8 Jenama Bijirin Pilihan Menu Sarapan Yang Sihat Untuk Anak Sebagai Permulaan Hari Si Manja, Penuh Khasiat & Nutrisi!

8 Jenama Bijirin Pilihan Menu Sarapan Yang Sihat Untuk Anak Sebagai Permulaan Hari Si Manja, Penuh Khasiat & Nutrisi!

Banyaknya pilihan bijiran menu sarapan di pasaran! tetapi yang mana satukah yang benar-benar sihat dan berkhasiat ya?

Ibu mencari bijirin menu sarapan untuk anak yang sihat dan bagus untuk perkembangan mereka? Bijiran menu sarapan antara pilihan snek untuk anak yang bukan sahaja mudah disediakan, malah mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk perkembangan anak.

Bijirin menu sarapan yang penting adalah gandum, beras, jagung, oat, barli, rai, millet dan sorgum. Ia adalah sumber protein pemakanan, zat besi, vitamin B kompleks, vitamin E, karbohidrat, niasin, riboflavin, tiamin, serat dan jejak mineral yang penting bagi manusia dan haiwan.

Bran larut dalam bijirin juga membantu menurunkan kadar kolesterol darah dan juga mencegah penyakit kardiovaskular. Bijirin juga membantu mencegah barah, sembelit, gangguan usus besar dan gula darah tinggi. Jadi, apabila bijirin sarapan pagi digabungkan dengan susu ini menjadikannya satu menu sarapan pagi yang kaya protein.

Memilih Bijirin Menu Sarapan Sihat Untuk Anak Yang Terbaik 

8 Jenama Bijirin Pilihan Menu Sarapan Yang Sihat Untuk Anak Sebagai Permulaan Hari Si Manja, Penuh Khasiat & Nutrisi!

Kredit gambar: The Times

Semasa membeli bijirin untuk anak yang masih kecil, idealnya anda akan memilih yang mempunyai gula tambahan 0-2 gram. Ini lebih kurang manis dan bebas dari jenis gula berlebihan yang tidak diperlukan oleh kanak-kanak di dalam diet mereka.

Bijirin sarapan sihat boleh dimakan kering atau dicampur dengan susu segar untuk lebih enak. Rasa susu itu sahaja sudah cukup untuk memberikan rasa tambahan yang sihat dan sedap walaupun bijirin tersebut kurang manis!

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih bijirin sarapan pagi untuk anak:

  • Jumlah gula (cari bijirin dengan kurang gula dari 4 gram atau 1 sudu kecil setiap hidangan)
  • Jumlah serat yang diperlukan untuk perkembangan anak yang sihat. Sarapan bijirin yang mengandungi 5 atau lebih gram serat untuk setiap hidangan adalah lebih baik.
  • Bijirin penuh Sebaik-baiknya carilah bijirin penuh untuk anak-anak. Perhatikan label sekiranya ibu ayah kurang pasti ya!
  • Sodium (Natrium) Bijirin sarapan seringkali ditambah garam. Kami mengesyorkan untuk memilih bijirin sarapan kanak-kanak yang mengandungi 400mg atau kurang sodium setiap 100g.
  • Bebas alergen Cari produk yang bebas gluten, terutamanya jika anak-anak berisiko untuk mendapat alahan.

8 Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik di Pasaran

Bijirin Sarapan Sihat Terbaik
Earth's Best Organic Whole Grain Multi-Grain Cereal
Terbaik Untuk Bayi Beralih Kepada Makanan Pepejal
more info icon Beli di Shopee
Fawwaz Multigrain Cereal
Terbaik Jenama Tempatan
more info icon Beli di Shopee
Gerber Organic For Baby Grain & Grow
Terbaik Jenis Bijirin Penuh
more info icon Beli di Shopee
Kelloggs Original Corn Flakes
Terbaik Harga Ekonomi
more info icon Beli di Shopee
Weet-Bix Little Kids Essentials
Terbaik Dengan 9 Vitamin dan Mineral
more info icon Beli di Shopee
Kellogg's MuesliX Harvest Fruit Cereal
Terbaik Dengan Buah-Buahan Kering Dan Kekacang
more info icon Beli di Shopee
Yogood Muesli Bars Strawberry
Terbaik Dalam Bentuk Bar
more info icon Beli di Shopee
Dasto Crunchy Granola
Terbaik Untuk Anak Obes
more info icon Beli di Shopee

Earth’s Best Organic Whole Grain Multi-Grain Cereal

Bijirin Menu Sarapan Terbaik Buat Bayi Beralih Kepada Makanan Pepejal

bijirin menu sarapan

Bijirin Multi Grain Organik Earth’s Best merupakan produk organik yang diperbuat daripada bijirin penuh. Tanpa perisa, warna atau pengawet tiruan, sarapan bijirin ini juga bebas kolestrol, bebas lemak dan mengandungi kadar gula yang rendah yang terbaik untuk bayi anda beralih kepada makanan pepejal!

Boleh diberi pada anak usia awal 8 bulan, ia mudah dihadam dan diperkaya dengan zat besi untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Apa yang kami suka?

  • Dibuat dengan bijirin penuh
  • Organik bersijil USDA 
  • Bebas lemak trans
  • Natrium Rendah
  • Lemak Rendah
  • Gula Rendah
  • Bebas GMO

Fawwaz Multigrain Cereal

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Jenama Tempatan

bijiran menu sarapan

Tahukah anda, bijirin boleh diperkenalkan kepada anak seawal usia 8 bulan. Fawwaz merupakan jenama tempatan yang mengeluarkan produk sihat khas untuk bayi dan mempunyai produk bijirinnya yang tersendiri.

Fawwaz Multigrain Cereal sangat sesuai untuk menggantikan snek yang tidak sihat sekaligus memberikan khasiat untuk si manja. Produk ini boleh didapati dalam perisa strawberi dan pisang!

Apa yang kami suka?

  • Didatangkan dalam pek kecil
  • Mencair di mulut bayi
  • Mengandungi ramuan yang berkhasiat untuk anak menggunakan beras hitam, beras merah, beras perang, oat, serbuk buah dan minyak sawit.
  • Tanpa pengawet
  • Tanpa pewarna
  • Tanpa gula
  • Tanpa garam

Gerber Organic For Baby Grain & Grow

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Jenis Bijirin Penuh

8 Jenama Bijirin Pilihan Menu Sarapan Yang Sihat Untuk Anak Sebagai Permulaan Hari Si Manja, Penuh Khasiat & Nutrisi!

Gerber Organic For Baby Grain & Grow adalah gabungan gandum, oat, quinoa dan buah-buahan tropika tanpa bahan pengawet. 

Snek untuk anak yang hebat dan mengandungi pelbagai bijirin ini menyediakan sarapan keluarga berkhasiat dengan serat makanan, vitamin dan mineral penting!

Grain & Grow juga boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang dan rutin senaman yang teratur untuk membantu mencapai matlamat penurunan berat badan.

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat dengan bijirin penuh
  • Gabungan gandum, oat, quinoa, farro dan gabungan buah-buahan tropika
  • Sumber serat dan kalsium yang baik
  • Sumber besi yang sangat baik
  • Bebas gluten

Kelloggs Original Corn Flakes

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Harga Ekonomi

8 Jenama Bijirin Pilihan Menu Sarapan Yang Sihat Untuk Anak Sebagai Permulaan Hari Si Manja, Penuh Khasiat & Nutrisi!

Kelloggs Original Corn Flakes pastinya menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa kerana produk ini sangat popular dan mudah didapati di Malaysia malah harganya sangat berpatutan untuk kategori bijirin sihat.

Setiap kepingan jagung yang enak hanyalah sebiji inti jagung emas asli, matang dan dijemur secara semula jadi di ladang.

Setiap mangkuk Kellogg’s Corn Flakes menyediakan 50% keperluan vitamin D setiap hari, yang menyumbang kepada pemeliharaan tulang normal.

Apa yang kami suka?

  • Jagung, ekstrak malt barli, gula, garam
  • Tanpa warna tiruan
  • Tanpa perisa tiruan
  • Kandungan gula yang rendah

Weet-Bix Little Kids Essentials

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Dengan 9 Vitamin dan Mineral

weet bix bijirin menu sarapan

Jika ibu mencari bijirin dengan khasiat pelbagai vitamin, Weet-Bix Little Kids Essentials adalah pilihan terbaik.

Mengandungi 9 vitamin dan mineral penting yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan sihat kanak-kanak kecil sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, bijirin ini mempunyai nutrisi yang menyokong pencapaian pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Bukan itu sahaja, bijirin dengan kandungan 97% bijirin penuh ini juga mempunyai prebiotik yang memberikan bakteria baik untuk usus anak serta tinggi serat untuk sistem penghadaman yang lebih baik.

Menyediakan kalsium untuk tulang, gigi dan otot yang kuat, folat dan zink membantu menggalakkan pertahanan imun semula jadi yang kuat.

Enak dinikmati bersama susu, bijirin ini juga boleh digunakan sebagai bahan utama dalam menu sihat seperti lempeng, muffin, jejari snek, nugget, biskut, dan bubur.

Apa yang kami suka :

  • Rendah gula
  • Tinggi zat besi
  • Tiada garam tambahan
  • Tiada pewarna dan perasa tiruan
  • Mempunyai Vitamin B1, Magnesium dan Iron untuk fungsi otak & daya fokus yang tajam
  • Mempunyai Vitamin B2, B3 dan B6 sebagai bekalan tenaga untuk berkembang, belajar, dan bermain

Kellogg’s MuesliX Harvest Fruit Cereal

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Dengan Buah-Buahan Kering Dan Kekacang

8 Jenama Bijirin Pilihan Menu Sarapan Yang Sihat Untuk Anak Sebagai Permulaan Hari Si Manja, Penuh Khasiat & Nutrisi!

Jika anak kurang menggemari bijirin sihat kerana rasanya yang tawar, ibu boleh memperkenalkan bijirin jenis muesli yang mempunyai buah-buahan kering dan kekacang sebagai pemanis semula jadi.

Semangkuk MuesliX bersama segelas susu bersamaan dengan kandungan serat 3/4 nasi beras perang yang membantu sistem penghadaman, protein dalam sebiji telur yang membantu membaiki kerosakan tisu sel dan zat besi dalam 4 cawan bayam yang membina sel darah merah. 

Apa yang kami suka : 

  • Menggunakan campuran 5 jenis bijirin
  • Mengandungi buah-buahan kering seperti kurma, peach kering, kismis, dan epal kerang
  • Mengandungi kacang dan bijian
  • Boleh dijadikan resipi biskut

Yogood Muesli Bars Strawberry

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Dalam Bentuk Bar

8 Jenama Bijirin Pilihan Menu Sarapan Yang Sihat Untuk Anak Sebagai Permulaan Hari Si Manja, Penuh Khasiat & Nutrisi!

Anak selalu terlepas sarapan pagi kerana bangun lambat untuk ke sekolah? Jangan abaikan sarapan mereka kerana ibu boleh membekalkan bijirin jenis bar kepada anak untuk dimakan ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Bar jenis muesli daripada jenama Yogood ini menampilkan gabungan bijirin dan buah-buahan yang lazat yang disalut dengan yogurt berkrim.

Memberikan anak anda hidangan yang kenyal, beraroma dan lazat, setiap bar dipek individu jadi mudah untuk ibu bekalkan kepada anak-anak ke sekolah.

Apa yang kami suka :

  • Mudah dimakan pada bila-bila masa
  • Tinggi serat dan mempunyai kalori kurang daripada 100
  • Rasanya yang enak 

Dasto Crunchy Granola

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Khusus Anak Obes

8 Jenama Bijirin Pilihan Menu Sarapan Yang Sihat Untuk Anak Sebagai Permulaan Hari Si Manja, Penuh Khasiat & Nutrisi!

Antara jenama granola milik anak tempatan, Dasto Crunchy Granola merupakan bijirin menu sarapan campuran rolled oat bersama buah-buahan kering dan kekacang yang dipanggang rangup dan diperisakan dengan sirap nipah asli dan gula perang serta madu.

Diformulasi dan dikilangkan oleh bumiputera muslim, ia sesuai dihidangkan pada bila-bila masa dan boleh dinikmati seisi keluarga.

Rendah kalori, tinggi fiber, vitamin dan mineral, kurang manis, rendah GI untuk rasa kenyang lebih lama, bijirin ini sesuai untuk anak-anak yang mengalami obesiti yang ingin menurunkan berat badan dengan membantu mengawal pengambilan makanan dalam diet harian anak.

Apa yang kami suka :

  • Bijirin sarapan yang tidak menggunakan gula putih
  • Kenyang lebih lama
  • Membekalkan tenaga
  • Cara makan pun sangat mudah dan praktikal, tidak perlu dimasak atau direndam air panas.
  • Boleh dimakan bersama susu segar, yogurt, buah-buahan, salad, telur separuh masak/scramble, aiskrim, dan ratah begitu saja.

Perbandingan Harga Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Di Pasaran

Jenama Berat Harga
Earth’s Best Organic Whole Grain Multi-Grain Cereal 227 gram RM46.00
Fawwaz Multigrain Cereal 500 gram RM15.00
Gerber Organic For Baby Grain & Grow 128 gram RM20.90
Kelloggs Original Corn Flakes 500 gram RM14.06
Weet-Bix Little Kids Essentials 400 gram RM19.90
Kellogg’s MuesliX Harvest Fruit Cereal 355 gram RM17.39
Yogood Muesli Bars Strawberry 138 gram RM10.00
Dasto Crunchy Granola 350 gram RM15

Mengapa Tuang Susu Dan Bukannya Air Biasa Ke Dalam Bijirin?

Pernah tak terfikir mengapa kita perlu menuangkan susu dan bukannya air biasa atau jus buah-buahan yang lain? Menurut kajian yang dijalankan, kandungan lemak dalam susu memastikan bijirin sarapan pagi tidak menjadi terlalu lembik atau basah dengan cepat. Sekaligus mengekalkan nutrisi dan khasiat yang mencukupi didalamnya. 

Cara Pemakanan Dan Penyediaan Bijirin

Pastikan anda menghidangkan bijirin menu sarapan dengan cara penyediaan yang betul. Antaranya: 

1. Hidangan Panas

Siapa pun pasti menyukai jika cereal dihidangkan panas-panas. Anda boleh memilih mana-mana cereal berperisa kegemaran anak seperti Cerelac, Cream Of Wheat atau Amalt-O-Meal. 

Terdapat dalam versi bijirin penuh tanpa gula serta versi yang diproses dan mengandungi gula. Jika memilih bijirin tanpa gula, anda boleh menambah pemanis semula jadi yang sihat seperti madu dan buah-buahan untuk digaul bersama.

2. Bijirin Penuh

Bijirin penuh seperti Cheerios, Kashi, dan Wheat Thins mengandungi bijirin penuh dan sangat sedikit atau tiada gula tambahan. Penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Columbia mendapati bahawa bijirin berasaskan oat boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan menyokong kesihatan jantung.

Bijirin penuh lain, seperti gandum penuh, boleh membantu anak berasa kenyang dan bertenaga untuk memulakan hari baru.

3. Bijirin Organik

Kebanyakan bijirin menggunakan pemanis semula jadi yang tidak diproses secara berlebihan serta mengandungi wholemeal cereal yang tinggi.

Baca senarai ramuan untuk memastikan anda benar-benar membeli produk berkhasiat dan pertimbangkan sama ada harganya yang mahal benar-benar memberikan manfaat kepada tubuh anda.

Tip Memilih Produk Bijirin Penuh

Mereka yang mempunyai alahan terhadap gluten masih boleh menikmati bijirin menu sarapan dengan syarat mereka memilih produk dengan teliti. Anda boleh memilih buckwheatquinoawild rice, oat bebas gluten, beras perang atau bertih jagung.

Jangan lupa semak label sebelum membeli ya! Pilih makanan yang dibungkus kemas. Dengan itu, ia sentiasa kelihatan baik atau elok dan berbau segar.

Semak juga tarikh tamat tempoh dan garis panduan dengan teliti.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bijian penuh yang berkhasiat untuk permulaan hari si manja

Baca juga: 7 Menu Sarapan Pagi Untuk Anak Yang Simple Tapi Sedap, Barulah Kekal Bertenaga

Baca juga: Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat