Perubahan pH air liur pada wanita hamil. Air liur menjadi lebih berasid dan membolehkan plak gigi terbentuk lebih cepat.
  • Kenapa ibu hamil sering sakit gigi: Mual dan muntah boleh merosakkan enamel gigi dan meningkatkan risiko berlakunya karies.

Sakit gigi saat hamil trimester 1 biasanya adalah jarang berlaku kerana ketika ini adalah tahap awal kehamilan. Namun seiring peningkatan usia kehamilan, sakit gigi saat hamil trimester 2 dan 3 mungkin boleh berlaku kepada mana-mana ibu.

Hal ini disebabkan oleh janin memerlukan kalsium daripada badan ibu untuk proses perkembangannya. Ia sekaligus menjadi punca kepada sakit gigi saat hamil trimester 3.

Berapa lama sakit gigi pada ibu hamil

Tidak ada cara untuk mengetahui berapa lama sakit gigi pada ibu hamil terjadi. Ia bergantung kepada punca asas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, jika anda mengalami kerengsaan gusi sementara, ia akan hilang dengan sendirinya dalam satu atau dua hari. Tetapi jika anda mempunyai rongga atau abses, sakit mungkin datang dan pergi, tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya.

Secara purata, berapa lama sakit gigi pada ibu hamil boleh terjadi dari beberapa hari hingga 4-6 minggu atau dalam beberapa keadaan, lebih lama lagi.

Risiko sakit gusi kerana peningkatan hormon

Kehamilan juga meningkatkan risiko ibu mendapat periodontitis (sakit gusi) akibat peningkatan estrogen dan progesteron.

Periodontitis adalah bentuk gingivitis yang lebih teruk, yang mana ia melibatkan kemusnahan struktur yang menyokong gigi, gusi, tulang dan tisu-tisu lain.

Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan gigi lebih mudah goyang. Jika tidak dirawat, anda mungkin akan kehilangan gigi tersebut. 

Malah menurut  kajian, periodontitis dikaitkan dengan kelahiran pramatang dan berat badan lahir rendah pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Karies gigi atau lebih dikenali sebagai gigi berlubang juga mungkin berlaku disebabkan oleh perubahan dalam diet seperti peningkatan pengambilan snek, peningkatan keasidan dalam mulut akibat muntah, mulut kering atau kebersihan mulut yang tidak baik disebabkan loya dan muntah.

Paling penting, sesetengah pakar percaya mungkin terdapat kaitan antara penyakit periodontal dengan kehamilan yang tidak baik, seperti kelahiran pramatang dan preeklampsia.

Disebabkan itu, wanita hamil sememangnya perlu menjaga kesihatan mulut mereka dan mengelak daripada menangguhkan sebarang rawatan pergigian jika perlu.

Ibu hamil sakit gigi perlu dapatkan rawatan

Menurut pakar obstetrik-ginekologi dari Pusat Perubatan Barat Daya Universiti Texas, Robyn Horsager-Boehrer, M.D.,rawatan pada setiap trimester bagi ibu hamil sakit gigi sebenarnya adalah selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trimester pertama merupakan tempoh paling kritikal dalam perkembangan bayi anda, jadi sebaiknya tunggu sehingga melepasi peringkat ini sebelum melakukan sebarang rawatan pergigian.

Trimester kedua dianggap sebagai trimester paling selamat untuk mendapatkan rawatan pergigian.

Sementara itu, walaupun rawatan pergigian semasa trimester ketiga masih selamat, namun ibu hamil mungkin merasa kurang selesa untuk duduk lama di atas kerusi pergigian.

Adalah lebih baik untuk menangguhkan dahulu sebarang rawatan pergigian bukan kecemasan (seperti pemutihan gigi dan prosedur kosmetik lain), sehingga selepas bersalin.

Jika keadaan mendesak seperti sakit gigi saat hamil, sentiasa pastikan doktor gigi anda tahu keadaan anda itu.

Elak mengambil ibuprofen untuk sakit gigi terutama jika usia kehamilan sudah mencapai 20 minggu ke atas kerana ia mungkin boleh menyebabkan komplikasi pada bayi.

Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda sebelum mengambil ubat ini jika benar-benar perlu. Doktor anda mungkin akan memberikan ubat ini mengikut dos yang sepatutnya.

Anda juga mungkin boleh menggunakan bawang putih untuk sakit gigi. Ia dipercayai dapat melegakan kesakitan pada gigi anda. Bagaimanapun, jika tidak yakin, dapatkan nasihat daripada doktor anda.

Jika gigi anda berlubang, anda mungkin memerlukan tampalan. Amalgam hendaklah dielakkan dan bahan tampalan alternatif seperti tampalan sewarna gigi yang tidak mengandungi merkuri hendaklah digunakan bagi mengelakkan ketoksikan merkuri.

Ingat, cara mengatasi gigi berlubang hanya boleh melalui penjagaan gigi yang baik sejak dari muda. Gigi berlubang tidak dapat dipulihkan secara semula jadi dan hanya boleh dilakukan dengan prosedur tampalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya sinar -X (X- ray) pergigian diperlukan pula, doktor gigi anda biasanya akan menunggu sehingga anda bersalin meskipun kebanyakan X-ray pergigian tidak menjejaskan perut atau kawasan pelvis.

Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika berpandangan bahawa semua pemeriksaan sinar-X pergigian dengan pakaian plumbum pada perut dan tiroid adalah selamat semasa kehamilan. Doktor gigi anda juga akan menutup tekak anda dengan kolar plumbum bagi melindungi tiroid anda daripada sinaran.

  

Sekiranya anda masih dikehendaki untuk melakukannya, adalah penting untuk anda memaklumkan terlebih dahulu doktor gigi dan angggota perubatan bahawa anda hamil sebelum sinar-X dilakukan.

Ini bagi membolehkan mereka menyediakan pakaian atau pelindung khas untuk melindungi pelvis dan perut anda daripada terdedah.

Selain itu,rawatan pergigian juga sering memerlukan antibiotik untuk mencegah atau merawat jangkitan. Antibiotik seperti penisilin, amoksisilin dan klindamisin yang dilabelkan sebagai kategori B untuk keselamatan semasa kehamilan, mungkin diberikan selepas prosedur anda.

Jika anda sedang menjalani rawatan pendakap gigi dan hamil, pelarasan pendakap gigi adalah selamat sepanjang kehamilan. Walau bagaimanapun, pemasangan pendakap baru semasa kehamilan adalah tidak digalakkan.

Adakah Anestesia Pergigian Selamat Semasa Kehamilan?

Adalah sangat penting untuk anda memaklumkan kepada doktor gigi sekiranya anda sedang hamil supaya mereka boleh memilih anestetik yang sesuai dan ditetapkan pada tahap yang sepatutnya.

Menurut Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika, penggunaan anestesia tempatan lidokain dengan atau tanpa epinefrin adalah selamat semasa kehamilan.

Kajian mendapati bahawa tiada bukti yang menunjukkan rawatan pergigian dengan anestetik adalah berbahaya semasa kehamilan. 

Bolehkah Saya Mencabut Gigi Ketika Hamil?

Sebolehnya, doktor gigi anda akan cuba menyelamatkan gigi anda itu. Walau bagaimanapun, jika gigi anda rosak terlalu teruk akibat reput atau kecederaan, ia boleh membahayakan kesihatan mulut dan kesihatan anda secara keseluruhan, jadi sebaiknya dibuang.

Bakteria daripada jangkitan gigi yang rosak boleh merebak ke seluruh aliran darah anda.

Doktor gigi anda mungkin mengesyorkan trimester kedua sebagai masa yang paling sesuai untuk pengekstrakan gigi. Dengan cara itu anda boleh mengelak daripada menjalani X-ray pada trimester paling penting, iaitu trimester pertama, serta ketidakselesaan terpaksa berbaring untuk tempoh yang lama semasa trimester ketiga.

Rawatan Kanal Akar Semasa Kehamilan

Apabila kerosakan gigi mencapai bahagian dalam gigi anda di mana hujung saraf berada, ia pastinya boleh menjadi sangat menyakitkan.

Menerusi rawatan kanal akar, gigi anda yang rosak teruk atau dijangkiti akan dibaiki dan diselamatkan. 

Semasa prosedur, tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan bahagian dalam gigi akan dibersihkan dan ditutup. Gigi dipasang dengan ‘crown’ yang kelihatan semula jadi seperti seramik. Ini membolehkan anda untuk tidak melakukan pengekstrakan gigi.

Dalam kes kecemasan, rawatan kanal akar boleh dilakukan pada mana-mana peringkat kehamilan dan tidak boleh ditangguhkan. Walau bagaimanapun, kerana sinar-X terlibat, maka masa yang ideal untuk rawatan adalah ketika trimester kedua.

Bolehkah Saya Memutihkan Gigi Ketika Hamil?

Sebaiknya, tangguhkan dahulu rawatan pemutihan gigi dan sebarang prosedur kosmetik pergigian bukan kecemasan sehingga selepas bersalin.

Rawatan sedemikian harus dielakkan terutamanya semasa trimester ketiga kerana anda mungkin merasa tidak selesa untuk berbaring terlalu lama semasa gel pemutih digunakan.

Jika anda menggunakan kit pemutihan gigi di rumah, pastikan anda menyemak kepekatan hidrogen peroksida tidak melebihi kadar 6%.

Rawatan Ortodontik Semasa Kehamilan

Jika anda sudah atau sedang menjalani rawatan ortodontik, anda boleh meneruskannya semasa hamil. Disebabkan oleh perubahan hormon, sesetengah wanita hamil mungkin mengalami masalah bengkak pada gusi, yang kadangkala boleh menyebabkan ketidakselesaan daripada wayar pendakap gigi dan ‘brackets’.

Doktor gigi anda mungkin menyediakan gel yang selamat untuk membantu anda mengurangkan rasa sakit.

Bagaimanapun sekiranya anda berhasrat mahu memakai atau memasang pendakap baru ketika hamil, maka doktor gigi anda mungkin menyarankan anda untuk tunggu sehingga selepas bersalin. 

Ini kerana pemasangan pendakap gigi memerlukan X-ray, yang mana ia perlu dielakkan sebaik mungkin sepanjang kehamilan. Selain itu, berat badan anda juga bertambah semasa hamil, yang mana secara tidak langsung ia mungkin akan mengubah bentuk muka dan mulut anda, dan menjadikan pelarasan dan pemasangan pendakap gigi lebih rumit.

Penjagaan gigi ketika mengandung

Ada beberapa tips dan cara penjagaan gigi ketika mengandung. Antaranya adalah:

  1. Bersihkan gigi anda dengan teliti dua kali sehari selama 2 minit dengan ubat gigi fluorida.
  2. Floss gigi anda sekali sehari untuk mengeluarkan sisa makanan dari celahan gigi anda, yang akan membantu mencegah pembentukan plak dan seterusnya risiko sakit gigi.
  3. Jika anda mengalami morning sickness (loya dan muntah), elakkan terus memberus gigi anda selepas morning sickness. Bilas dahulu mulut anda dengan air dan tunggu kira-kira sejam sebelum memberus gigi. Ini akan membantu mengelakkan asid dalam muntah anda daripada merosakkan gigi. Anda juga boleh bilas air dengan larutan baking soda (1 sudu kecil baking soda yang dilarutkan dalam 1 cawan air) untuk meneutralkan asid.
  4. Elakkan minum minuman manis (seperti minuman bergas atau teh yang manis) dan makanan manis terlalu kerap.
  5. Minum banyak air sepanjang hari.
  6. Jika anda lapar, makan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan segar atau yogurt biasa (sebagai snacking), dan elakkan makanan manis atau berasid.
  7. Elakkan ubat kumur yang mengandungi alkohol.
  8. Minum air garam setiap hari (1 sudu teh garam ditambah kepada secawan air suam) boleh membantu mengurangkan keradangan gusi. Kumur beberapa kali dan ludahkannya semula.
  1. Mouth Healthy. (n.d). Is It Safe To Go To the Dentist During Pregnancy?. www.mouthhealthy.org/en/pregnancy/concerns
  2. NHS. (Aug 19, 2019). Bleeding Gums. www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/bleeding-gums/

Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Singapura.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Posisi Tidur Elak Bayi Songsang, Ibu Patut Cuba Sebagai Ikhtiar Untuk Bersalin Normal

Baca juga: Jaga-Jaga Ya! Kebaikan Sauna Memang Banyak,Tapi Ia Boleh Sebabkan Kecacatan Otak Janin

Baca juga: Perut Rasa Cramp Ingatkan Nak Period, Ibu Ini Kongsi Cerita Pengalaman Mengandung Kali Pertama

Penulis

Athirah