Bakteria ada di mana-mana, tapi hanya beberapa saja yang berbahaya. Kita sering risau jika anak kita dijangkiti penyakit hingga kita lupa dengan kesihatan diri sendiri. Sama seperti seorang bapa tunggal ini yang mendapat sakit tekak teruk.
Sakit tekak bapa bertukar jadi jangkitan 2 bakteria berbahaya!
Sakit tekak yang sepatutnya hanya sakit biasa sahaja telah bertukar menjadi pengalaman ngeri untuk seorang bapa di Australia ini apabila tangan dan kakinya perlu dipotong untuk menghentikan jangkitan dari merebak!
Pada awalnya, Jason Miller 48 tahun, seorang operator feri dan bapa tunggal ini telah sakit tekak semasa dalam perjalanan pulang dari bercuti di Filipina.
Satu jangkitan bakteria saja sudah berbahaya tapi, dua jangkitan sekaligus telah menghancurkan sistem imunisasi Jason.
Pakar perubatan tak dapat mengesan bagaimana bapa ini boleh mendapat jangkitan ini.
Sakit tekak bertukar mimpi ngeri: Ajaib, bapa ini selamat!
Pakar perubatan telah memberitahu keluarga Jason yang keadaannya kritikal. Dalam jangka masa pendek, Jason telah mengalami kejutan septik yang teruk, kegagalan beberapa organ penting, sindrom kejutan toksik dan gangrene.
Doktor kemudiannya memberitahu keluarga Jason yang peratusan untuk dia hidup kurang dari 10%. Jhayda, anak perempuannya yang berusia 7 tahun telah disuruh untuk mengucapkan selamat tinggal.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel asal oleh Kevin Wijaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga:
Bayi 5 hari mati akibat bakteria yang biasa dijumpai pada orang dewasa