7 Pilihan SARAPAN IBU HAMIL, Baik Untuk Ibu & Perkembangan Bayi Dalam Kandungan!

Ibu hamil perlu sentiasa memastikan makanan yang mereka ambil adalah berkhasiat untuk ibu dan bayi. Kali ini kami kongsikan sarapan ibu hamil untuk anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pilihan makanan termasulah sarapan ibu hamil amat penting bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa terjaga dan dilindungi.

Jadi, adalah amat penting untuk seseorang ibu hamil mendapatkan makanan yang berkhasiat di setiap waktu makan mereka bagi memastikan mereka sentiasa sihat dan bayi dalam kandungan juga membesar dengan baik

Anda mesti jemu jika hanya makan menu yang sama saja kan? Walaupun berkhasiat tetapi anda juga mesti mahukan kelainan kan? Takkan nak ulang makanan sama selama 9 bulan 10 hari kan? Jadi kami kongsikan di sini 10 pilihan sarapan ibu hamil yang boleh anda cuba!

Sarapan ibu hamil, berkhasiat&sedap!

Kredit: bp guide

Anda harus pastikan makanan yang anda makan pada setiap waktu makan adalah sangat berkhasiat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

#1.Telur

Tahukah anda,hanya dengan sebiji telur anda hanya akan memperoleh kira-kira 90 kalori sahaja. Selain itu,telur juga mengandungi lebih daripada 12 vitamin dan mineral serta mengandungi banyak protein yang berkualiti yang merupakan sumber penting bagi ibu yang sedang hamil.

Apabila anda terlalu letih untuk memasak hidangan yang kompleks, anda boleh menjimatkan tenaga anda dengan hanya merebus telur atau membuat telur hancur.

#2.Salmon

Ikan Salmon bukan sekadar kaya dengan protein yang berkualiti tinggi tetapi ia juga merupakan sumber yang sangat baik untuk lemak omega-3 yang baik untuk perkembangan bayi anda serta boleh membantu meningkatkan mood anda.

Bukan itu sahaja, ikan salmon juga antara ikan yang mempunyai kuantiti methylmercury yang rendah. Methylmercury iaitu sebatian yang boleh membahayakan sistem saraf bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun begitu,anda disyorkan untuk makan tidak lebih daripada 12 auns setiap minggu untuk mengelakkan meminum terlalu banyak merkuri.

#3. Daging tanpa lemak

Daging adalah sumber protein yang berkualiti. Carilah daging tanpa lemak dengan lemak yang dipotong di luar. Apabila membeli daging merah khususnya, cari potongan daging yang sekitar 95 hingga 98 peratus bebas lemak.

Daging lembu paling sesuai di kalangan daging merah kerana ia mengandungi choline di samping protein. Elakkan dari memakan sosej, kecuali setelah dikukus atau direbus.

Hal ini kerana ada risiko kecil bakteria dan parasit, seperti listeria, toxoplasma, atau salmonella, dari daging sosej yang merbahaya untuk bayi anda.

#4. Bijirin penuh

Kredit: shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bijirin penuh penting dalam kehamilan kerana ianya kaya dengan serat dan nutrien,termasuk vitamin E, selenium, dan fitonutrien (sebatian tumbuhan yang melindungi sel-sel).

Popcorn juga adalah sejenis gandum bijiran penuh.Tapi, janganlah hanya makan popcorn sahaja. Terdapat banyak biji-bijian lain di luar sana.

#5. Buah-buahan segar

Kredit: detikfood

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu faedah utama buah-buahan segar adalah jumlah serat yang anda dapat. Fiber membantu menjaga anda supaya anda mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang pagi.

Ia juga membantu mengelakkan sembelit, yang merupakan masalah biasa di kalangan wanita hamil. Satu hidangan buah-buahan membekalkan folat, vitamin C dan kalium juga.

Anda boleh memakannya dengan cara menambah kepingan pisang untuk semangkuk bijirin atau masukkan blueberry segar ke dalam semangkuk oatmeal atau boleh juga dengan membuat smoothie buah-buahan yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin, mineral, protein dan serat.

#6. Kekacang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu daripada nutrien yang paling penting bagi wanita hamil adalah vitamin B, juga dikenali sebagai asid folik. Ia boleh didapati dalam makanan berbentuk kekacang seperti kacang dal dan kacang hijau.

Folate adalah penting untuk membentuk sistem otak dan saraf bayi anda dan mempunyai kesan perlindungan yang kuat terhadap kecacatan neural tiub seperti spina bifida, gangguan kelahiran di mana sebahagian daripada tulang belakang terdedah.

#7. Yogurt

Bayi anda memerlukan kalsium untuk tulang yang sedah membesar, dan anda perlu untuk memastikan anda terus kuat bagi membantu otot dan saraf anda berfungsi. Pastikan anda mengambil kalsium kira-kira 1,200 mg (iaitu empat hidangan) setiap hari.

Salah satu makanan terbaik untuk kalsium ialah Yogurt. Kalsium juga kaya protein dan folat. Pembiakan aktif iaitu, bakteria baik dalam yogurt juga boleh membantu mencegah sakit perut dan jangkitan yis (biasa terjadi ketika hamil).

Jadi, bolehlah anda cuba menu sarapan ibu hamil yang kami kongsikan ini, ia bukan saja berkhasiat malah baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: thezuriat

Baca juga: Senarai Makanan DIET Untuk Wanita Hamil Kawal Berat Badan, Ia Penting Untuk Kesihatan Ibu, Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar