''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

Sakit lidah pada bayi atau dikenali tongue tie adalah masalah kerap berlaku. Uyaina Arshad meluahkan rasa sedih tidak dapat menyusu badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman menjadi ibu buat kali pertama tidaklah semudah yang disangka. Bermula dengan mengurus bayi sehingga menyusukan, ia adalah proses yang begitu asing pada mulanya. Lebih-lebih lagi jika anak ada sakit lidah atau tongue tie.

Setiap wanita bergelar ibu sebolehnya ingin menyusukan anak. Namun tidak semua diberikan rezeki dan kesempatan ini disebabkan oleh alasan-alasan yang tertentu.

Sakit lidah pada bayi atau tongue tie

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah memuat naik sebuah perkongsian mengenai pengalamannya menjadi ibu kepada Raja Urhan Raja Syahiran.

Breastfeeding is not for everyone. Tidak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.

Ia bermula ketika kami perasan Urhan sakit lidah atau tongue-tie dalam minggu pertama selepas dilahirkan. Dia mengalami masalah sukar untuk menghisap susu. Bila menyusu badan, dia akan menangis seperti kena pukul.

Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas 2-3 kali dia menghisap, kemudia terpaksa lepaskan.

Sebab risau Urhan tidak minum susu secukupnya. Kami buat keputusan untuk merujuk doktor. Bawah lidah dia digunting sedikut sebab masalah tongue-tie. Lepas tu kami kena memantau lagi. Tapi masih sama, tidak boleh menyusu badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian kami bawa pergi jumpa doktor lain pula for second opinion. Rupa-rupanya sakit lidah atau tongue-tie tu tak fully released.

Doktor kata perlu fully anaesthetic dan operate Urhan untuk betul-betul faham apa yang terjadi pada lidah bayi. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih 3 bulan baru boleh buat sebab nak pantau berat dia dahulu memandangkan dia masih terlalu kecil.

Jadi sejak dari itu, Uyaina terpaksa mula memberinya minum susu formula. Pada mulanya campur, pam susu badan, top up dengan susu formula.

Anak sepenuhnya minum susu formula

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siap makan domperidone untuk tambah susu. Tapi lama-lama, susu makin kurang sebab mungkin tiada sentuhan kulit ke kulit. Jadi makin kurang dan tidak perlu pam dah. 

Sekarang ini Urhan sepenuhnya minum susu formula. Alhamdulillah walaupun tidak menyusu badan, dia semakin membesar dengan sihat.

Sebenarnya isu pasal menyusu badan atau tidak menyusu badan adalah perkara yang sensitif. Ada sesetengah ibu, alhamdulillah anak boleh menghisap dengan baik dan susu pun banyak. Tapi ada sesetengah ibu lain pula rezeki mereka.

Bila tengok orang ada susu banyak, kita akan stres. Bila kita stres, lagi la susu tak keluar. I just wanna say, it’s okay moms. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Termasuklah rezeki susu untuk anak kita. Kita dah cuba, kita dah usaha.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau masih tak ada tak apa. Yang penting anak kita sihat, membesar dengan baik.

Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan, tapi tak memenuhi keperluan anak kita lepastu berat badan dia drop, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya.

Breastfeed or no breastfeed, we are mothers. And that’s amazing enough ♥️

Kenali apa itu tongue tie

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah atau sakit lidah pada bayi dikenali sebagai tongue tie. Ia terjadi apabila lidah bayi pendek dan tidak mampu terjulur keluar untuk menyusu.

Antara beberapa tanda si manja mengalami masalah ini adalah:

  • Bayi mengamuk ketika menyusu seperti ibu tiada susu
  • Bayi menyusu selalu terlepas nak lekap
  • Bayi kelihatan lapar meskipun terlalu kerap menyusu 
  • Bayi menyusu dengan lekapan yang elok, tetapi terlalu kerap sehingga 24jam seperti susu tidak cukup
  • Berat badan si manja naik sedikit sahaja atau tidak naik

Sekiranya ibu mengesyaki terdapat perubahan pada bayi sewaktu menyusu khususnya, segeralah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

Biasanya jika di Hospital pakar, anda akan dirujuk ke unit Ear, Nose and Throat selepas berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

Baca juga: Telinga Berdengung Ketika Hamil Boleh Buat Ibu Terganggu, Ini Punca & Cara Mengatasinya

Baca juga:  Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!