Resepi Seasalt Cookies Viral Guna Sukatan Cawan, Mudah Sangat! Boleh Jadi Satu Aktiviti Di Dapur Bersama Anak

Seasalt cookies pernah jadi salah satu biskut popular pada tahun 2021. Apa kata cuba resepi ini di rumah, bahan diperlukan juga tak banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau nak tahu, seasalt cookies ini pernah jadi satu biskut viral atau fenomena pada tahun 2021 tatkala dunia tutup berikutan pandemik Covid-19. Walaupun fenomena ini sudah tiada lagi, tetapi hakikatnya biskut coklat ini boleh dikatakan antara biskut paling 'hot' di pasaran

Malah, sebenarnya resepi untuk buat sea salt chocolate chip cookie ini juga mudah sangat. Kalau tiada sebarang idea untuk buat aktiviti apa bersama anak di rumah, ibu boleh ajak anak kecil untuk cuba resepi ini di rumah. Confirm anak pun suka!

Resepi seasalt cookies premium yang mudah dan sedap

Bagi yang belum pernah mencuba, biskut seasalt ini memiliki rasa sangat unik iaitu lemak masin dari seasalt flakes. Walau bagaimanapun, jika anda tidak begitu suka manis, boleh kurangkan sukatan gula pasir.

Cara buat seasalt cookies 

Bila buat sendiri resepi chocolate chip cookies ini, satu adunan boleh dapat banyak dan berbekas-bekas. Barulah anak-anak dapat makan dengan puas hati. Justeru, ikuti resepi lengkap yang dikongsi oleh Helena Rizanie Abdullah di bawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan unsalted butter (biarkan pada suhu bilik selama 1 jam)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur gred A
  • 2 cawan semi-sweet chocolate chips
  • Sea salt flakes untuk ditabur diatas biskut

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung dan baking soda. Kemudian kacau rata dan ayak.
  2. Pukul gula pasir, gula perang dan unsalted butter menggunakan mixer sehingga ia kembang.
  3. Kemudian, masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan sehingga adunan menjadi sebati.
  4. Masukkan chocolate chips dan kaup rata. Balutkan adunan menggunakan plastik wrap, simpan ke dalam peti sejuk selama 1 jam. Ini adalah untuk memudahkan anda mendapatkan bentuk dan tekstur biskut yang konsisten.
  5. Ambil sedikit doh, susun di atas tray yang dilapik dengan baking paper. Bakar pada suhu 180c selama 10 hingga 15 minit mengikut ketuhar masing-masing.
  6. Bakar sehingga hujung biskut kelihatan agak coklat dan tengahnya pula masih lembut.
  7. Ketika biskut masih panas dan lembut, cepat-cepat tambahkan cip coklat di atasnya dan tabur dengan sedikit serpihan sea salt.
  8. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu dan simpan di dalam balang yang kedap udara. Siap dan selamat mencuba!

Tips biskut sea salt yang confirm menjadi 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Sejukkan adunan sebelum dibakar sekurang-kurangnya 1 jam
  • Sekiranya doh masih baru atau panas, ia akan melekit. Anda akan menghadapi masalah untuk membentuknya di atas loyang. Yang paling teruk ia akan menjadi lebar ketika dibakar dalam ketuhar. Kesannya, anda mendapat biskut dengan bentuk terlalu rata
  • Sekiranya adunan kelihatan terlalu lembik, jangan tambah tepung lagi kerana ia boleh membuatkan biskut menjadi terlalu kering.
  • Jangan terlebih masa membakar. Biskut akan hangit dan teksturnya akan lari
  • Gunakan bahan-bahan dengan suhu bilik (telur, mentega dan lain-lain)
  • Pastikan ramuan yang digunakan adalah segar (seperti baking soda misalnya, jika tidak segar ia tidak bertindak sebagai penaik)
  • Gariskan loyang menggunakan kertas pelapik agar biskut lebih cantik dan tidak hangus
  • Gunakan cip chocolate viral yang berkualiti bagi mendapatkan rasa lebih premium
  • Semakin mahal butter yang digunakan, rasa biskut lebih sedap
  • Jika tidak mahu letak sea salt, boleh sahaja abaikan. Namun anda hanya dapat merasai kemanisan biskut tanpa rasa sedikit masin
  • Simpan biskut seasalt ini ke dalam bekas yang kedap udara agar ia kekal rangup dan segar. Sekiranya ingin jadikannya sebagai kudapan, asingkan ke dalam bekas berlainan

Mudahkan untuk buat seasalt cookies ini? Semoga ia bermanfaat buat anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Walaupun Dalam Pantang, Isteri Fizo Omar Sempat Kongsikan Cara Buat Lactation Cookies Tanpa Oven

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

Baca juga: Resepi Biskut Homemade Untuk Bayi Gatal Gusi & Baru Tumbuh Gigi Tanpa Gula, Garam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan