Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa kedai gunting rambut dan salun kecantikan akan dibenarkan dibuka semula bermula 10 Jun.
Di bawah peraturan baru itu, aktiviti yang dibenarkan termasuk potongan rambut asas dan mencuci rambut, mencukur janggut dan misai, rawatan rambut, manikur dan pedikur serta mencuci dan rawatan muka.
Perkhidmatan salun rambut dan kuku
Tidak seperti kebanyakan perniagaan, perkhidmatan salun memerlukan sentuhan peribadi serta proses tatap muka dalam memuaskan hati pelanggan.
Melalui kajian yang dilakukan, ramai responden mengatakan bahawa mereka cuba memotong rambut, manikur atau pedikur di rumah. Hampir 25% mengakui mereka lebih suka mendapatkan servis stylist kerana hasilnya sangat berbeza.
Menurut profesor epidemiologi klinikal di New York University’s School of Global Public Health, Robyn Gershon, mengatakan apabila salun dibuka semula, pemilik dan bakal pelanggan akan melalui pengalaman yang berbeza dengan sebelum ini bagi mencegah penyebaran Covid-19.
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit telah mengeluarkan beberapa panduan baharu dalam membantu perniagaan kembali beroperasi seperti restoran, sekolah dan penyedia transit.
Sebenarnya, berada di salun rambut atau kecantikan berupaya menimbulkan risiko bahaya terhadap pekerja dan pelanggan. Antaranya ialah:
#1. Hubungan dengan jarak dekat
Gershon mengatakan terdapat risiko tinggi bagi seorang profesional yang bekerja menguruskan kulit kepala, tangan, atau kaki kerana mereka akan selalu berada dalam jarak dekat dengan pelanggan untuk jangka masa yang lama.
Khususnya untuk pendandan rambut, mereka tidak akan dapat bekerja dalam jarak sosial kerana proses seperti menggunting rambut, pewarnaan atau rebonding perlu dilakukan secara lebih dekat. Situasi ini secara tidak langsung akan memanjangkan tempoh untuk pekerja bernafas secara langsung di atas wajah anda.
#2. Bekalan udara yang sama
Kebanyakan salun rambut atau kuku akan menggunakan penyaman udara bagi memberikan keselesaan kepada para pelanngan. Ia sekaligus berkemungkinan mampu menyebarkan zarah virus melalui ruang tertutup atau pengering rambut.
Pelanggan dan tukang gunting rambut akan bernafas dalam udara yang sama dan berkemungkinan titisan atau aerosol berjangkit berlaku dalam jarak dekat antara anda berdua.
#3. Alatan dan permukaan yang dikongsi antara pelanggan
Sebilangan besar negeri mengarahkan para profesional salon untuk meningkatkan aspek kebersihan diri dan kedai sepanjang ia beroperasi secara dramatik. Ini adalah untuk mengurangkan risiko pencemaran silang berdasarkan permukaan bersama.
Tetapi sebilangan jurusolek bergantung pada satu set alat untuk menggayakan rambut, kuku, atau kuku kaki yang perlu dikongsi semua pelanggan. Bukan itu sahaja, perabot juga boleh menjadi masalah kerana setiap permukaan berpori tidak dapat dibasmi kuman dengan berkesan.
Cara mengurangkan risiko semasa kerja memotong rambut atau mewarna
#1. Pakai topeng atau penutup muka setiap masa
Mungkin sudah disyaratkan oleh undang-undang, tetapi jika tidak, anda harus melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga kepada stylist anda dan juga pelanggan lain.
Penutup atau topeng muka tidak menghalang anda bernafas dalam zarah-zarah udara di persekitaran. Tetapi ia akan menghalang diri daripada menerima jangkitan SARS-CoV-2, iaitu virus yang membawa kepada Covid-19.
#2. Bersihkan tangan ketika memasuki salun
Sebelum duduk di kerusi, pastikan anda mencuci tangan atau membersihkannya terlebih dahulu. Untuk lebih selamat, pakai sepasang sarung tangan sebelum anda duduk.
Gershon mengatakan bahawa dengan berbuat demikian dapat menghalang dari menyebarkan kuman ke tempat duduk atau alat yang mungkin anda sentuh.
#3. Pakai pakaian yang boleh tanggalkan dan basuh selepas pulang
Anda mungkin sudah melakukan ini semasa keluar membeli barangan keperluan harian atau terpaksa berada dalam tempat yang sesak. Oleh kerana stylist mungkin berada di atas bahu selama berjam-jam, penting untuk anda mencuci bahagian ini dengan teliti untuk mengurangkan risiko kuman dari berkumpul.
#4. Minta perkhidmatan dengan pengaliran udara baik
Sebagai pelanggan, anda memiliki hak untuk membuat permintaan terhadap kedai yang dikunjungi. Gershon mengatakan risiko paling jelas di dalam salun adalah pergerakan udara yang terhad, terutamanya ketika stylists melakukan sesi memotong rambut, mewarna atau rebonding.
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh meminta profesional perkhidmatan untuk membuka tingkap atau pintu bagi membolehkan udara luar memasuki premis agar risiko penularan Covid-19 dapat dikurangkan.
Sumber: Goodhousekeeping
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compenularan-penyakit