Sambal Goreng Jawa Mudah Sahaja Nak Masak, Hidang Di Pagi Raya Pasti Jadi Rebutan

Sambal goreng jawa wajib dimasak oleh orang jawa pada hari raya namun kini mereka yang bukan berketurunan jawa juga menggemari hidangan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambal goreng jawa merupakan sejenis makanan yang amat popular dikalangan masyarakat Jawa di Johor yang boleh dimakan begitu sahaja atau pun lazimnya dimakan dengan nasi putih bersama dengan lauk-pauk yang lain.

Makan nasi ambeng tanpa sambal goreng jawa bagaikan tidak lengkap. Istimewanya dalam sambal goreng terdapat pelbagai bahan antaranya daging, paru ataupun lauk lain manakala sayur yang sering jadi piihan ialah kacang panjang malah resipi asli sambal jawa perlu ada di dalamnya suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe.

Sambal goreng jawa wajib dimasak di pagi raya

Biasanya pada hari raya, resipi ini yang selalunya wajib dimasak oleh orang jawa. Enak dinikmati dengan ketupat dan jika nak lengkap lagi, perlu ada ayam masak kicap barulah lengkap hidangan di pagi raya.

Tetapi pada masa kini sambal goreng jawa ini boleh sahaja dimasak pada hari biasa bahkan mereka yang bukan berketurunan jawa pun suka lauk ini. 

Biarpun penyediaannya agak renyah kerana semua bahan utama perlu dihiris dan digoreng terlebih dahulu tetapi cara memasaknya begitu mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi group masakan Masak Apa Hari Ni (MAHN) di Facebook, Niq Ain ada kongsikan resipinya;

Bahan untuk digoreng :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Tempe hiris nipis
Tauhu hiris nipis
Ubi kentang hiris nipis
Hati pedal ayam hiris kecil
Kacang panjang (goreng sekejap sahaja untuk mengekalkan warna hijaunya)
Suhun (direndam)
Fucuk (direndam)
Cili kering
Potong kecil dan ketepikan

Bahan untuk digoreng :

Bawang merah bombay
Bawang putih
Halia sedikit
Cili kering
Ikan bilis

Cara untuk memasak :

1. Tumis bahan kisar sehingga kering
2. Masukkan garam gula lada sulah
3. Masukkan semua bahan datas
4. Renjis sedikit kicap manis
5. Masukkan air sedikit jika nak sedikit basah, kalau nak kering tak perlu tambah air
6. gaul kesemua bahan dan siap

Apa yang unik mengenai resipi makanan ini adalah di mana bagi masyarakat jawa sebenarnya makanan ini adalah bukanlah dihidangkan pada hari biasa sebaliknya ia hanya akan dihidangkan untuk majlis keramaian seperti kenduri, ruahan dan jamuan Hari Raya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang orang jawa ini kreatif mencipta sejenis makanan di mana ia paling sesuai atau disediakan semasa ada majlis keramaian atau untuk kenduri kendara memandangkan sambal goreng ini mengandungi campuran pelbagai bahan maka kalau berniat untuk masak sedikit pun akhirnya akan menjadi banyak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Nursyamimi