X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hati-Hati Ibu Diabetes & Keputihan TERUK, Risiko Kepada Kematian Bayi Dalam Kandungan

4 min bacaan
Hati-Hati Ibu Diabetes & Keputihan TERUK, Risiko Kepada Kematian Bayi Dalam Kandungan

Ibu mana yang tak sedih bila masuk kandungan 9 bulan secara tiba-tiba bayi yang dikandungankan meninggal dunia dari dalam kandungan. Kenapa ia boleh berlaku?

Anda membawa kandungan 9 bulan dengan sangat berhati-hati kerana anak yang dikandungkan itu berharga bagi mahligai cinta isteri dan juga suami.

Tapi, setelah hampir di penghujungnya secara tiba-tiba bayi anda tidak lagi bernyawa atau degupan jantungnya sudah tidak lagi berdegup seperti biasa.

Meskipun tidak tahu apakah puncanya, mesti anda tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada kandungan 9 bulan anda.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2.6 juta kematian kelahiran bayi berlaku setiap tahun di seluruh dunia.

Malah 98% daripadanya berlaku di negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bahkan kematian janin atau stillbirth ini biasanya berlaku semasa sedang melahirkan bayi atau janin masih dalam kandungan 9 bulan.

Malangnya, mengapa berlakunya stillbirth ini, masih tidak dapat penerangan yang begitu jelas. Tapi, ia adalah kejadian yang cukup menyedihkan dan mengecewakan yang berlaku secara tiba-tiba.

Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, penyebabnya belum ditentukan tapi ujian dan usaha meluas telah dilakukan pihak perubatan.

Tapi berita baiknya, ibu yang pernah mengalami sejarah stillbirth masih ada peluang untuk melahirkan bayi yang sihat.

Apakah maksud stillbirth dalam kandungan 9 bulan

stillbirth

Kredit: Daily Mercury

Pakar Obstetrik dan Gynecology, Katleen Del Prado, mendefinisikan kelahiran stillbirth sebagai kelahiran bayi tanpa degupan jantung yang melebihi daripada lima bulan kehamilan.

Tapi kalau kurang dari lima bulan atau janin kurang 500 gram kita klasifikasikan sebagai keguguran.

Bayi mati dalam kandungan ini boleh berlaku awal semasa usia kehamilan di minggu ke 20 hingga 27 minggu.

Ataupun, kelahiran mati jika berlaku antara minggu ke 28 dan kehamilan ke 36.

Punca kematian bayi dalam kandungan

Terdapat banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.

Pada dasarnya, ia adalah berpunca daripada masalah atau keadaan ibu janin atau bayi itu sendiri. Termasuklah tali pusat yang menghubungkan ibu dan anak.

Semua ini adalah faktor yang mungkin berlaku hingga menyebabkan kematian bayi.

Antara sebab-sebab yang menyebabkan kelahiran terhadap kematian janin

  • Komplikasi semasa bersalin
  • Keadaan ibu seperti mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis
  • Kecacatan kelahiran atau keabnormalan
  • Masalah plasenta (seperti gangguan plasenta atau plasenta terpisah dari rahim)
  • Jangkitan
  • Masalah tali pusat
  • Penyekatan pertumbuhan atau terheti semasa kehamilan
  • Kandungan melebihi 42 minggu

Faktor-faktor risiko

kematian bayi

Kredit: Romper

Faktor-faktor tertentu ini dapat meningkatkan risiko kematian bayi dan menyebabkan kehamilan yang buruk seperti berikut:

  • Penjagaan pranatal yang tidak mencukupi
  • Sejarah stillbirth semasa hamil sebelum ini
  • Malnutrisi
  • Obesiti
  • Merokok
  • Alkohol dan pengambilan dadah
  • Umur wanita hamil bawah 15 tahun atau melebihi 35

Sekarang anda sudah tahu sebab dan faktor kelahiran janin mati, kan?

Oleh itu, ambil tindakan untuk menjaga diri dan bayi anda supaya sihat sepanjang kehamilan anda.

Ikut cadangan ini kerana ia dapat membantu untuk mengelak kematian janin dalam kandungan 9 bulan ini.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
  • Tidak  skip appointment semasa mengandung
  • Ambil semua ubat yang ditetapkan dan ikut nasihat doktor
  • Elak alkohol dan jangan merokok
  • Jauhi orang yang sakit dan elakkan tempat yang terlalu ramai orang
  • Pilih dan sediakan makanan yang baik dan berkhasiat.
  • Elakkan makanan mentah atau kurang masak
  • Amalkan kebersihan dengan betul bagi mengelakkan jangkitan.
  • Tidur mengiring di sebelah kiri

Memantau pergerakan janin

kelahiran dan kematian bayi

Kredit: Snack Safety

Sebagai tambahan kepada cadangan di atas, adalah lebih baik anda membiasakan diri dengan pantau pergerakan bayi.

Biasanya, janin dalam kandungan mudah dirangsang oleh suara ibu, sentuhan perut, selepas batuk dan selepas makan.

Selain itu, perhatikan juga berapa kali bayi paling aktif dan berapa kali dia bergerak dalam satu jam.

Lakukan perkara ini berulang kali sehingga dapat merasakan bagaimana si kecil bergerak.

Sekiranya pergerakan terhenti secara tiba-tiba atau tiada tindak balas walaupun selepas rangsangan, sebaiknya anda berjumpa doktor dengan segera.

Satu lagi sebab lain yang perlu anda menghubungi doktor apabila terdapat pendarahan faraj atau keputihan vagina yang tidak normal terutama bila anda lewat hamil.

Keadaan ini boleh menunjukkan jangkitan, masalah plasenta atau kontraksi awal.

Dr Del Prado menggesa ibu yang mempunyai kandungan stillbirth memahami mengapa bayi mereka meninggal dunia.

Sekaligus ia dapat membantu ibu menghadapi situasi yang sama jika hamil di masa hadapan.

Jangan bersedih ibu, kini bayi anda sudah menjadi malaikat kecil di syurga. Tapi peranan anda tidak berhenti setakat itu kerana anda perlu mengetahui punca kematian bayi itu.

Walaubagaimanapun, sememangnya pemeriksaan plasenta akan dilakukan untuk mencari punca kematian.

Bagi anda yang ingin mencuba lagi untuk hamil walaupun pernah mengalami kelahiran stillbirth ini sebaiknya berjumpa dengan pakar supaya dapat melakukan perancangan yang lebih terperinci.

Dengan cara ini, anda dapat menangani masalah yang berkaitan kehamilan, menguruskan kesihatan dengan baik dan mengurangkan peluang pranatal yang buruk sama ada sebelum atau selepas melahirkan.

Hati-Hati Ibu Diabetes & Keputihan TERUK, Risiko Kepada Kematian Bayi Dalam Kandungan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combayi-mati-dalam-kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Hati-Hati Ibu Diabetes & Keputihan TERUK, Risiko Kepada Kematian Bayi Dalam Kandungan
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham