7 Menu Sarapan Pagi Untuk Anak Yang Simple Tapi Sedap, Barulah Kekal Bertenaga

Sarapan pagi untuk anak tidak mustahil untuk disediakan oleh ibu bekerja jika anda sudah memilih menu masakan secara lebih awal menggunakan bahan yang mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sarapan pagi untuk anak perlu disediakan setiap hari. Ia amat penting bagi membekalkan tenaga anak-anak untuk menjalani segala aktiviti dengan penuh aktif dan ceria. 

Waktu makan pagi yang disarankan oleh pakar ialah selepas jam 7 dan sebelum 9 pagi. Ibu hendaklah menyediakan hidangan yang tidak terlalu berat, berkhasiat dan mengandungi karbohidrat.

Baca juga: Resepi Bekal Makanan Bayi Untuk Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!

Menu sarapan pagi untuk anak yang mudah disediakan

Menurut kajian oleh Food Acts Asia dengan kerjasama 4 universiti di Asia ke atas kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengamalkan sarapan pagi jarang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Antara idea sarapan pagi untuk anak yang sedap dan sering menjadi kegemaran si manja ialah:

#1. Roti telur 

  • 6 keping roti putih
  • 2 biji telur
  • 2 sudu susu pekat

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat
  2. Kemudian kacau sehingga ia sebati
  3. Untuk memudahkan anak makan, ibu boleh potong roti kepada empat potongan kecil
  4. Celupkan depan dan belakang roti dalam telur
  5. Goreng tanpa minyak atau kurang minyak untuk menjadikan hidangan ini lebih sihat. Siap!

#2. Bubur oat ayam

  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 inci halia dihiris nipis
  • 1 sudu kecil bawang putih dikisar/ dipotong dadu
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • Sedikit isi ayam (bahagian dada) dipotong kecil
  • 2 cawan oat 
  • 4 cawan air panas
  • 2-3 titik minyak bijan

Cara penyediaan: 

  1. Tuangkan oat dan air panas ke dalam mangkuk. Kacau sehingga ia kembang
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih, halia sehingga wangi
  3. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Tambah bancuhan oat tadi
  4. Jika terlalu pekat, anda boleh tambahkan air, lada sulah dan minyak bijan. Siap untuk dinikmati!

#3. Pancake ala Mcdonalds

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 atau 2 cawan susu segar (tambah sedikit demi sedikit hingga habis)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 sudu besar mentega yang telah dicairkan
  • 1 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung, gula garam, telur, mentega dan susu ke dalam mangkuk
  2. Gaulkan sehingga sebati menggunakan senduk
  3. Masukkan serbuk penaik dan esen vanila. Gaulkan lagi
  4. Panaskan kuali jenis leper dalam 2 hingga 3 minit. Jangan letakkan minyak
  5. Tuangkan 1 senduk bancuhan tadi ke dalam kuali sehingga ia membentuk bulatan
  6. Tunggu permukaan pancake berlubang-lubang, kemudian balikkannya sehingga bertukar coklat keperangan.
  7. Ulang langkah ini sehingga adunan habis. Hidangkan pancake ini bersama maple syrup, mentega atau madu.

#4. Nasi goreng pattaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 mangkuk nasi
  •  1 biji telur
  •  1 sudu bawang kisar*
  • 1 sudu isi ayam cincang
  • 1 sudu lobak potong dadu*
  • Minyak untuk memasak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang kisar dan ayam cincang.
  2. Masukkan lobak merah dan nasi. Perasakan dengan sedikit garam.
  3. Untuk bungkusan telur, caranya adalah tuang di atas kuali yang tidak melekat. Golekkan kuali supaya ia menjadi nipis dan lebar.
  4. Letakkan nasi di tengah-tengah dan balut. Siap!

#5. Pasta tomato

  • 1/2 mangkuk pasta spiral
  • 1 ulas bawang putih cincang halus
  • 1 sudu bawang merah kisar
  • 1 sudu daging cincang
  • 1 cawan pes tomato
  • 1 cubit mix herbs
  • 2 atau 3 cendawan butang dihiris nipis

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang, bawang putih dan daging kisar sehingga ia naik bau
  2. Masukkan pes tomato, cendawan butang dan mix herbs
  3. Perasakan dengan gula dan garam

#6. Cekodok pisang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • 5 biji pisang masak bersaiz besar
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Lenyekkan semua bahan sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum
  2. Gaul rata, tidak perlu tambah air ya. Rehatkan adunan 10 hingga 15 minit untuk lebih sedap
  3. Panaskan kuali menggunakan api sederhana supaya tidak cepat hangit
  4. Pegang adunan dan picit menggunakan menggunakan tangan supaya dia bentuk membulat. Siap!

#7. Bihun goreng

  • 1 paket bihun
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Beberapa ekor udang atau daging (untuk dapatkan rasa lebih sedap)
  • 2 sudu makan lada kering kisar
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 biji telur ayam
  • Sayur sawi dan fish cake

Cara penyediaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bersihkan bihun dan rendam sehingga ia lembut. Kisar bawang merah, putih sehingga ia lumat
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. Tambahkan lada kering kisar sehingga pecah minyak
  3. Masukkan sos cili, tiram, gula, garam dan perasa. Kacau sebati dan masukkan bihun
  4. Balik-balikkan supaya bahan meresap sekata. Tambah sedikit air jika tekstur bihun masih keras. Masukkan sayur dan fish cake. Siap!

Sumber: Huahuajer

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia