Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!

Sakit kepala kanan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sehingga menyebabkan anda sukar untuk melakukan tugasan. Ada juga bergantung kepada ubat setiap hari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa sakit kepala kanan atau kiri boleh menganggu aktiviti seharian. Ia membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak boleh fokus dengan tugasan. Malah jika keadaan ini sering terjadi, ada yang perlukan rehat serta mengambil ubat tahan sakit.

Sakit kepala tidak selalunya terjadi pada seluruh bahagian kepala. Kadang-kadang anda rasa nyeri pada bahagian depan, belakang, kiri atau kanan. Setiap bahagian yang sakit ini menandakan penyebab berbeza ia terjadi.

Punca sakit kepala kanan yang perlu anda waspada

credit to sources

Ada pelbagai faktor menyebabkan rasa sakit kepala kanan. Antara yang biasanya terjadi ialah:

#1. Sakit kepala kanan disebabkan oleh migrain yang teruk

Keadaan ini terjadi ketika seseorang memiliki sejarah migrain yang disertai dengan gejala berikut:

  • Dirasakan hanya pada satu atau dua bahagian kepala
  • Menyebabkan rasa nyeri berdenyut yang agak kuat
  • Aktiviti fizikal harian keterlaluan
  • Terdedah kepada cahaya dan bunyi bising yang berlebihan sehingga timbul rasa loya dan ingin muntah

#2. Sakit kepala cluster

Serangan sakit pada salah satu bahagian kepala dan terjadi di sekitar mata. Keadaan ini sering dikaitkan dengan aktiviti pada otak yang dipanggil sebagai hipotalamus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit kepala cluster boleh terjadi kerana beberapa penyebab lain seperti suhu panas, bau menyengat seperti aroma minyak wangi atau cat baru, aktiviti olahraga, mengambil minuman keras dan merokok. 

Sakit kepala cluster umumnya akan disertai bersama dengan beberapa gejala lain seperti:

  • Mata berair dan merah
  • Wajah berpeluh
  • Telinga menjadi merah
  • Salah satu kelopak mata bengkak atau turun
  • Pupil pada salah satu mata mengecil

#3. Hemicrania continua

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit kepala yang berlaku dengan gejala seperti berikut:

  • Boleh menjadi lebih teruk dengan gejala menyerupai migrain
  • Terjadi dari hari ke hari dan secara menerus
  • Dirasakan hanya pada satu sisi kepala
  • Merah pada bahagian kepala yang terasa sakit
  • Hidung tersumbat dan berair
  • Pupil mata mengecil atau kelopak mata terkulai

Ada juga yang mengatakan penyebab lain sakit kepala kanan ini kerana infeksi seperti meningitis, keradangan atau gangguan dalam pembuluh darah di sekitar otak seperti strok, ketumbuhan, kecederaan otak dan tekanan rongga kepala yang meningkat atau menurun.

Manakala seseorang juga berdepan risiko tinggi mengalami sakit kepala ini jika sedang kemurungan, mengalami gangguan tidur, masalah berat badan berlebihan, cemas, terlalu banyak mengambil kafein dan ubat-ubatan tahan sakit.

Rasa sakit kepala kanan ini adalah hal yang biasa terjadi dan umumnya tidak memerlukan ubatan khusus. Namun pastikan anda segera berjumpa dengan doktor sekiranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sakit kepala akibat cedera
  • Tidak segera pulih setelah berehat atau mengambil ubat
  • Sakit kepala sebelah kanan yang dirasai begitu kuat
  • Disertai dengan demam, rasa lemas, kekejangan, gangguan penglihatan dan kebas
  • Anda berasa sakit kepala sebelah kanan dua kali seminggu atau lebih
  • Anda terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit hampir setiap hari

Tips menangani sakit kepala sebelah kanan yang berulang

credit to sources

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu doktor mengenal pasti penyebab sakit kepala anda. Catat waktu ketika gejala mula terasa, berapa lama durasi, aktiviti yang dilakukan sebelum timbulnya serangan dan apa sahaja ubat yang diambil.

Jika serius, doktor akan menasihati anda untuk melakukan pemeriksaan CT scan atau MRI bagi mengenal pasti kemungkinan penyebab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa langkah bagi mengelakkan masalah ini terjadi secara berulang. Anda perlu memastikan:

  • Mengambil air putih yang mencukupi
  • Elakkan penyebab sakit kepala kanan seperti makanan berangin atau minuman berkafein
  • Pastikan tabiat pemakanan yang teratur iaitu tidak terlalu lambat dan terlalu banyak
  • Dapatkan waktu berehat mencukupi. 7 hingga 8 jam dan usahakan untuk tidur pada waktu teratur
  • Selalu berfikiran positif bagi menghindarkan diri daripada stres
  • Melakukan aktiviti dan olahraga secara teratur agar tubuh lebih sihat
  • Keluar bersiar-siar bersama orang tersayang
  • Seks juga antara pengubat untuk migrain, tak rugi untuk pasangan berkahwin cuba!

Sumber: Medical News Today

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Masalah Sakit Gigi Berdenyut, 11 Petua Ini Terbukti BERKESAN Menghilangkannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan