X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

11 Sebab Anda Perlu Beri Anak Anda Seorang Adik

5 min bacaan
11 Sebab Anda Perlu Beri Anak Anda Seorang Adik

Ini adalah senarai 11 hujah menarik yang akan membantu anda menyedari bahawa anak anda memerlukan seorang adik lelaki atau perempuan

Jika anda membesar sebagai anak tunggal, anda mungkin memperolehi beberapa manfaat yang unik.

Walaubagaimanapun, jika anda membesar di dalam sebuah keluarga dengan adik-beradik yang ramai, sudah tentu anda merasai kemeriahan dan keseronokan yang tersendiri. 

Secara peribadi, saya membesar dengan hanya dua adik-beradik (adik saya), tetapi saya sentiasa merasakan seolah-olah saya sentiasa mempunyai ramai rakan sepermainan dan dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama!

Membesar dengan adik-beradik adalah satu perkara yang dapat menggalakkan pembangunan diri anak-anak.

Dan, saya rasa saya tidak keseorangan dalam berfikiran begitu! Hanya mereka yang membesar dalam keluarga besar sahaja yang benar-benar dapat memahaminya.

Pastinya, mereka mungkin akan memberi komen sinis seperti, “Kami bergaduh seperti kucing dan anjing!”, atau “adik bongsu saya selalu buat kacau”, tetapi hakikatnya, mereka sayang antara satu sama lain!

Membesar dalam sebuah keluarga yang ramai telah memberikan mereka zaman kanak-kanak yang sangat istimewa.

Kami tidak mengatakan yang ia adalah salah untuk membesarkan anak tunggal

Malah, ramai pasangan diberkati dengan seorang anak yang sihat.

Apa yang kami cuba sampaikan adalah jika anda sedang merancang untuk membesarkan keluarga anda, kami merasakan yang anda patut berbuat demikian – tidak perlu ragu-ragu!

Jika anda tidak pasti sama ada ia adalah idea yang bagus untuk menambah ahli keluarga anda, di sini kami sediakan 11 senarai hujah menarik yang mungkin dapat membantu anda menyedari bahawa anak anda sememangnya memerlukan seorang adik lelaki atau perempuan!

1. Pembahagian tanggungjawab di rumah

Apabila kanak-kanak mencapai satu tahap kematangan, ibu ayah selalunya akan mula memperkenalkan mereka kepada kerja-kerja kecil dan erti tanggungjawab.

Jika anak anda membesar sebagai anak tunggal, mereka mungkin akan berasa terbeban dengan tugas-tugas yang berbeza dan banyak itu.

Tetapi, kalau anak anda mempunyai adik-beradik lain, sudah pasti mereka dapat saling bantu-membantu untuk memikul beban tersebut.

Tugas-tugas itu tidak lagi kelihatan menakutkan, bahkan dan mereka juga boleh mencari cara yang menyeronokkan untuk mengagih-agihkan kerja tersebut atau melengkapkan tugasan itu bersama-sama!

1-8

2. Mereka boleh berkongsi perasaan dan masalah kepada satu sama lain

Ketika saya membesar, saya kadang-kadang akan berasa marah atau mengadu tentang bagaimana ibu bapa saya menghukum saya atau mengenai peraturan “tegas” mereka.

Kadang-kadang, saya mengadu kapada rakan-rakan saya tetapi mereka tidak benar-benar memahaminya. Apabila saya meluahkannya kepada kakak saya, bagaimanapun, dia tahu apa yang saya cuba sampaikan.

Tidak ada orang lain cukup memahami apa yang cuba dibangkitkan oleh seorang anak tentang ibu bapa mereka…kecuali adik-beradik mereka sendiri!

Jika anda memberikan anak anda adik-beradik, mereka akan mempunyai seseorang untuk bersembang, berkongsi perasaan, mengadu masalah dan menenangkan diri apabila sedang marah.

3. Mereka boleh belajar daripada satu sama lain

Membesar dengan seorang kakak, abang dan adik, anak kita juga akan mempunyai pengalaman pembelajaran yang unik.

Mana-mana adik-beradik yang lebih tua boleh membantu memberikan beberapa hikmah kehidupan!

Ia merupakan satu sumber pembelajaran yang tidak ternilai untuk anak-anak anda dan ia tidak terhad kepada adik-beradik yang lebih tua mengajar adik-adik.

Kadang-kadang adik-beradik yang lebih muda juga mempunyai sesuatu yang baru untuk ditawarkan kepada adik-beradik yang lebih tua!

4. Teman bermain

Ia mungkin kelihatan seperti perkara yang paling asas dan mungkin ia adalah benar, tetapi mempunyai adik-beradik di rumah adalah seperti mempunyai rakan-rakan sepermainan.

Yang menariknya, ia bukan kawan yang mereka jumpa sekali-sekala, ia adalah rakan yang tinggal serumah.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Jadi, jangan berasa ragu-ragu untuk memberikan anak anda seorang rakan sepermainan yang boleh membesar dengan mereka!

5. Tiada suasana yang bosan

Yang ini adalah untuk anda dan anak-anak anda.

Sebagai ibu bapa, mempunyai anak-anak daripada pelbagai peringkat umur menawarkan pelbagai pengalaman unik dari hujung spektrum yang berbeza.

Ia bermakna, anda akan sentiasa mempunyai aktiviti untuk dilakukan (dengan cara yang sebaik dan seseronok mungkin).

Bagi anak-anak anda, mempunyai seorang abang/kakak ataupun adik bermakna mereka sentiasa boleh mendapatkan hiburan!

3-2

6. Pengawal peribadi

Ia mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi mempunyai adik-beradik yang lebih tua adalah hampir sama seperti mempunyai pengawal peribadi.

Biasanya, seorang abang dilihat sebagai jenis “pelindung”, tetapi saya membesar dengan seorang kakak dan di sekolah, beliau mempunyai peranan yang sama!

Mempunyai adik-beradik akan membawa keluar sifat melindungi dan menjaga yang terbaik daripada diri anak-anak anda.

Sudah pasti, dengan didikan sebaiknya dari anda, mereka akan menjaga antara satu sama lain selama mereka hidup!

7. Kakak dan adik boleh berkongsi pakaian

Yang ini adalah, saya akui, lebih kepada adik-beradik perempuan sahaja, tetapi ia masih lagi menjadi satu kelebihan.

Saya tidak pernah membesar berkongsi pakaian dengan kakak saya (walaupun, dia kadang-kadang mencuri baju dari laci saya).

Tetapi, si kakak biasanya boleh “mewariskan” atau berkongsi pakaian dengan adik perempuannya.

Dan, ini menawarkan satu cara yang menyeronokkan untuk merapatkan ikatan antara satu sama lain!

8. Meningkatkan kesabaran dan toleransi

Apabila kanak-kanak membesar di dalam rumah yang sama, mereka akan bergaduh seperti kucing dan anjing.

Walaupun begitu, mereka akan berkembang menjadi individu yang lebih bertolak ansur dan belajar bersabar dari semua pergaduhan kecil itu.

Selagi anda dapat menguruskan pergaduhan dan memastikan ia hanya pergaduhan lisan serta dapat diselesaikan dengan baik, anak-anak anda boleh terus belajar dan menjadi matang.

Tambahan pula, apabila mereka bergaduh dan berbaik semula, mereka akan menjadi lebih rapat!

9. Persaingan sihat di antara adik beradik

Persaingan di antara adik-beradik tidak semestinya suatu perkara yang buruk.

Malah, selagi anda mampu mengawalnya dan pastikan ia masih persaingan yang sihat, persaingan di antara adik-beradik ini boleh memupuk sifat yang terbaik dalam diri anak-anak anda.

Jangan sekali-kali memenangkan mana-mana pihak, tetapi teruslah menggalakkan mereka untuk memberi motivasi kepada satu sama lain untuk menjadikan mereka insan yang terbaik.

4-1

10. Walau apa yang terjadi, mereka tidak bersendirian

Realiti yang menyedihkan dalam hidup adalah bahawa anak-anak anda akhirnya akan membesar dan meninggalkan rumah anda satu hari nanti.

Betul, keadaan akan berubah! Bila tibanya masa itu, bukankah ia adalah lebih baik jika anak anda tidak bersendirian?

11. Mereka akan mempunyai satu ikatan istimewa sepanjang hayat

Anda mungkin mempunyai sekumpulan kawan rapat yang anda telah kenali selama bertahun-tahun, tetapi rakan itu mungkin akan hilang dari hidup anda satu masa nanti.

Adik-beradik pula adalah untuk seumur hidup. Mereka melalui naik turun dan kemanisan zaman kanak-kanak bersama-sama.

Tiada apa yang dapat memisahkan hubungan istimewa dan pertalian darah ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 11 Sebab Anda Perlu Beri Anak Anda Seorang Adik
Kongsikan:
  • 10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

    10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

  • "Suami saya curang ketika saya sedang hamil"

    "Suami saya curang ketika saya sedang hamil"

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

    10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

  • "Suami saya curang ketika saya sedang hamil"

    "Suami saya curang ketika saya sedang hamil"

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.