Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Pernah tak bila anda masak menggunakan santan, kadang-kala ada masakan yang menjadi dan ada yang tak menjadi? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan resepi atau masakan terutama menu kampung menggunakan santan namun pernah tak bila anda masak menggunakan santan, kadang-kala ada masakan yang menjadi dan ada yang tak menjadi? 

Untuk pengetahuan semua, santan bukan hanya ada santan cair sahaja, malah terdapat santan serbuk. Tahukah anda perbezaan antara santan segar, kotak dan serbuk ketika memasak?

Anda perlu mengetahuinya kerana hal ini akan mempengaruhi tekstur dan rasa masakan anda malah setiap masakan bersantan perlu menggunakan jenis santan yang betul untuk mendapatkan rasa yang sedap.

Tips Penggunaan Santan Mengikut Jenis

Melalui perkongsian menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN), Ummi Syuhada berkata, setiap jenis santan yang digunakan boleh mempengaruhi hasil masakan. Katanya di rumah dia mempunyai stok pelbagai jenis santan kerana setiap satunya digunakan dengan tujuan yang berbeza.

Berikut adalah tips penggunaan daripada wanita ini, semoga membantu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1) Santan Kotak (mengikut jenama)

Santan Kara pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna santan ni sebab tiada masalah santan pecah minyak dan berketul. Jenama Ayam Brand dan M&S cair sedikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa ketiga-tiga santan sedap.

Untuk rendang, jenama Kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak akan keluar minyak

Kalau nak guna Kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Santan ini susah sebati masa nak gaul dengan pulut dan akan bergumpal. Jenama Ayam Brand dan M&S okay, boleh terus gaul dan senang larut sebab lebih cair.

2) Santan Segar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli baramg lain dulu sebelum santan.

Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang dan nasi lemak, terus masuk je tak perlu tunggu cair semula.

Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak. Cara lain: blend santan beku dengan air suam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3) Santan Serbuk

Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, kek, dan nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma seperti kelapa yang disangai. Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.

Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecil, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama walaupun dah expired. Gulung elok-elok ikat getah atau kepit klip simpan kat chiller.

4) Perah Santan Sendiri

Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecil-kecil. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dgn santan, jgn tuang sampai habis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap dan berbintik hitam kat pulut.

Tips lain :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Santan beku, nak cek cair ke tak tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yan pati je.
  • Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai habis. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Manfaat Makanan Bersantan Semasa Hamil, Tapi Jangan Ambil Berlebihan Pula Ya!

Baca juga : Resepi Agar-Agar Lumut Yang Sedap & Mudah, Ibu Yang First Time Buat Confirm Jadi!

Baca juga : Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Penulis

Nursyamimi