Kepentingan Scan Baby Semasa Kehamilan, Ibu Boleh Dapatkan Second Opinion Jika Ada Keadaan Abnormal

Ketika check up kehamilan, tentu doktor akan scan baby dalam kandungan untuk ketahui perkembangan bayi. Lakukan juga detail scan jika doktor jumpa sesuatu yang tidak normal, jangan terus give up, cari second opinion!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda sedang hamil, pastikan anda menjalani rutin imbasan ultrasound untuk scan baby dalam kandungan seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda kerana ia adalah sangat penting. Majoriti kajian menunjukkan bahawa imbasan ultrasound ini adalah tepat dan benar.

Bagi kebanyakan ibu hamil, majoriti daripada anda tentunya takut dan penuh kerisauan apabila tibanya hari untuk membuat imbasan ultrasound ini untuk mengetahui sama ada bayi dalam kandungan dalam keadaan baik ataupun tidak.

Selepas saja doktor scan baby, ibu-ibu pasti mengharapkan berita gembira namun tak kurang juga akan ada khabar duka seperti doktor mengesan sesuatu yang tidak normal dalam kandungan. Ada kemungkinan bayi tak membesar, ada kemungkinan bayi Sindrom Down dan sebagainya.

Apakah Kepentingan Scan Baby Menggunakan Imbasan Ultrasound?

Imbasan ultrasound sangat penting semasa kehamilan kerana ia dapat menyalurkan pelbagai maklumat yang sangat penting kepada doktor seperti pemantauan pertumbuhan bayi, mengesan keabnormalan kepada pertumbuhannya, membantu meramalkan tarikh akhir kandungan anda, menunjukkan sama ada anda hamil kembar atau pun tidak, menunjukkan kedudukan uri bayi serta maklumat mengenai jantina bayi dalam kandungan.

Namun ibu-ibu, di sini perlu ditekankan bahawa sentiasalah cari ‘2nd opinion’ yakni berjumpa dengan pakar lain dan mengesahkan hasil keputusan scan baby tersebut. 

Jangan terus bersedih dan berputus asa. Ramai ibu-ibu yang terus down dan seolah-olah tidak mahu teruskan lagi kehamilan. Memang ada beberapa situasi yang menunjukkan scan baby itu sekadar ramalan, imbasan tidak selalunya tepat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami ada senarai doktor pakar sakit puan yang terbaik di sini.

Mengapa Ibu Hamil Memerlukan Imbasan Ultrasound?

Menurut Pakar O&G iaitu Bart Putterman dari Texas Children’s Pavilion for Women di Houston, ultrasound berfungsi dengan menghantar gelombang bunyi melalui badan untuk melihat tisu dan juga organ bayi di dalam kandungan. Melalui proses ini, semua perkembangan bayi, sebarang keabnormalan dalam rahim, termasuklah beberapa lagi perkara boleh ditangani sebelum bayi anda dilahirkan. 

Malah, terdapat kemungkinan yang lebih tinggi bahawa semua jenis kecacatan akan dapat dikenal pasti melalui ultrasound ini.

Apakah Imbasan Rutin Yang Mungkin Ditawarkan Semasa Kehamilan?

Beberapa jenis imbasan sangat disyorkan secara rutin sepanjang kehamilan. Ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Imbasan Semasa Temu Janji

Ultrasound jenis ini biasanya akan dilakukan pada trimester pertama, antara 6 dan 10 minggu kehamilan. Bagi melihat tarikh anda mengandung dan anggaran tarikh jangkaan bersalin nanti.

Melalui imbasan ini juga, ia boleh mengesahkan bilangan bayi yang dikandung, memastikan bayi membesar dengan baik dan bukannya kehamilan ektopik.

#2. Imbasan Nuchal Translucency

Ultrasound ini pula dilakukan antara 11 minggu dan 13 minggu kehamilan. Imbasan ini untuk mengukur jumlah cecair yang terdapat di belakang leher bayi anda. Ia digunakan bersama-sama dengan umur, berat badan dan juga keputusan ujian darah anda bagi mengira risiko sama ada bayi anda berkemungkinan mengalami kelainan kromosom seperti Sindrom Down.

#3. Imbasan Morfologi

Imbasan Morofologi atau lebih dikenali sebagai imbasan anomali janin merupakan ultrasound yang dilakukan semasa usia kandungan anda memasuki 18 dan 20 minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui imbasan ini, organ bayi anda akan diperiksa khususnya untuk melihat struktur tubuh dan pertumbuhan mereka dan ukuran umur bayi juga dapat ditentukan melalui imbasan ini.

Selain itu, ia juga dapat memeriksa kadar denyutan dan irama jantung bayi anda, sama ada anda mempunyai lebih daripada seorang bayi di dalam rahim anda atau sebaliknya dan uga kedudukan uri anda. 

Buat Detail Scan Untuk Ketahui Jantina Bayi & Keadaan Bayi Dengan Lebih Tepat

Bagi ibu yang tidak sabar hendak scan jantina baby, boleh lakukan detail scan iaitu 4D scan atau 5D scan. Gambar yang terhasil melalui imbasan 4D ini juga lebih jelas dan terperinci.

Kebanyakan doktor juga lebih suka menggunakan imbasan ultrasound ini untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh bayi contohnya seperti masalah kecacatan sumbing pada lelangit mulut. 

Gambar scan baby 5 minggu menggunakan imbasan ultrasound 4D scan baby ini juga sangat berbeza dari segi kualitinya. Imbasan 2D sedikit kelabu dan kabur berbanding 3D dan 4D yang lebih realistik dan jelas.

Bagi imbasan 2D, ia sangat sukar untuk scan hamil 4 minggu dan hasilnya sangat kabur. Bagi anda yang ingin tahu jantina iaitu melalui keputusan scan baby boy atau girl yang anda sedang kandungkan, pilihan paling terbaik adalah imbasan 4D dan 5D. Pastinya anda akan sangat berpuas hati dengan hasilnya kerana dapat lihat dengan jelas kulit, jantina dan bentuk wajah kesayangan anda itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami ada senaraikan doktor pakar sakit puan untuk ibu rujuk di sini.

Adakah Imbasan Ultrasound Menyakiti Bayi Saya?

Sebenarnya ramai ibu hamil yang meluahkan perasaan bimbang tentang keselamatan ultrasound pada janin yang berada di dalam rahim mereka, adakah ia selamat atau pun tidak.

Untuk makluman anda, majoriti kajian menunjukkan bahawa penggunaan ultrasound yang sangat terhad semasa kehamilan tidak akan menyakiti atau mendatangkan apa-apa risiko kepada bayi yang sedang dikandung oleh anda.

Menurut Federal Drug Administration (FDA) dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) juga, tiada bukti bahawa ultrasound ini akan membahayakan janin yang sedang berkembang.

Pemeriksaan ultrasound tidak menggunakan radiasi atau pun x-ray. Malah, ia juga tidak mempunyai kaitan di antara ultrasound dan kelahiran cacat, kanser kanak-kanak atau masalah perkembangan bayi di kemudian hari.

Walau bagaimanapun, imbasan ultrasound hanya perlu dilakukan apabila terdapat keperluan perubatan, berdasarkan preskripsi dan ia juga perlu dilakukan oleh pengendali yang terlatih.

Doktor Sahkan Bayi Sindrom Down Ketika Scan Baby

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Scan baby semasa hamil ini penting untuk mengetahui sebarang keabnormalan yang ada terhadap bayi anda. Tetapi tidak kesemua imbasan akan memberikan keputusan yang tepat, pasti akan berlaku sedikit kesilapan kecil yang tak dapat dielakkan.

Cuma kelebihan yang akan diperoleh melalui informasi tersebut, langkah-langkah pencegahan, penjagaan dan juga rawatan yang lebih rapi terhadap sebarang kebarangkalian itu dapat dilakukan dengan lebih awal dan terperinci.

Seperti pengalaman yang dilalui oleh seorang wanita ini ketika membuat detail scan, doktor memaklumkan yang bayinya itu mempunyai masalah. Namun, selepas kelahiran berlaku perkara yang sebaliknya dan bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan normal dan sempurna. 

Hasyida Eyda menulis di laman Facebook miliknya,

“Ibu-ibu ada tak pengalaman masa pregnant doktor predict sesuatu pasal baby dalam kandungan, tapi benda tu tak berlaku?
Macam saya, doktor cakap saya mungkin akan bersalin masa 32w sebab risiko besar pada baby since saya high risk.

Tapi masa 32w tu doktor scan perkembangan baby cantik. Baby membesar elok. Tapi doktor pakar scan, doktor cakap usus baby warna putih tanda syndrome down. Doktor cakap cuma boleh dipastikan bila baby lahir.

Masa ni memang saya down sangat-sangat. Saya tak bersedia nak terima. Mula stressed out. Langsung tak citer dekat suami apa yang doktor cakap. Tapi lepas tu saya mula positif, anak ni, anak yang saya nantikan.

Kenapa nak kena down kalau ye pun dia ada masalah tu. So saya happykan diri tak nak stress-stress sebab tak nak ganggu kandungan. Saya redha and saya janji akan terima baby seadanya dia.

Masa 36w pulak pakar detect baby mula mengecil dan ketuban kurang, so nak kena induce esoknya. Tapi pakar lagi sorang cakap, kita cuba bagi masa sampai 39w untuk induce.

Tapi dijadikan citer, masa 38w4d baby dah nak keluar. Alhamdulillah doktor cakap semuanya normal. Takde masalah apa-apa selain dari pernafasan dia je laju. Kejap je kena tahan nicu.

Sekarang dah 2 bulan 16 hari. baru baik demam kena cucuk 2 bulan. Permata hati, manja sangat.” Luahnya.

Walaupun begitu, kepentingan imbasan ultrasound ini janganlah di pandang enteng dan sentiasa dapatkan nasihat doktor anda mengenai kehamilan demi kebaikan anda dan juga bayi.

Buat ibu-ibu janganlah terlalu takut dan menjadi tertekan sepanjang kehamilan hanya kerana imbasan yang mungkin tidak tepat. 

Apabila anda sudah berusaha dan bertawakal, serahkan semuanya kepada Allah swt, insyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Andai kata terdapat sebarang masalah kepada bayi ketika dalam kandungan, terima dengan redha. Setiap apa yang dirancang adalah sebaik-baik perancangan bukan?

  1. parents.com ( June 14, 2022) Pregnancy Ultrasounds Week by Week. www.parents.com/pregnancy/stages/ultrasound/ultrasound-a-trimester-by-trimester-guide/

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Bagaimana Untuk Pilih Pakar Ginekologi Terbaik Untuk Anda? Ikuti Senarai Semak Ini!

Baca juga : 6 Cara Dapatkan Bacaan BSP Yang Cantik & Normal, Ibu Hamil Yang Ada GDM Wajib Tahu!

Baca juga : Ini Sebabnya Penting Detail Scan Pada Trimester Ke-2